Kredit foto: Mynewshub
Penyanyi terkenal era -an, Ben Nathan sebelum ini pernah dituduh menagih dadah sehingga pihak berkuasa melakukan saringan awal air kencing dan pemeriksaan di hospital membuktikan dia bersih daripada najis dadah.
Setelah sekian lama hidup gelandangan, Yayasan Artis 1Malaysia bekerjasama dengan ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Syed Mohd Yusof Syed Nasir atau Jojo akan menganjurkan konsert pertamanya di Saloma Bistro, Kuala Lumpur pada Mei akan datang pada suatu tarikh yang akan diumumkan nanti.
Dalam keadaannya sekarang, Ben memerlukan sokongan pelbagai pihak. Minat Ben terhadap nyanyian tidak pernah pudar, malah dia masih ingat semua lagunya dan dia juga menghafal lagu nyanyian saya.
Jika berbual dengannya mengenai perkara lain, dia akan tetap bercerita mengenai muzik. Konsert ini juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantunya.
Sumber: Harian Metro Online
Datuk DJ Dave selaku pengerusi turut berkata bahawa Datuk Zainal Abidin juga sudah bersetuju untuk melakukan persembahan di konsert tersebut secara percuma.
Selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak 3 Februari lalu, Ben dilaporkan masih ditempatkan di hospital berkenaan. Keluarga penyanyi itu meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada DJ Dave dalam menjaga keadaan Ben.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut akan melawat Ben di HKL selain akan memberi bantuan dari segi tempat perlindungan supaya dia tidak kembali hidup gelandangan seperti dulu.
Sumber berita: bulletinmedia.blogspot.com