Oleh pada 30 Jan 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Aiman Tino

Aiman Tino, menepis dakwaan kononnya beliau sudah berani menunjukkan perangai besar kepala kebelakangan ini.

Penyanyi itu mengatakan sudah muak dengan dakwaan orang ramai sekaligus enggan memanjangkan isu kecil yang tidak berasas.

Dalam pada itu, dia tidak mahu mengambil peduli percubaan pihak tertentu yang cuba menjejaskan reputasinya dalam industri hiburan.

“Lumrah manusia ada yang suka dan sebaliknya. Ini bukanlah kali pertama cerita-cerita yang tidak enak didengar dilontarkan kepada saya," katanya.

Pelantun Permata Cinta ini mengatakan jika benar ada pihak yang terasa hati dengan sikapnya, pasti mereka sudah bertemu empat mata untuk menyelesaikannya.

masuk malaysia book of records aiman tino tunjuk kerenah 2

Kredit foto: Instagram Aiman Tino

“Bagi saya, jika apa dikatakan itu benar, pasti ada datang bersemuka dan berbincang secara peribadi. Bagaimanapun, tidak ada pun berbuat demikian,” katanya.

Aiman menegaskan dia masih individu yang sama seperti ketika awal pembabitan dalam industri. Dalam masa sama, beliau menjemput mana-mana pihak yang tidak berpuas hati supaya tampil bertentang mata dan berbincang tentang isu yang ditimbulkan mereka.

“Saya masih sama tidak pernah berubah. Lagipun perangai negatif ini tidak akan membawa saya ke mana mana pun.

“Bagi saya kalau ada yang tidak puas hati atau anggap saya poyo dan besar kepala lebih baik jumpa saya secara berdepan. Barulah tahu saya seorang yang ‘gila-gila’,” katanya.

Terdahulu, Aiman dikatakan mempunyai masalah disiplin dan mula berkerenah apabila namanya semakin meningkat naik selepas lagu nyanyiannya, Ku Rela Dibenci dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai lagu paling banyak tontonan di laman YouTube.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)