Kredit foto: Instagram Aiman Tino
Nampaknya, kisah penyanyi Aiman Tino ‘ditampar’ oleh aktres Fazlina Ahmad Daud terus menjadi bualan hangat sejak minggu lalu.
Dikatakan, para peminat Aiman masih tidak boleh 'move on' walaupun isu itu dianggap sudah selesai oleh kedua-dua pihak, baik Aiman mahupun Fazlina.
Menurut laporan ruangan gosip Cik Pang daripada portal Harian Metro, beliau mendapat tahu penyanyi Ku Rela Dibenci itu masih dengan tekadnya untuk bergelar aktor berjaya dalam dunia lakonan, tanpa mempedulikan asakan gosip yang muncul seawal pembabitannya dalam bidang itu.
Kata Cik Pang lagi, Aiman juga tidak ambil pusing meskipun isu itu terus diperkatakan netizen di laman sosial kerana masih tidak berpuas hati dengan tindakan adik kepada aktres Fauziah Ahmad Daud ini.
Kredit foto: Utusan Online
Aiman dilaporkan menyatakan kesediaannya untuk terus bergandingan dengan Fazlina sekaligus memaparkan sisi profesionalnya sebagai seorang bintang muda.
Dalam pada itu, Cik Pang dalam kenyataannya juga mengatakan ada pihak luar yang amat terkesan dengan insiden 'tampar' itu meskipun tuan punya badan tidak merasa apa-apa.
Cik Pang berkata, dia berharap para peminat Aiman atau mana-mana pihak sekalipun tidak perlu bersikap umpama 'lebih sudu dari kuah’ dalam menangani isu ini.