Kredit foto: astroawani.com

PRESIDEN Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M), Datuk DJ Dave berasa lega setelah Konsert Kasih dan Harapan Ben Nathan yang dianjurkan dengan kerjasama Jojo Events itu berlangsung dengan jayanya di Saloma Bistro pada Ahad yang lalu.

Menurut DJ Dave, penyanyi popular era 1980-an itu ternyata memukau para penonton dengan memberikan sebuah persembahan yang hebat dan tidak disangka-sangka.

Saya terkejut kerana dia (Ben) sangat bersemangat di pentas dan mampu menyempurnakan nyanyiannya menerusi tiga buah lagu dengan baik sekaligus menghilangkan kegusaran saya terhadap fokus nyanyiannya yang sering terganggu sebelum ini.


Melihat perkembangan positif Ben, saya tidak sabar untuk meneruskan misi ketiga kami untuk projek rakaman single terbarunya di Jakarta selepas sambutan hari raya Aidilfitri depan.

Konsert yang berlangsung selama dua jam itu turut menyaksikan persembahan artis terkenal tanahair yang lain seperti Datuk M.Nasir, Datuk Nash, Ramlah Ram, Sahara Yaakob, Aris Ariwatan, Fredo Flybaits, Maisara Ukulele dan Datuk DJ Dave.

Sepanjang konsert itu berlangsung, Ben menyanyikan tiga buah lagu iaitu Tak Mungkin, Ilusi Satu Penantian dan Stanza Sepi Sekeping Hati.

Sementara itu, Ben juga menyatakan rasa terharu dan gembira apabila dapat berjumpa dengan rakan-rakan artis yang sealiran dengannya.

Saya enjoy di pentas dan seronok apabila rakan artis turut bersama-sama saya hari ini. Saya sebenarnya tidak sabar untuk ke Jakarta merakamkan single terbaru.

Untuk makluman, tujuan konsert tersebut diadakan adalah untuk membantu mengumpul dana perubatan dan rakaman single terbaru Ben dengan menyasarkan kutipan kira-kira RM50,000.

datuk dj dave terkejut dengan konsert ben nathan 1

Sumber: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)