Ketika zaman Perang Dunia Kedua dahulu, pengintip dan perisik memainkan peranan penting untuk mengetahui maklumat sulit daripada musuh dan menggunakan maklumat tersebut untuk mengalahkan mereka. Bagi yang berminat, boleh baca artikel 7 teknik risikan popular yang digunakan dalam sejarah yang pernah kami tulis dahulu.

Bagi mengelakkan maklumat sulit dicuri, kebiasaannya kerajaan sesuatu negara akan memperkenalkan polisi yang ketat untuk menghantar mesej, menerima cenderamata dan pelbagai lagi langkah keselamatan untuk memastikan kakitangan atau pegawai kerajaan tidak terdedah kepada sebarang bahaya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tahukah anda, satu ketika dahulu seorang pegawai tinggi Amerika Syarikat pernah diintip selama 7 tahun melalui sebuah cenderamata yang diberikan oleh seorang kanak-kanak kepadanya? Ya, 7 tahun! Bayangkan berapa banyak perbualan sulit dan rahsia yang telah terdedah kepada orang luar akibat kecuaian kecil ini.

Hadiah tanda persahabatan

pengintip soviet

Pada tahun 1946, sekumpulan kanak-kanak sekolah Soviet dari organisasi Young Pioneer menyampaikan hadiah kepada Duta Besar Amerika ke Kesatuan Soviet, William Harriman. Ianya berupa sebuah replika kayu ukiran dari mohor besar Amerika Syarikat sebagai tanda penghargaan dan persahabatan untuk kerjasama mereka dalam Perang Dunia Kedua dan sebagai janji untuk meneruskan persahabatan ini.

Hadiah yang nampaknya tidak berbahaya itu digantung dalam kediaman duta besar AS di Moscow, di mana ia tinggal selama tujuh tahun sehinggalah didapati bahawa cenderamata yang kelihatan tidak berbahaya itu bukan hanya sekadar hiasan untuk digantung semata-mata.

Ianya adalah trojan, iaitu teknik pengintipan di mana pihak Kesatuan Soviet telah sengaja meletakkannya di pejabat Duta Besar AS itu sebagai salah satu alat pengintipan paling tersembunyi yang pernah dibuat. Pendedahan mengenai alat pengintipan ini hanya dibuat pada tahun 1952.

Kesatuan Soviet dan kepakaran mengintip

alat pengintip 147

Teknik pengintipan telah memainkan peranan penting dalam perang dan juga semasa zaman keamanan sejak zaman kuno. Orang Mesir Purba mempunyai khidmat rahsia yang teratur dan gengintipan yang disebutkan dalam kitab Iliad dan Bible serta rakamannya dalam kitab Perjanjian Lama.

Teknik intipan dan perisikan juga disebutkan dalam buku Art of War Sun Tzu dan Arthashastra Chanakya.

James Buchanan, Menteri AS di St Petersburg pada tahun 1832 - 33 dan kemudian Presiden AS menceritakan bahawa “kita terus dikelilingi oleh mata-mata dari peringkat tinggi dan rendah. Anda hampir tidak dapat menggaji seorang pekerja pun yang bukan ejen rahsia polis".

Kedutaan AS di Moscow adalah salah satu sasaran KGB yang paling mendapat perhatian dan ia penuh dengan mikrofon Soviet. Bangunan ini sentiasa cuba diseludup masuk dengan pelbagai cara dan barangan pengintipan secara berterusan dari awal hubungan diplomatik Soviet-Amerika pada tahun 1933 hingga sekurang-kurangnya pertengahan tahun 1960-an. 

Pada akhir Perang Dunia Kedua, usaha membersihkan kedutaan AS daripada sebarang pengintipan telah menemui 120 buah mikrofon tersembunyi dan jumlah ini cukup mengejutkan. Menurut seorang anggota staf, mikrofon ini kerap diseludup masuk dengan pelbagai cara antaranya di kaki meja dan kerusi yang baru dihantar, di plaster dinding, di mana saja ianya boleh disembunyikan.

Penemuan "The Thing"

Salah satu penemuan pengintipan yang paling luar biasa di kedutaan AS berlaku pada tahun 1952, ketika alat pengesan elektronik Amerika  Syarikat dapat mendengar suara Duta Besar Amerika, George Kennan tetapi tidak ada yang dapat menemukan dari mana ia gelombang suara itu dihantar.

Setelah pencarian yang teliti, akhirnya mereka berjaya menjejaki singnal itu berasal daripada replika kayu "Great Seal of the United States" yang diberikan oleh seorang kanak-kanak sebagai cenderahamata kepada kedutaan AS 7 tahun sebelum itu sebagai hadiah setelah berakhirnya perang dan dengan bangga dipamerkan dalam bangunaan kedutaan.

Apabila seorang pakar keselamatan memecahkannya dengan tukul, satu alat perakam suara berbentuk pensil dijumpai di dalamnya, ditempatkan di ruang logam sepanjang 10 inci. Mikrofon kecil ini telah menyampaikan setiap perkataan George Kennan dalam biliknya kepada seorang pentintip Soviet.

Kecanggihan dan mekanisma alat pengintipan ini cukup mengejutkan pakar keselamatan Barat. Dikenali sebagai "The Thing" atau "Great Seal Bug", ia tidak mengandungi sumber kuasa sendiri atau melalui wayar. Sebaliknya, peranti itu "dikuasakan" oleh isyarat radio kuat dari luar yang menghidupkannya.

konsep the thing

Setelah diaktifkan, peranti ini akan menangkap gelombang suara dan memodulasi gelombang radio yang memicu peranti dan menghantarnya kembali ke pengirim. Ketiadaan komponen elektronik yang aktif menjadikan peranti ini tidak dapat dikesan. Oleh itu, peranti ini mampu berfungsi selama-lamanya.

"The Thing" adalah cetusan idea seorang saintis Soviet, Leon Theremin, yang terkenal dengan penemuan alat muzik eponim iaitu theremin, pada tahun 1920-an. Mikrofon yang tersembunyi di dalam kayu bertindak balas terhadap gelombang bunyi yang dihasilkan oleh perbualan di dalam bilik dengan menggetarkan membran logam yang sangat halus setebal 75 mikrometer.

Apabila peranti ini disinari dengan signal radio dengan frekuensi yang tepat, pergerakan membran akan mengubah kapasitan peranti, yang kemudiannya akan memodulasi gelombang radio yang diterimanya. Kemudian, gelombang dipancarkan kembali oleh antena di "The Thing".

Penerima signal akan mendemodulasi signal untuk mendapatkan suara yang direkodkan oleh mikrofon, sama seperti penerima radio biasa yang memodulasi isyarat radio dan mengeluarkan suara.

Kredit:

  1. Politico Magazine
  2. Crypto Museum
  3. Wikipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)