Kredit foto: Instagram Fouziah Gous
Aktres Fouziah Gous akhirnya selamat melahirkan anak kedua jam 8.15 malam, 9 November lalu.
Berita gembira itu didedahkan kepada para pengikutnya di laman Instagram, @fouziahgous.
Dalam kenyataannya di kapsyen, Fouziah melahirkan kesyukuran dengan kelahiran bayi lelaki seberat 3.04 kilogram itu.
"Kami sangat gembira dengan kehadiran cahaya mata baru dan dengan rasa penuh syukur kami mengumumkan anak kedua kami telah selamat dilahirkan pada 9 November lalu pada pukul 8.15 malam.
"Selepas sembilan bulan, kami dengan gembiranya ingin memaklumkan cahaya mata kedua kami adalah lelaki.
"Oh anakku! Kami rasa sangat teruja dengan adanya anggota baru dalam keluarga. There's a new chief in town!" tulisnya.
Kredit foto: Instagram Fouziah Gous
Menerusi ruangan komen, netizen mengucapkan tahniah kepada mereka. Malah rata-ratanya sudah tidak sabar untuk melihat anak kedua pasangan ini.
Fouziah dan Zhafran berkahwin pada 21 September 2013 dan sebelum ini menerima cahaya mata lelaki, Muhammad Zeeshan, yang telahpun berusia 2 tahun.
Fouziah merupakan seorang aktres yang melonjak namanya menerusi beberapa filem popular, antaranya Bujang Senang, Ratu The Movie, Rasuk dan Sifu & Tongga.
Sumber berita: Astro Gempak