Kredit foto: Instagram Syarifah Khyra Muhsin , Facebook Syarifah Khyra Muhsin , Facebook Syarifah Khyra II
Siapa Syarifah Khyra Muhsin? Beliau merupakan pengasas produk kecantikan dan penjagaan kesihatan, serta pemilik empayar perniagaan Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd.
Pada ketika ini, Fellera Skin telah dipilih sebagai penaja utama untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke 35 yang akan berlangsung pada 21 Julai 2023.
Malam kemuncak acara berprestij itu, yang kali pertama diadakan di Istana Budaya (IB), panggung seni utama negara, akan disiarkan secara langsung di TV3 atau boleh distrim secara 'live' melalui aplikasi Tonton.
Biodata
Nama penuh: Syarifah Nur Fakhirah binti Syed Muhsin
Nama komersial: Syarifah Khyra Muhsin, Khyra
Umur: 31 tahun (2023)
Tarikh lahir: 16 Oktober
Asal: Terengganu
Keluarga: Anak bongsu daripada lima orang adik beradik
Pendidikan: Kelulusan Sarjana Muda Penyiaran Komunikasi Massa Dan Kajian Media daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Pekerjaan: Usahawan
Instagram (IG): @syarifahkhyramuhsin
Latar Belakang
1. Khyra selaku pemilik Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd, merupakan individu yang berjaya mencipta empayar dalam bidang perniagaan kecantikan. Beliau mendirikan bisnes ini kira-kira 10 tahun yang lalu. Pada usia muda, beliau berkahwin dan mengambil peranan sebagai pelajar, isteri dan ibu serentak ketika berada di awal umur 20-an.
2. Meskipun sibuk dengan pengajian dan tanggungjawab terhadap keluarga, Khyra ketika itu mampu mengusahakan pendapatan sampingan melalui jualan produk seperti batik, sutera dan tudung. Secara kecil-kecilan, perniagaan Fellera dimulakan dengan menggunakan modal sebanyak RM1,400, di mana sebahagian besarnya merupakan pinjaman daripada suaminya iaitu sebanyak RM1,000. Suaminya juga memberikan sumbangan tenaga dalam urusan penghantaran ketika ada masa terluang.
3. Pada permulaan, Fellera Beauty mencipta sabun skrub beras berdasarkan formula herba tradisional yang mencuri tumpuan ramai. Kejayaan produk pertama tersebut membawa kepada penghasilan 14 produk lain dalam jajaran mereka. Setelah berkecimpung dalam industri penjagaan kulit selama 10 tahun, syarikat kemudiannya mengarahkan fokus mereka kepada suplemen atau makanan tambahan, iaitu Jeli Ajaib Bellrossa Advances (BellRossa Advance Magic Jelly) yang terkenal sebagai 'Jeli Ajaib', dibangunkan untuk kaum wanita.
4. Di tengah kejayaannya, Khyra diuji dengan dugaan getir apabila mengalami kerugian ratusan ribu ringgit selepas lapan tahun berbisnes. Syarikatnya mengalami kerugian yang berganda daripada penjualan tertinggi yang pernah dicapai, kerana jualan produk yang merosot dalam pasaran.
5. Selepas melalui zaman kejatuhan syarikat, yang sebelumnya berjaya menghasilkan 15 jenis produk kecantikan dan kesihatan, Khyra membuat keputusan untuk "berehat sejenak" daripada mengeluarkan produk di pasaran pada tahun 2019. Keputusan ini diambil selepas dia kembali dari menunaikan ibadah umrah, yang mana dia mengambil waktu untuk berfikir selama dua bulan.
6. Walaupun demikian, semangat juang dan cinta Khyra terhadap perniagaan produk kecantikan mendorongnya untuk bangkit semula dan terus berjuang. Pada tahun 2019, dia mengambil keputusan untuk melakukan penjenamaan semula Fellera Beauty menjadi Fellera Skin, mencerminkan fokusnya yang lebih mendalam dalam bidang penjagaan kulit.
Fakta Syarifah Khyra Muhsin
1. Panggilan mesra "Khyra" diberikan kepada wanita yang menetap di Kuala Terengganu ini.
2. Dia adalah seorang ibu kepada tiga orang anak.
3. Bapanya, Syed Muhsin Syed Zin, merupakan seorang pesara penghulu. Suaminya pula, Syed Azri Syed Mohamad, terlibat dalam industri pembinaan.
4. Dia kehilangan ibu kandungnya akibat penyakit asma ketika dia berusia 15 tahun.
5. Pernah memasang angan-angan ingin menjadi pengacara terkenal dek kerana pengkhususannya dalam bidang penyiaran ketika belajar di universiti.
6. Suaminya, yang mempunyai pengalaman luas dalam perniagaan, memainkan peranan penting dalam membantu Khyra mengembangkan idea-idea produk.
Baca: Senarai Keputusan Pemenang ABPBH 2023 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35)
Baca: Senarai Calon Top 5 ABPBH 2023 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35)
Gambar
Kredit foto: Instagram Syarifah Khyra Muhsin , Facebook Syarifah Khyra Muhsin , Facebook Syarifah Khyra II
Sumber:
1. Jelly Bellrossa Advances suplemen paling menjadi