Aktres Lufya yang sedang hamil lapan bulan terjatuh dari pentas selepas menjayakan program televisyen siaran langsung, Da'i pada Ahad lalu.

Bagaimanapun dia enggan menuding jari meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak atas insiden yang terjadi.

Malah Lufya sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak produksi yang sudi menghulurkan bantuan ketika kejadian.

Malang tidak berbau, saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini cuma memohon setiap doa anda supaya kandungan bayi saya dalam keadaan sihat dan kecederaan saya beransur pulih. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada team produksi yang membantu saya dalam keadaan tersebut.
Sumber: Instagram Lufya

Kenyataan tersebut dibuat Lufya menerusi akaun Instagramnya.

Sementara itu, bekas pelajar Akademi Fantasia Musim Keenam itu memberitahu dia kini sedang dalam pemantaun doktor.

Justeru Lufya berharap para peminat dapat mendoakan kesejahteraan bayi yang dikandungnya.

Setakat ini saya masih lagi di bawah pemerhatian doktor dan berharap anda semua mendoakan saya terutamanya kandungan saya selamat. Amin.
Sumber: Instagram Lufya

Menceritakan dengan lebih lanjut kemalangan yang terjadi, Lufya memberitahu segalanya berlaku hanya dalam sekelip mata.

Ia disebabkan kesilapannya sendiri yang menganggap permukaaan lantai sebagai pentas, sebelum langkahnya tersungkur.

Selepas tamat siaran langsung program Da'i semalam, saya mengalami musibah terjatuh dari pentas lebih kurang 1 meter tingginya. Tidak dijangka keadaan ini berlaku terlalu pantas sejurus selepas habis program semalam, saya diajak bergambar oleh @datinmaziahalmas bersama owner Siti Khadijah. Tetapi belum sempat bergambar, saya terjatuh dari pentas. Dalam keadaan tidak menyedari ruang yang saya berdiri sudah berada di hujung pentas (tiada penghadang) dan lantai hitam yang saya jangkakan pentas rupanya lantai menyebabkan saya tidak perasan dan terjatuh.
Sumber: Instagram Lufya



Hakcipta iluminasi.com (2017)