Gambar sekadar hiasan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangkakan tiga senario bakal terjadi apabila Cukai Jualan Perkhidmatan (SST) mula diperkenalkan pada 1 September ini.
Menurut menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, tiga situasi tersebut adalah kenaikan harga barang, harga barang kekal dan penurunan harga barang.
Namun, beliau menegaskan bahawa senario itu tidak membabitkan 22 harga barangan kawalan sedia dan cuma membawa impak kepada barangan lain yang tidak dikawal.
Tambahnya, setelah SST diluluskan, terdapat cukai dikenakan terhadap barangan dengan jumlah berbeza seperti 0%, 5% dan 10% tertakluk kepada barangan yang dijual.
Sumber:
Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan.