Rubah adalah haiwan dari keluarga anjing yang mana boleh ditemui di semua benua kecuali Antartika.
Terdapat 12 spesies dan 47 subspesies, dan yang paling dikenali sudah tentunya musang merah.
Walau bagaimanapun, bukan semua musang berwarna merah di mana haiwan ini mempunyai pelbagai warna seperti perak, putih, hitam dan juga coklat.
Sebahagian daripada haiwan ini hidup di padang pasir sementara yang lain lebih suka tinggal di
mereka juga boleh berwarna perak, putih, hitam, atau coklat. Sebahagiannya berkembang maju di padang pasir sementara yang lain lebih sukakan kawasan pergunungan.
iluminasi.com kongsikan 8 spesis musang yang pelik dan menarik.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Rubah Cape
Rubah cape atau Vulpes chama boleh ditemui di kawasan Afrika selatan termasuk Afrika Selatan, Zimbabwe dan Bostwana.
Ia lebih germakan habitat seperti tanah dataran padang rumput terbuka dan ke semak separa gurun.
Spesis ini aktif pada waktu malam yang dingin dan berehat di dalam lubang tanah pada waktu siang.
Seperti haiwan dalam keluarga anjing yang lain, rubah ini mengawan sepanjang tahun yang mana membolehkan spesis ini melahirkan anak tanpa mengikut musim.
Walau bagaimanapun, rubah dewasa cenderung untuk mencari makan bersendirian, yang bermaksud ia jarang dilihat bersama pasangan.
2. Rubah pasir Tibet
Rubah pasir Tibet atau Vulpes ferrilata mungkin mempunyai saiz telinga normal, tetapi kelebaran kepala haiwan ini membuatkannya kelihatan agak pelik dan unik.
Ini kerana ia mempunyai muncung yang kecil dan buluh yang tersangat tebal di bahagian muka.
Tubuhnya agak padat dan memiliki kaki pendek, membuatkan rubah ini kelihatan seperti kartun.
Musang pasir ini boleh ditemui di tanah tinggi di Dataran Tinggi Tibet, kadang-kala di atas 17,000 kaki dan menjadikan arnab serta cicak sebagai makanan.
3. Rubah pemakan ketam
Rubah pemakan ketam atau Cerdocyon thous, juga dikenali sebagai musang hutan, berasal dari Amerika Selatan dan hidup di kawasan dataran rumput, hutan, subtropika, atau hutan pesisir.
Spesies ini mendapat namanya dari pilihan makanan yang unik, di mana ia memakan ketam yang ditemui di dataran banjir berlumpur semasa musim hujan, krustasea, serangga, tikus, dan burung.
4. Rubah telinga kelawar
Rubah telinga kelawar atau Otocyon megalotis mendapat namanya daripada saiz telinganya yang sangat besar.
Telinga besar ini mempunyai fungsi menarik iaitu digunakan untuk mengesan serangga dan pemangsa lain.
Pemakanan spesis ini terdiri dari anai-anai penuai (dan anai-anai lain), semut, kumbang, belalang, labah-labah, dan invertebrata lain.
Serangga-serangga ini bukan sahaja berfungsi sebagai makanan tetapi juga menjadi sumber air kepada musang ini. Ini kerana rubah ini tinggal di kawasan padang rumput kering dan kekurangan air di Afrika.
Selain mempunyai telinga yang besar, spesis ini juga mempunyai jumlah gigi yang lebih daripada rubah lain.
5. Rubah fennec
Rubah fennec atau Vulpes zerda adalah penghuni padang pasir yang dapat bertahan hidup dengan jumlah air yang sangat sedikit.
Ia adalah haiwan nocturnal iaitu aktif pada waktu malam di mana rubah ini biasanya memburu dan berehat pada waktu siang yang panas.
Telinganya yang sangat besar membantunya mengesan mangsa dan juga menghilangkan rasa panas.
Dari segi saiz, rubah fennec adalah spesies anjing terkecil di dunia, biasanya mempunyai berat sekitar 1.6 kilogram dan membesar sehingga 30.5 sentimeter.
Apa yang membuatkan rubah ini sangat unik adalah telinganya yang sangat panjang jika dibandingkan dengan saiz badannya, yang boleh mencecah 15.2 sentimeter iaitu separuh panjang badannya.
6. Rubah corsac
Rubah corsac atau Vulpes corsac mempunyai bulu yang tersangat tebal dan gebu pada musim sejuk, yang mana membuatkan populasi spesis ini selalu diancam oleh pemburu haram.
Ia tinggal di padang rumput dan separa-padang pasir di Asia Tengah dan timur laut.
Populasi haiwan ini boleh merudum sebanyak 90% akibat bencana alam, cuaca buruk dan perburuan.
Akan tetapi, spesis ini cenderung untuk pulih dengan cepat yang membuatkan musang corsax masih dianggap sebagai spesis yang tidak diperhatikan oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar.
7. Rubah perak
Rubah berwarna perak ini adalah varian kepada rubah merah.
Rubah ini lahir dengan melanin berlebihan yang menjadikan warna bulunya lebih gelap.
Warnanya boleh berbeza-beza berkisar dari hitam gelap dengan hujung ekor berwarna putih, kepada biru dan kelabu.
Apa sahaja warna bulu rubah ini, ia menjadi kegilaan ramai dalam industri perdagangan bulu.
Disebabkan ini, rubah perak dibiakkan sehingga ke tahap ia menjadi haiwan peliharaan.
Hari ini, musang ini dengan varian warna perak semula jadi sangat jarang ditemui.
8. Rubah Artik
Juga dikenali sebagai rubah kutub, rubah putih dan rubah salji, rubah Artik biasanya ditemui di kawasan tundra Artik seperti wilayah utara Kanada, Rusia, Eropah, Greenland, dan Iceland.
Tidak seperti spesis rubah yang tinggal di padang pasir yang biasa dengan kepanasan melampau, rubah ini mempunyai kelebihan bertahan dalam cuaca sejuk yang ekstrem.
Ia mempunyai bulu yang mampu menahan sejuk paling hebat di antara haiwan lain di Artik, membuatkan rubah kutub ini mampu bertahan suhu -60 darjah Celcius.
Bulunya yang berwarna putih juga membantu haiwan ini bersembunyi di sebalik salji tebal.
Rujukan:
2. Tree Hugger
3. Earth Porm