Oleh pada 03 Jul 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Joy Revfa

Joy Revfa yang menjadi antara mangsa kontroversi hangat tahun lalu ketika bercerai dengan penyanyi, Hafiz Hamidun, pada Oktober, mengakui dirinya telah beberapa kali dilamar dan dirisik.

"Tipu sangat jika saya katakan tiada cubaan melamar, malah ada yang sudah cuba merisik kepada ibu saya sendiri," katanya kepada Mstar Online.

Begitupun, Joy atau nama lahirnya, Siti Arifah Mohd Amin menjelaskan, dia belum bersedia berumah tangga buat masa ini demi menjayakan komitmen terhadap anak dan karier yang didahulukan.

Lebih-lebih lagi ia didorong perasaannya yang meragui keikhlasan mereka.

bekas isteri hafiz hamidun joy revfa dilamar 2

Kredit foto: Instagram Joy Revfa

"Namun tidak pasti apa niat sebenar mereka. Buat masa ini saya hanya mahu memberi fokus kepada anak dan kerjaya dulu," katanya.

Pengusaha produk kosmetik itu merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki berusia tiga tahun hasil perkahwinan sulungnya dengan Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim.

Beliau dan penyanyi lagu ketuhanan, Hafiz Hamidun disatukan pada 1 Mei tahun lalu, namun hubungan mereka juga tidak bertahan lama.




Hakcipta iluminasi.com (2017)