Selalunya bila budak-budak kecil nak makan banyak, orang sekeliling selalu akan cakap "Biarlah dia makan..sementara dia tengah berselera. Budak-budak memang kuat makan." Tapi sebagai ibu bapa anda perlu bijak menepis 'cadangan' seperti ini kerana anda boleh membuat anak anda menjadi obes sekiranya tidak dikawal. Apatah lagi sekiranya anak anda gemar makan fast food dan junk food seperti keropok, coklat dan aiskrim.
BESARKAN TEKS A- A+
Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 (NHMS), lebih 7% jumlah kanak-kanak di bawah usia 5 tahun mengalami kegemukan di negara ini. Pada masa yang sama, tinjauan ini juga melaporkan 8% kanak-kanak di bawah usia yang sama mengalami malnutrisi yang teruk.
Menurut UNICEF, kedua-dua obesiti dan malnutrisi sebenarnya adalah saling berkait rapat. Kanak-kanak yang terbantut tumbesaran pada awal usia mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk apabila meningkat dewasa. Risiko ini menjadi semakin tinggi apabila ditambah dengan pengambilan junk food, tidak bersenam dan mempunyai gaya hidup yang tidak aktif.
Sebelum kita mengupas isu ini dengan lebih lanjut, anda boleh menyemak sama ada anak anda mengalami kegemukan ataupun tidak dengan menggunakan kalkulator BMI ini.
Apakah faktor penyebab anak menjadi obes?
- Etnik dan jantina - di Malaysia, kajian mendapati wanita berbangsa India dan lelaki berbangsa Cina merupakan yang tertinggi menghidap obesiti.
- Keturunan - ibu bapa yang gemuk berkemungkinan besar akan mempunyai anak yang obes.
- Sosioekonomi - secara umumnya, anak dari keluarga berpendapatan rendah berisiko menjadi obes berbanding mereka yang dilahirkan dalam keluarga berpendapatan tinggi. Ini mungkin disebabkan faktor belanjawan di mana mereka akan cenderung memilih makanan yang lebih murah yang mengandungi lemak tepu serta kurang berkhasiat.
- Emosi - anak-anak yang mengalami tekanan perasaan dan kemurungan mungkin menyebabkan mereka makan dengan lebih banyak dan tidak terkawal.
- Trend pemakanan dan persekitaran
Apakah komplikasi atau masalah yang boleh dihadapi sekiranya anak gemuk?
- mendapat penyakit seperti diabetes jenis kedua, masalah kardiovaskular, penyakit asma dan gangguan tidur.
- menghalang pertumbuhan kanak-kanak dan kualiti kehidupan mereka
- menjadi mangsa buli dan ejekan rakan-rakan di sekolah sehingga menyebabkan mereka suka bersendirian
- mudah sakit dan memerlukan rawatan perubatan yang lebih kerap berbanding kanak-kanak normal
Sebagai ibu bapa, apa yang patut saya lakukan?
- Mula memberikan makanan berkhasiat dan diet yang seimbang pada anak
- Menggalakkan anak-anak makan lebih banyak makanan berserat seperti sayuran, buah-buahan dan bijirin
- Pilih daging pejal tanpa lemak sebagai sumber protein terbaik
- Kurangkan pengambilan minuman bergula dan galakkan anak minum banyak air putih/air suam
- Mengehadkan makanan junk food yang mengandungi kandungan garam dan lemak tepu yang tinggi
- Gunakan kaedah penyediaan makanan yang sihat dan tidak menggunakan banyak minyak seperti mengukus dan membakar
- Bantu anak anda untuk mengekalkan gaya hidup aktif dengan mengajak mereka bersukan atau beriadah
- Mengurangkan masa bermain video game, menonton televisyen dan memegang gajet
- Hanya berikan saiz hidangan yang bersesuai untuk peringkat usia mereka. Contoh saiz hidangan adalah seperti berikut:
Kumpulan Makanan | Jumlah hidangansetiap hari | Saiz Hidangan1-3 tahun | Saiz Hidangan4-6 tahun | Saiz Hidangan7-10 tahun |
Buah-buahan | 2-3 hidangan | ½ biji buah segar¼ cawan jus 100% | ½ biji buah segar⅓ cawan jus 100% | 1 biji buah segar½ cawan jus 100% |
Sayur-sayuran | 2-3 hidangan | ¼ cawan, dimasak | ¼ cawan, dimasak½ cawan salad | ½ cawan, dimasak1 cawan salad |
Bijirin | 6-11 hidangan | ½ potong roti¼ cawan nasi, pasta ataubijirin, dimasak2-3 biskut kraker | ½ potong roti⅓ cawan nasi, pasta ataubijirin, dimasak3-4 biskut kraker | 1 potong roti½ cawan nasi, pasta ataubijirin, dimasak4-5 biskut kraker |
Daging dan protein | 2 hidangan | ⅛ cawan daging, ikan, ayam atau tofu¼ cawan kacang, dimasak½ biji telur | ⅛ cawan daging, ikan, ayam atau tofu⅓ cawan kacang, dimasak1 biji telur | ½ cawan daging, ikan, ayam atau tofu½ cawan kacang, dimasak1-2 biji telur |
Produk tenusu | 2-3 hidangan | ½ cawan susu⅓ cawan yogurt | ½ cawan susu⅛ cawan keju½ cawan yogurt | 1 cawan susu¼ cawan keju1 cawan yogurt |