Bagi mana-mana negara sekalipun, memiliki pasukan khas yang melakukan tugas-tugas pengintipan dan perisikan merupakan satu kebiasaan. Perkara ini penting terutamanya ketika era peperangan dahulu bagi memastikan maklumat-maklumat penting dapat diperolehi daripada pihak musuh.

Dalam dunia pengintipan atau perisikan, sesuatu mesej atau informasi itu perlu disampaikan kepada seseorang individu lain dengan penuh kerahsiaan. Hal ini penting bagi memastikannya tidak dapat dihidu oleh pihak musuh.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi pula mengenai 7 teknik pengintipan popular yang pernah digunakan dalam sejarah. Kami yakin sebahagian daripada teknik ini masih lagi digunakan pada masa kini walaupun terdapat teknologi yang lebih canggih.

1. Tatu

tatu spy pengintip

Tatu pada masa kini lebih kepada fesyen atau satu cara mengekspresikan diri. Namun tahukah anda tatu dahulunya pernah digunakan sebagai cara untuk menyampaikan mesej secara rahsia?

Herodotus, sejarawan dan pengarang buku The Histories yang lengkap tentang Perang Greco-Persia dari 499 hingga 479 SM, menceritakan kisah seorang raja yang mencacah tatu yang mengandungi sebuah mesej pada kepala seorang hamba dan menghantar hamba kepada anak saudara lelakinya yang meminta diselamatkan.

Apabila hamba tersebut sampai ke destinya, rambutnya dicukur bagi membolehkan tatu yang mengandungi mesej pada kepala hamba tersebut dilihat. Cara penyampaian mesej rahsia menggunakan tatu ini sangat unik dan mungkin tiada siapapun yang dapat menghidunya pada waktu itu.

2. Racun dan dadah

racun

Racun dan dadah adalah cara yang paling biasa digunakan dan selalu dipaparkan dalam filem-filem Barat. Pada tahun 1950-an, dadah boleh diletakkan ketika menyalakan rokok seseorang dengan cara memegang buku catatan yang mengandungi dadah ke dalam minuman mangsa.

Bagi wanita pula, mereka biasanya akan memakai sarung tangan untuk menyembunyikan pil atau serbuk dadah yang akan dimasukkan ke dalam minuman tanpa disedari.

3. Penyeludupan dalam pakaian

seludup barang dalam skirt 5

Seorang janda dan ahli sosial kaya, Rose O'Neal Greenhow, mencipta nama untuk dirinya sendiri di Washington D.C sebagai pengintip penting semasa Perang Saudara Amerika.

Dia dikatakan telah menyeludup beberapa dokumen penting dan ubat-ubatan di bawah skirtnya yang besar. Tiada sesiapa yang mengesyaki perbuatan itu memandangkan dia mempunyai hubungan yang baik dengan pegawai atasan.

Selain beliau,  kebanyakan wanita telah membantu mendapatkan makanan dan ubat-ubatan dengan menyeledupnya dalam skirt mereka, di dalam anak patung anak mereka atau tersembunyi di dalam baju tidur mereka.

4. Pengawasan dan pemerhatian

teknologi pengintipan

Apabila pihak CIA sedang mengintip seseorang individu, biasanya ejen mereka akan dihantar untuk tinggal di bangunan atau hotel yang sama atau berdekatan dengannya. Ini bagi membolehkan gerak-geri subjek utama mereka diselidik untuk perancangan selanjutnya.

Kamera telah dibina ke dalam beg bimbit, tiub gincu, buku dan cermin mata hitam. Untuk pengawasan peringkat tinggi, satelit dan pesawat terbang boleh mengambil gambar dan dengan kemampuan zoom dengan sangat dekat.

5. Penyamaran

penyamaran cia 502

Teknik penyamaran adalah teknik yang paling kerap digunakan dalam mana-mana misi pengintipan. Seorang ejen boleh bertukar menyerupai beberapa individu lain dengan mengenakan pelbagai prop seperti jambang dan misai tiruan.

Pewarna rambut, kasut, cermin mata dan cermin mata hitam dan beberapa prop lain membolehkan seseorang ejen mengelakkan diri mereka daripada dikesan dan berselindung dengan lebih baik dalam kalangan orang awam. Malah, seseorang ejen yang pakar juga boleh datang ke hotel sebagai seorang wanita dan keluar dari hotel sebagai seorang lelaki.

6. Kod rahsia

butang kompas spy pengintip

Butang kompas yang digunakan untuk memecahkan kod rahsia

rose greenhow

Antara Cipher yang ditulis oleh pengintip bernama Rose Greenhow

Kaedah komunikasi yang halus, seperti baju warna apa yang dipakainya seseorang boleh dijadikan petunjuk bagi menyampaikan sesuatu mesej. Perhiasan khusus atau frasa tertentu yang digunakan dalam perbualan atau terutama dalam siaran radio boleh memberi amaran bahaya atau memberi seseorang kebenaran untuk meneruskan misi mereka.

Simbol, kriptologi, dan kod telah digunakan secara meluas sepanjang sejarah. Semasa Perang Dunia II, seluruh kompleks di Bletchley Park di England ditubuhkan dengan beberapa ahli matematik terkemuka, termasuk Gordon Welchman dan Alan Turing, untuk memecahkan kod rahsia Nazi.

7. Pertukaran maklumat

petukaran maklumat 480

Menurut buku Spycraft oleh Robert Wallace dan H. Keith Melton, teknik yang disebut “dead drop” adalah salah satu taktik yang paling banyak digunakan untuk bertukar maklumat. Maklumat boleh disembunyikan di dalam sarung tangan lama atau beg makanan segera - barangan biasa yang dibuang atau hilang - dan meletakkan pada mercu tanda khusus seperti taman yang ditandai dengan gincu, atau gerai telefon di sudut tertentu.

Selain itu, teknik "brush pass" yang selalu dipaparkan dalam filem juga antara teknik yang biasa digunakan. Contohnya, dua orang ejen akan berpura-pura terlanggar antara satu sama lain dan terjatuh beg bimbit yang dibawa. Ketika inilah, nota atau kertas akan diselitkan mengandungi mesej sulit yang ingin ditukar.

Kredit:

  1. New World Encyclopaedia
  2. Wikipedia
  3. The Telegraph



Hakcipta iluminasi.com (2017)