Kredit foto: kedahnews.com & Twitter Hafiz Hamidun
Sebelum ini kakak Joy Revfa telah mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah berpihak kepada Joy dalam isu kemelut rumah tangganya.
Enggan kenyataan tersebut disalahtafsir dan mengeruhkan lagi keadaan, Joy meminta agar semua pihak mengabaikan semua penjelasan selain daripada jawapan suaminya sendiri, penyanyi Hafiz Hamidun dalam sidang media yang akan berlangsung nanti.
Tegas Joy, kenyataan rasmi tersebut adalah jawapan sebenar kepada isu rumah tangganya.
Kredit foto: Instagram Joy Revfa
Mohon tak perlu dengar mana-mana pihak walaupun keluarga, kawan-kawan dan bekas suami (Ray) berniat untuk melindungi dan mempertahankan saya. Saya mohon sekali lagi tak perlu lagi ada yang tulis atau dengar anggapan negatif apa-apa tentang dia (Hafiz) mahupun saya kerana kuatir lebih mengeruhkan lagi keadaan. Biarlah saja kami umumkan kenyataan rasmi masing-masing nanti tentang kami berdua. Kami ingin ianya berlalu dengan apa adanya dan tanpa bersengketa. Harap semua dapat memahami dan bawa bertenang. Biarkan kami menjalani hidup dengan tenang dan fokus dengan kerjaya masing-masing. Apa yang terjadi biarlah saya dan dia (Hafiz) saja yang tahu. Sesungguhnya semua yang terjadi ini adalah ketentuan Allah SWT. Saya hanya mampu bertawakal dan berdoa semoga semuanya dipermudahkan. Kita hanya mampu merancang namun semuanya Allah SWT yang tentukan. Biarkan segalanya berlaku dan percaya ada hikmah di sebaliknya. Mohon jangan salah faham juga terhadap keluarga yang ingin melindungi kerana mereka sentiasa bersama saya dan merasai sendiri situasi yang saya hadapi.
Dengan penjelasan daripada Joy ini diharapkan netizen di luar sana dapatlah berhenti daripada membuat spekulasi berterusan. Realitinya hanya tuan badan sahaja yang tahu, jadi biarlah mereka yang membuat penjelasan.