Oleh pada 05 Oct 2017 kategori

Kredit foto: securiforce.com.my

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid meninggal dunia pada jam 6 petang semalam.

Exco Wanita Umno berusia 62 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN).

Menurut laporan sumber terdekat pihak keluarga, jenazah Allahyarham dihantar ke rumahnya di Ukay Height, Ampang, jam 10 malam tadi.

Sebelum ini, wanita yang dikenali sebagai 'Iron Lady' itu dimasukkan ke IJN sejak 18 September lalu untuk menjalani pembedahan dua saluran jantungnya yang bermasalah. 

Bagaimanapun Maznah yang awalnya stabil selepas pembedahan Jumaat lalu, mengalami komplikasi pendarahan dalaman sebelum keadaannya kritikal.

Solat jenazah akan berlangsung selepas solat Asar hari ini, berlokasi di Masjid Darul Ehsan, Taman Tar sebelum pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, Taman Selasih , Kuala Lumpur.




Hakcipta iluminasi.com (2017)