Bersenam adalah disyorkan untuk orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Ia adalah salah satu cara untuk mengurangkan risiko bagi mengalami diabetes tahap 2 (kencing manis) dan penyakit kardiovaskular (masalah berkaitan jantung dan saluran darah).

Kebanyakan orang tidak mempunyai masa untuk bersenam walaupun mereka mahu melakukannya. Jadi, mencari cara untuk meningkatkan manfaat bersenam adalah penting. Kini, penyelidikan terbaru telah menemui cara untuk meningkatkan manfaat bersenam, hanya dengan pemilihan masa yang sesuai.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Fungsi insulin dalam badan

insulin dan glukosa

Untuk menjelaskan bagaimana ia berfungsi, adalah lebih baik untuk mengetahui serba sedikit mengenai insulin. Insulin adalah hormon yang membantu mengawal tahap gula dalam darah. Salah satu kesan utama insulin selepas makan adalah untuk membolehkan gula dalam darah disalurkan ke dalam otot, sekali gus disimpan dan digunakan sebagai bahan bakar dalam bentuk tenaga.

Apabila seseorang itu jarang bersenam, mereka akan cenderung untuk memiliki berat badan berlebihan atau obes. Ini bermakna tubuh mereka perlu menghasilkan lebih banyak insulin untuk hormon menjalani proses penting ini.

diabetes

Disebabkan itu juga, tubuh mereka akan menjadi kurang sensitif terhadap insulin. Ini adalah salah satu sebab mengapa berat badan berlebihan atau obes meningkatkan risiko bagi seseorang itu terkena diabetes tahap 2 atau penyakit kardiovaskular.

Salah satu manfaat utama bersenam adalah untuk meningkatkan tindak balas badan kita terhadap insulin dan membolehkan badan mengawal tahap gula dalam darah dengan lebih baik. Ini menjelaskan mengapa waktu makan kita mempunyai kaitan dengan kepentingan bersenam dalam proses tubuh memberi respon kepada insulin.

Bersenam sebelum dan selepas sarapan pagi

aktiviti berbasikal

Kajian yang dilakukan adalah berdasarkan proses senaman yang diselia selama enam minggu. Ia merangkumi senaman berbasikal selama 50 minit, tiga kali seminggu.

Dalam kumpulan pertama yang terdiri daripada lelaki obes dan mempunyai berat badan berlebihan, mereka melakukan senaman ini sebelum sarapan (seperti berpuasa kerana tidak makan semalaman). Kumpulan ini menunjukkan tindak balas insulin yang lebih baik selepas bersenam. Ini bermakna, badan mereka menghasilkan kurang insulin untuk mengawal tahap gula dalam darah.

nasi lemak 642

Bagi kumpulan kedua yang membuat senaman selepas sarapan, mereka tidak menunjukkan sebarang peningkatan dalam tindak balas insulin dalam badan.

Kumpulan pertama yang bersenam sebelum sarapan pagi juga membakar dua kali ganda jumlah lemak berbanding kumpulan kedua. Bukti yang menunjukkan pembakaran lemak yang tinggi ini mungkin menjelaskan mengapa kumpulan pertama mempunyai manfaat bersenam yang lebih baik.

Tidak bermakna berat badan lebih menurun

Ramai yang salah faham bahawa bersenam dalam keadaan berpuasa boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak dan menjurus kepada penurunan berat badan yang lebih banyak. Sebenarnya, faktor paling penting untuk menurunkan berat badan adalah keseimbangan tenaga.

timbang berat badan

Keseimbangan tenaga yang dimaksudkan adalah jumlah tenaga yang diperolehi melalui makan dan minum, ditolak dengan jumlah tenaga yang digunakan oleh tubuh dan sebahagiannya melalui senaman.

Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa bersenam tanpa mengambil sarapan pagi sama ada sebelum atau selepas akan menghasilkan keseimbangan tenaga yang lebih negatif.

Ini bermakna, bersenam sebelum sarapan pagi boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak tetapi tidak menurunkan berat badan yang banyak. Jika digabungkan senaman sebelum sarapan dan keseimbangan tenaga (pengambilan atau penggunaan tenaga) yang betul mungkin mampu menurunkan berat badan yang lebih.

Memperluaskan lagi kajian

jogging 610

Kini, pengkaji akan melakukan kajian yang sama terhadap kaum wanita pula bagi memastikan kesannya adalah sama. Sebelum ini, telah diketahui bahawa lelaki mahupun wanita yang mengambil sarapan sebelum bersenam akan mengurangkan proses pembakaran lemak.

Kajian ini juga hanya berpandukan senaman berintensiti sederhana seperti berbasikal dan jogging. Keputusan ini tidak semestinya sama bagi senaman intensiti tinggi atau mengangkat berat (weight lifting).

Jelas sekali melalui kajian yang dilakukan, anda disarankan untuk bersenam terlebih dahulu sebelum mengambil sarapan pagi tetapi jangan meninggalkannya. Ia membantu anda mengurangkan peningkatan risiko penyakit berbahaya seperti diabetes tahap 2.

Rujukan:

1. Bersenam sebelum sarapan pagi

2. Bersenam tanpa sarapan pagi adalah tidak baik untuk badan

3. Mengapa bersenam sebelum sarapan adalah lebih baik




Hakcipta iluminasi.com (2017)