Oleh pada 14 Jul 2018 kategori

Perang Dunia Kedua dianggap sebagai perang yang paling dahsyat dan buruk dalam sejarah manusia setakat ini. Perang ini bermula pada September 1939 selepas tentera Nazi Jerman di bawah pimpinan Adolf Hitler menyerang Poland.

Dua pakatan yang terlibat dalam perang ini adalah kuasa Allied yang terdiri daripada Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Republik China menentang dan kuasa Axis iaitu Nazi Jerman, Empayar Jepun dan Kerajaan Itali.

BESARKAN TEKS     A-  A+

adolf hitler pemimpin nazi jerman

Perang ini berlangsung selama 6 tahun 1 hari dan tamat pada 2 September 1945 selepas delegasi Jepun secara rasmi menandatangani instrumen penyerahan di atas kapal USS Missouri.

Anggaran kematian adalah sekitar 60 juta nyawa termasuk 20 juta anggota tentera dan 40 juta orang awam. Kebanyakan orang awam terbunuh disebabkan oleh pembunuhan beramai-ramai, pengeboman besar-besaran, penyakit dan kelaparan.

adolf hitler sedang meneliti peta untuk merancang serangan

Walaupun tewas, pakatan Axis sebenarnya mempunyai peluang untuk menewaskan pakatan Allied. Pelbagai rancangan yang dilakukan mereka dalam usaha mengalahkan pihak musuh.

Antaranya adalah pelan-pelan untuk menyerang kuasa terkuat iaitu Amerika Syarikat.

Diambil daripada majalah Life Magazine keluaran Mac 1942, peta-peta ini membayangkan laluan yang berpotensi bagi kuasa Axis untuk menyerang Amerika Syarikat ketika itu.

Nota: Dalam semua peta, anak panah hitam sahaja bermaksud pergerakan yang dilakukan untuk mengalihkan perhatian musuh, tetapi apabila digabungkan dengan jalur kelabu, ia bermakna pencerobohan penuh.

1. Pelan pertama

pelan pertama kuasa axis untuk menceroboh amerika syarikat

Pelan pertama adalah dengan menyerang pangkalan Amerika Syarikat di Pelabuhan Belanda dengan menggunakan semua kapal pengangkut pesawat dan Angkatan Laut Jepun yang diperkuatkan oleh kapal perang Jerman yang mungkin mampu mengalahkan Angkatan Laut Amerika Syarikat.

Jepun mengawal pangkalan udara walaupun mereka maju melalui Hindia Timur. Kemudia pesawat berasaskan darat mereka membantu pesawat pengangkut untuk melindungi lautan seterusnya di Pantai Barat.

Sebuah armada Amerika Syarikat kemudiannya melakukan serangan. Pasukan 5th Column (pasukan pembelot) Amerika Syarikat yang sebelum ini berada dalam simpanan, membelot dan menghancurkan negara tersebut.

Jepun mengambil  alih industri penerbangan Pantai Barat, limbungan kapal dan telaga minyak. Kemudian, Jerman menyerang Pantai Timur.

2. Pelan kedua

pelan kedua kuasa axis untuk menceroboh amerika syarikat

Pelan kedua mencadangkan supaya melakukan serangan hadapan terhadap Pantai Barat melalui Pearl Harbor.

Ini adalah cara yang agak sukar. Jepun disokong oleh pesawat udara, pertamanya mendarat di pantai luar Hawaii, menubuhkan pangkalan udara dan menghampiri Oahu.

Cabaran terbesar pelan ini adalah untuk melepasi lautan Pasifik yang tersangat luas untuk sampai ke San Francisco.

3. Pelan ketiga

pelan ketiga kuasa axis untuk menceroboh amerika syarikat

Pelan ketiga mencadangkan supaya melintasi selatan Pasifik oleh Jepun. Sekali lagi angkatan laut Jepun yang diperluat oleh tentera Jerman, mungkin mempunyai kekuatan angkatan laut lebih daripada Angkatan Laut Amerika Syarikat.

Kemungkinan serangan pertama adalah serangan mengejut ke atas Terusan Panama, serta-merta diikuti oleh pendaratan di Ecuador.

4. Pelan keempat

pelan keempat kuasa axis untuk menceroboh amerika syarikat

Pelan keempat adalah pencerobohan yang banyak dibincangkan melalui jalan Gilbraltar-Dakar-Natal-Triniad, yang mana cuba dipertahankan oleh Presiden Amerika Syarikat, Franklin Roosevelt melalui polisi "Jiran Yang Baik".

Ia berdasarkan penggabungan tentera laut Jepun, Jerman, Itali dan Vichy (negeri di Perancis), dibebaskan dengan penaklukan Gibraltar dan Suez. 

Mereka pasti akan bertembung dan melawan tentera laut Allied di mana-mana. Penjajahan melimpah sehingga ke Lembah Mississippi.

5. Pelan kelima

pelan kelima kuasa axis untuk menceroboh amerika syarikat 398

Pelan kelima adalah cara yang sukar untuk menyeberangi Atlantik. Gabungan tentera laut Axis bergerak ke pulau Atlantik kemudian menyeberangi lautan dari Azores ke Bermuda ke Norfolk. 

Masalah terbesar mereka adalah laporan bahawa Amerika Syarikat mempunyai kapal perang yang lebih hebat. 25 buah kapal Nazi mampu mengangkut 4 unit tentera yang sangat besar.

6. Pelan keenam

pelan keenam kuasa axis untuk menceroboh amerika syarikat

Pelan keenam adalah serangan cara klasik melalui St. Lawrence dan lembah Hudson di New York. Jerman boleh mengebom Chicago, Detroit, Akron dengan mudah dan mengamuk melalui Midwest.

Cabaran terbesar adalah melepasi angkatan laut British. (Rujukan)




Hakcipta iluminasi.com (2017)