Kredit foto: Instagram @lufyalaana
Biodata
1. Nama penuhnya, Lutfyah binti Sheikh Omar.
2. Dikenali sebagai Lufya Omar.
3. Lahir pada 2 Februari 1985 di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
4. Berusia 34 tahun.
5. Merupakan penyanyi dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.
6. Bakatnya dicungkil daripada program Akademi Fantasia musim keenam (AF6) pada 2008 yang antara lain melahirkan penyanyi Stacy, Nubhan, Ika Nabila dan Saida.
7. Lagu-lagu tugasan dibawakannya dalam rancangan realiti itu ialah 'Ingkar' nyanyian asal Bunga Citra Lestari, Cintaku 100% (Mas Idayu) dan Tika Dan Saat Ini (Kumpulan Medicine), sebelum tersingkir di minggu ketiga.
8. Pernah membintangi drama Ramadan Jangan Pergi, Jalan Kembali, Bila Hati Telah Hitam, Umairah dan Ahli Mesyuarat Tingkap. Termasuk telefilem Mahar Tanpa Cinta, Dibawah LangitMu Aku Berselawat dan Tipah Semperit.
9. Kemunculannya di layar perak menerusi filem Sunti @ Facebook pada 2015.
10. Selaku penyanyi, Lufya yang memperjuangkan genre muzik Pop dan R&B, pernah meledak dengan single Diam dan Doaku (lagu tema drama 'Ramadan Jangan Pergi').
Fakta Menarik
- Bersara daripada dunia nyanyian selepas mengenakan imej hijab pada Februari 2015.
- Masih aktif sebagai pelakon, namun lebih selektif terhadap tawaran watak, bersesuaian imej muslimah dibawakannya.
- Mendirikan rumah tangga dengan Che Muhammad Hafiz Che Baharum yang juga seorang doktor pada 26 November 2016. Perkahwinan mereka diserikan kehadiran seorang cahaya mata perempuan bernama Laana Haura pada 11 November 2017.
Foto
Kredit foto: Instagram @lufyalaana
Video
Kredit video: Youtube Astro Awani
Sumber:
2. Mstar
3. Astro Gempak