Oleh pada 30 Jan 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Joy Revfa

Usahawan kosmetik, Joy Revfa berang apabila bungkusan produk kecantikannya berkonsepkan ala Fairytale dikatakan sebagai Tahyul.

Joy meluahkan respon balas terhadap kritikan netizen menerusi kiriman terbaru Instagramnya semalam.

Kata pemilik nama sebenar Siti Arifah Amin ini, rata-rata netizen yang mengutuknya tidak mengetahui akan manfaat besar produk yang dihasilkan sejak tahun 2015 itu.

Bukan sahaja kepada pembeli, malah para peniaga wanita juga menjana pendapatan menerusi penjualan produk yang dikatakan laris di pasaran itu. 

“Saya tak kisah pun orang nak kata produk saya berkonsepkan ala-ala Fairytale ni adalah 'Tahyul & Fantasi' sangat.

“Terkadang ada yang konon-konon tergelak bila melihat bungkusan produk MERVE ala-ala remaja/budak-budak.

“Yang tergelak sindir tu, ada bantu atau memberi sumbangan sesama wanita ke? Gelak lah 'dik non' puas-puas ya.

“Yang penting, produk yang saya hasilkan sejak tahun 2015 lagi ni dah banyak memberi manfaat pada ramai wanita di luar sana malah membantu pendapatan mereka setiap bulan.

“Tapi kena hati-hati bungkusan produk saya ni selalunya ibu-ibu akan menghadapi situasi di mana akan berebut dengan anak-anak dara mereka di rumah, sebab anak-anak perempuan pun terpikat juga, jadi kenalah beli lebih. #kauhado #mervecosmetic,” tulisnya.

konsep produk kecantikan joy revfa dikatakan tahyul 2

Kenyataan bekas isteri Hafiz Hamidun ini mendapat sokongan rata-rata para pengikutnya.

Menerusi respon balas beberapa pengguna laman sosial itu, mereka meminta Joy mengendahkan komen-komen negatif kerana beranggapan para 'haters' tidak mengetahui maksud tersirat dalam konsep yang cuba diterjemahkan Joy.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)