Oleh pada 16 Apr 2017 kategori

China merupakan salah sebuah negara terbesar di dunia dan kepadatan penduduk di sana yang terlalu ramai telah menyebabkan timbulnya beberapa masalah ekonomi. Sedar tak sedar, mereka semakin kekurangan sumber bahan mentah asli dan tidak dapat menampung keperluan rakyat di seluruh negara. Dari situlah mereka mula memikirkan cara untuk melangsungkan hidup dengan kos yang rendah, maka terhasillah banyak barangan tiruan.

kobis palsu menggunakan wax

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kita selalu berasa skeptikal kalau nak beli produk yang made in China kan. Kadang-kadang nak beli produk berjenama pun rasa takut-takut. "Entah-entah sebenarnya produk gred AAA dari China." Tapi tahukah anda, orang China bukan sahaja suka buat barang tiruan, malah mereka juga buat makanan tiruan?

Berikut 10 jenis makanan yang dah dipalsukan oleh orang China:

#1 Bihun

Pada tahun 2010, 50 buah kilang di wilayah Dongguan diarahkan tutup oleh pihak berkuasa kerana menggunakan bijian yang busuk dan bahan kimia beracun untuk menghasilkan bihun. Operasi kilang-kilang ini dibuat secara besar-besaran sehingga boleh menghasilkan 500,000 kilogram bihun sehari sebelum perbuatan mereka dapat dikesan.

bihun yang diperbuat menggunakan bijirin berkulat dan busuk dan bahan kimia terlarang

Sumber: Independent UK

#2 Susu bayi

Sekitar tahun 2009, berlaku satu skandal susu melamina di China. Seramai 53,000 orang kanak-kanak dan bayi yang jatuh sakit akibat mengambil minuman susu mengandungi melamina. 4 orang bayi meninggal dunia disebabkan susu tipu ini. Dikhabarkan bahan kimia tersebut ditambah untuk meningkatkan kandungan protein dalam susu.

susu melamina china membunuh bayi

Sumber : CNN

#3 Daging babi

Pada tahun 2011, seorang wanita telah memasak hidangan daging babi untuk makan malam dan dia kemudiannya meletakkan lebihan hidangan di atas meja selepas selesai makan. Pada pukul 11 malam, dia mendapati pancaran cahaya biru datang dari dapur dan apabila diperiksa, cahaya itu datang dari daging babi tersebut.

daging babi bercahaya biru dalam gelap

Selain itu, terdapat lagi kes lain yang mendapati daging babi yang dibeli memancarkan cahaya biru pada waktu malam. Selepas dilaporkan pada media, Suruhanjaya Keselamatan Makanan memulakan penyiasatan dan membuat kajian ke atas daging babi di sana. Rupa-rupanya daging babi itu telah tercemar dengan jangkitan bakteria sekunder yang dinamakan bakteria pendarfosfor (phosphorescent bacteria)

Sumber : China Smack

#4 Daging

Lebih 900 orang telah ditahan kerana terlibat dengan jenayah berkaitan perniagaan daging di China. Ini termasuklah kesalahan menghasilkan daging 'lembu' dan 'kambing' menggunakan tikus, mink dan musang.

daging tiruan china

Selain sengaja menipu pengguna dengan melabel daging ini sebagai lembu dan kambing, pengilang juga didapati bersalah kerana menggunakan bahan kimia terlarang semasa memproses daging, menjual daging yang dijangkiti pelbagai penyakit dan menyuntik air ke dalam daging untuk meningkatkan beratnya.

Sumber: RT.com

#5 Kacang walnut

Penipuan kacang walnut ini dibuat begini : isi kacang dikeluarkan dari kulitnya dan digantikan dengan batu konkrit kecil yang dibalut menggunakan kertas dan kemudian digam semula. Dengan ini, para scammer akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda kerana boleh menjual isi kacang dan juga kacang palsu ini.

china kacang walnut tiruan palsu

Anda pelik kenapa kacang pun mereka nak tipu? Hal ini demikian kerana kacang walnut mempunyai harga yang meningkat naik sejak beberapa tahun lepas. 10 tahun lalu ia cuma berharga 350 yuan, namun tahun lepas ia boleh dijual di pasaran dengan harga sekitar 3,500 hinggalah 30,000 yuan. Tak hairanlah ramai penipu nak cepat kaya.

Sumber: Business Insider

#6 Wain

Penghasilan wain tiruan di China mungkin sudah menjadi satu perkara biasa. Peluang perniagaan scam ini digunakan oleh penipu berpunca daripada majoriti pengguna yang tidak tahu membezakan antara wain asli dan tiruan.

Melainkan anda seorang pakar wain, anda tidak akan tahu bahawa kebanyakan wain berjenama yang dijual di China merupakan jus buah-buahan sahaja.

pegawai penguatkuasa memeriksa dan merampas wain tiruan

Sumber : Reuters

#7 Beras

Seorang pegawai dari Persatuan Restoran China telah mengesahkan bahawa skandal beras palsu ternyata benar. Selepas penyiasatan dibuat, mereka mendapati 'beras' ini diperbuat menggunakan campuran kentang, keledek dan plastik iaitu resin sintetik.

beras tiruan china

Memakan tiga mangkuk nasi yang dimasak menggunakan 'beras' ini juga dikatakan bersamaan seperti anda memakan satu beg plastik!

Dengar cerita beras tiruan seperti ini juga sudah berada di pasaran Malaysia, adakah benar?

Sumber: Weekly HK

#8 Telur

Malaysia juga pernah digemparkan dengan kisah telur palsu. Adakah ia merupakan produk import dari China ataupun buatan penipu-penipu tempatan?

Siasatan mendapati kulit telur palsu dibuat menggunakan lilin parafin, kalsium karbonat, serbuk gipsum dan pelbagai lagi bahan lain. Kuning telur dan putih telur pula diperbuat daripada alginat, gelatin, kalsium klorida, air dan pewarna makanan. Tonton sendiri bagaimana sebuah rancangan TV di Jepun membongkar kisah telur tiruan di China.

Sumber: China Hush

#9 Buah anggur

Sekiranya anda telah menonton video telur palsu di atas, anda juga akan mendapati bahawa buah anggur juga boleh dihasilkan menggunakan bahan yang sama seperti membuat kuning telur. Mereka cuma perlu menukar bahan perisa dan pewarna sahaja untuk membuat rasa yang seakan-akan anggur.

anggur tiruan

#10 Pau

Penjaja makanan di China menjual pau dengan inti yang diperbuat menggunakan kadbod. Kadbod ini mulanya direndam di dalam larutan kimia untuk dilembutkan kemudian ia dicincang dan dicampurkan dengan lemak babi serta serbuk perasa. Setelah bahan inti siap, ia akan disumbat ke dalam pau sebelum dikukus.

pau berinti kadbod

Mungkin sesetengah penjaja kuih dan peniaga pasar malam yang kantoi celup plastik dalam minyak menggoreng tu berguru dengan pakar 'pemakanan' dari China agaknya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)