Kredit foto: Mstar & opsstest.blogspot.my

Datuk Ramli MS beranggapan Konsert AF Megastar Homecoming Minggu Pertama yang berlangsung semalam tidak menyerlahkan kebolehan sebenar sesetengah peserta.

Malah pengarah muzik yang juga merupakan juri tetap program itu memberitahu ada peserta yang belum cukup layak bertanding di liga tersebut.

Persembahan malam ini ada yang okay dan ada juga yang tidak menunjukkan bakat mereka yang sebenarnya, mungkin memilih lagu yang kurang sesuai dengan suara mereka. Saya tidak mahu menyebut siapa peserta yang kurang menyerlah pada malam ini, namun secara peribadi ada peserta yang saya rasakan kurang sesuai untuk berada di pentas ini.
Sumber: Mstar

Ramli membuat kenyataan tersebut di majlis sidang media yang berlangsung sejurus selepas program itu selesai.

Turut menggalas tugasan sebagai juri adalah guru vokal Syafinaz Selamat (juri tetap) dan penyanyi Ziana Zain (juri undangan).

ramli ms dedah 3 peserta terbaik konsert pertama af megastar 2

Kredit foto: Mstar

Dalam konsert minggu pertama yang berlangsung di Royal Theater semalam menyaksikan beberapa persembahan yang berjaya memukau penonton, iaitu Bob (Bukan Cinta Biasa), Ewal (Sampai Syurga), Sufi (Wanita Terakhir), Idayu (Hurt), Amir Jahari (Manusia Biasa) dan Marsha (Untuk Kali Terakhir).

Juga bertanding adalah Mila (Putus Terpaksa), Adam (All I Have To Give), Ara (Terus Mencintai), Firman (Impian), Zahid (Pamit) dan Azhar (Sampai Mati).

Pada masa yang sama, Ramli turut mendedahkan tiga persembahan yang menjadi pilihannya pada malam itu yang mana dinilai berdasarkan kehebatan vokal dan kualiti persembahan. Ramli memilih Amir Jahari, Bob dan Idayu sebagai yang teratas pada konsert pertama.

Secara peribadi, saya mengambil contoh nyanyian Amir Jahari, dia menunjukkan bakat sebenar sebagai anak seni. Apabila dia naik pentas, dia seolah-olah membuka satu jalan dalam menunjukkan bakatnya dan dalam hal ini saya tidak mengambil kira tentang nilai komersial yang ada pada dirinya. Bob pula menyanyikan lagu yang mudah baginya tapi saya berasakan dia boleh menyampaikan lagu yang lebih mencabar vokalnya selepas ini.
Sumber: Mstar

ramli ms dedah 3 peserta terbaik konsert pertama af megastar 3

Kredit foto: BH Online

Di kesempatan yang sama, Ramli memohon agar para peserta menggunakan medium yang diberikan itu sebagai peluang untuk membuktikan bakat sebenar dan tidak hanya berpaksi kepada populariti sahaja.

Secara jujurnya, saya mahu peserta yang terpilih menyertai program ini menggunakan platform ini sebagai ruang untuk menonjolkan diri dan bukan untuk mengejar populariti. Kita memberi ruang kepada mereka untuk menyerlahkan semula bakat nyanyian dan gunakanlah peluang ini sebaiknya.
Sumber: Mstar

Konsert minggu hadapan bakal menampilkan 12 lagi penyanyi bertanding iaitu Shahir, Amylea, Indah, Faizul, Syamel, Adira, Amir, Faizal, Nubhan, Anding, Rosma dan Aril.

Daripada 24 peserta yang berentap sepanjang dua minggu pertama, hanya 12 akan dipilih untuk menyertai Konsert Mingguan AF Megastar.

Senarai akhir 12 peserta tersebut bakal diumumkan pada penghujung konsert minggu kedua.

AF Megastar bersiaran setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria. Diacarakan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)