Kredit foto: Instagram Raja Afiq
Meskipun pernah terpalit dengan kontroversi kerana meninggalkan set penggambaran, pelakon Raja Afiq akui perjalanan karier seninya tidak terjejas.
Malah bagi Afiq, pencalonannya dalam senarai akhir Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 juga tidak mempunyai kaitan dengan isu tersebut.
Kredit foto: Instagram Raja Afiq
Bagi saya pencalonan di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 ini rasanya tiada kaitan dengan kontroversi kerana orang lebih meminati drama lakonan saya. Saya juga tercalon dalam kategori pasangan serasi dan bukannya secara individual jadi saya tak rasa pencalonan ini ada kena mengena dengan isu saya yang terdahulu. Saya akui ada sesetengah kontroversi membantu dan ada yang tidak. Alhamdulillah, buat masa ini perkara itu tidak memberi kesan kepada saya. Lagipun semua yang berlaku itu bagi saya semuanya asam garam dalam industri.
Sumber: Astro Gempak
Raja Afiq dan Niena Baharun dicalonkan bersama menerusi kategori Gandingan Serasi Drama (Sayangku Kapten Mukhriz).
ABPBH 3.0 bakal berlangsung pada Ahad ini, 14 Mei, jam 9 malam di Pusat Konvensyen Antrabangsa Putrajaya (PICC).
Kredit foto: Instagram Raja Afiq