Kredit foto: Instagram @feeyaiskandar

Beberapa foto terkini Nuh Aryyan, anak penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar atau lebih dikenali sebagai Cik Piah mencuri tumpuan netizen kerana mempunyai sepasang mata berwarna kelabu.

Nuh Aryyan (2 bulan) adalah anak kedua Feeya bersama suaminya, Nurashid Abd Wahab.

"Mummy cemburu tengok mata Nuh ni. Masa mengandung asyik tengok mata anak mat saleh sahaja, itu yang terkenan sedikit mungkin. Bukan tengok mata atuk Salih Yaccob ya," tulis Feeya di ruangan kapsyen dalam nada gurau.

Hal itu diakui oleh pengikutnya yang rata-rata terpukau dan memuji mata Nuh seperti memakai kanta lekap.

Lain pula ceritanya, seorang netizen memberitahu warna mata itu akan bertukar menjadi normal iaitu hitam apabila meningkat dewasa.

Sementara itu, wajahnya juga dikatakan seiras dengan abangnya, Adam Malique (1 tahun).

Sumber berita: Instagram Feeya Iskandar




Hakcipta iluminasi.com (2017)