Kredit foto: Instagram Lufya
Pelakon Lufya Omar selamat melahirkan anak perempuan di Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara, pada jam 6.32 petang, Sabtu lalu.
Bayi comel itu dilahirkan secara normal oleh doktor peribadinya dengan bantuan suami, Che Muhammad Hafiz Che Baharom, dengan berat 3.39 kilogram (kg) dan diperkenalkan dengan gelaran 'Baby L'.
Dalam pada itu, Lufya berkongsi berita kelahiran puteri mereka di laman Instagram.
Kredit foto: Instagram Lufya
"Alhamdulillah, syukur puteri 'Baby L' selamat dilahirkan secara normal. Anak kami berada dalam keadaan sempurna dan cukup sifatnya.
"Terima kasih Dr Arifah yang dibantu suami menyambut kelahiran 'Baby L' dengan baik," tulis Lufya.
Dalam perkembangan sama, Lufya meluahkan rasa terharu dengan sokongan yang diberikan suaminya ketika menyambut bayi di bilik bersalin.
"Daddy dah macam pasukan sorak di bilik bersalin semalam. Untungnya Baby L, daddy sendiri yang potong tali pusatnya. Amboi... Anak daddy sangat!" katanya.
Di kesempatan itu, Lufya merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus berdoa dan melontarkan kata-kata semangat buatnya.
"Terima kasih kepada seluruh keluarga saya dan suami yang tidak putus-putus mendoakan. Tidak lupa juga kepada sahabat, penyokong industri dan pengikut yang memberi kata-kata semangat," katanya.
Lufya yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia 6, berkahwin dengan Che Hafiz pada 26 November tahun lepas.
Sumber berita: BH Online