Aku tolak pintu masuk ke kedai. Tersengih Mr. Rajan melihat aku kembali lagi ke kedainya. Sudah acap kali jugalah aku kembali ke kedai gunting itu, memandangkan harganya yang berpatutan serta potongan rambut yang tak melunturkan jiwa aku.

Yang paling penting, ketiak Mr. Rajan tidak berbau. Ramai lelaki setiap kali menggunting rambut, pasti gementar seandainya bau badan tukang gunting itu kurang menyenangkan. Tak tahulah pasal kaum wanita. Jarang ada wanita ketiaknya busuk, kan? Hahaha.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Aku duduk di kerusi dan katakan pada dia kali ini botakkan saja kepala aku. "Nombor 2!" kata aku pada Mr. Rajan. Dia mengangguk faham.

"Sihat bang?" tanya aku pada dia.

"Ok la," kata dia dalam bahasa Melayu yang fasih.

"Mana anak?" tanya Mr. Rajan. Selalunya aku ke situ dengan anak, sama-sama gunting rambut sekali namun hari itu aku sendirian.

"Ada, kat rumah," kata aku.

Nasib anak sulung OKU

anak austisme terencat akal

"Mr. Rajan, saya tak pernah tanya pula, you anak berapa orang?"

Dia sengih sambil memandang cermin di depan kami. "Tiga orang...itu nombor satu ada sakit, umur sudah 25 tahun tapi austime."

Terdiam aku. Aku tunggu dia menyambung bicara. "Itu lagi dua orang tak boleh pakai punya orang!" kata dia dalam slanga Melayu campur India.

"Apa pasal?" tanya aku, memang tertanya-tanya.

"Itu nombor dua...jadi gangster. Gaduh sana, gaduh sini," jelas dia.

"Kat Klang?" tanya aku. Aku tahu dia duduk di Klang.

"Ya lah. Itu nombor tiga perempuan, tengahari keluar - pagi baru balik. Belajar tak mau duk ikut itu boy, lelaki pergi mana saya tak tau," kata dia. Ada nada sedih dalam suara dia.

"You punya wife tak ada tegur ka?" tanya aku. Dia geleng beberapa kali.

"Hari-hari mau tengok itu anak nombor satu - macam mana mau tengok yang lain?" kata dia. "Saya kena kerja, hari-hari tak ada cuti. Kalau tak duit tak ada. Wife tak boleh kerja sebab jaga anak. Itu pasal mereka tak ada orang tengok."

Menjaga anak autisme dewasa

lelaki dewasa ada masalah autisme

"Anak abang nombor satu sudah 25 tahun?" tanya aku. "Dia tak boleh jaga diri sendiri lagi?"

Sekali lagi dia menggelengkan kepala. "Doktor kata dia punya mind, itu otak - sama macam budak umur 10 ke 11 tahun tapi dia tak ada life skill la. Makan kena suap. Pakai baju semua mak kena buatkan. Berak kencing semua pakai pampers. Mahal woo!"

Anda pernah tengok harga lampin pakai buang dewasa? Memang mahal.

"Wife abang tak ada cuba bisnes on-line ke?" tanya aku.

"Tak boleh, mana ada masa," kata dia. Aku menyapu rambut yang jatuh dan lekat di mata. "Itu anak saya, dia boleh kena itu sawan. Bila-bila masa saja jadi 24 jam kena tengok dia."

Mr. Rajan meletakkan gunting. Dia mengeluarkan bilah pencukur lalu memasukkan bilah baru bagi meneruskan cukuran.

"Memang kami husband and wife tak boleh buat apa bila dah itu macam," kata dia dengan nada sedih. "Dulu kami punya silap juga, masa dia umur 5 tahun dia ada demam."

Dah boleh diagak apa berlaku.

"Kami bawa ke hospital doktor kata itu demam sudah 'spike' sampai dia punya otak ada rosak," terang dia. "Cuba punya cuba, punya cuba - doktor kata sudah tak boleh buat apa." Aku diam saja mendengar katanya.

"You mau tau ka?" tanya Mr. Rajan.

"Apa?" tanya aku.

"Sebab anak jadi itu macam, wife saya ada masa dia kata dia tak tahan - mau lari. Mau tinggal saya."

Hikmah poligami daripada pandangan orang India

pergaduhan suami isteri cerai

Tersenyum aku. Cerita dia hari itu benar-benar membuatkan aku rasa hidup aku yang kadangkala ada rasa sukar - jadi tersangat senang rasanya.

"You ada divorce ka?" tanya aku.

"Hahaha! Saya kata sama wife saya - you kalau you tak tahan mau jaga anak, mau cari kerja apa semua - boleh!" kata Mr. Rajan tegas. "Tapi kena kasi cerai dulu la."

"Apa pasal?" tanya aku lagi.

"We Indian mana boleh married another lady macam you all," kata dia. "Kalau saya punya wife mau lari, sudah tak tahan - siapa mau jaga anak saya? Saya mesti kahwin lagi seorang supaya saya boleh kerja dan anak saya ada orang jaga."

"Hindu tak bagi multiple marriage?" tanya aku.

"Mana boleh!" kata dia tergelak. "Islam saja boleh."

"You masuk Islam la!" kata aku berseloroh.

"Sama saja. Kalau saya masuk Islam, itu wife saya tak mau - still perlu divorce kan?" tanya dia. Aku mengangguk setuju.

"Dulu, I sendiri tak faham pasal Muslim yang poligami this, poligami that - tapi bila wife I sendiri dah mula tak tahan dengan dia punya life," Mr. Rajan menyapu rambut di kepala aku dengan kain. "Now I see la why sebabnya poligami is there."

Mr. Rajan meletakkan kembali perkakas yang telah digunakan lalu membuka kain yang menyelimuti tubuh aku.

"Sekarang ini hari-hari I kerja," kata dia. "No break at all. Balik - dengar wife saya merungut itu ini sebab tak tahan nak jaga anak. Saya pun kesian tengok dia, sudah 57 years old kena angkat anak 25 years old."

Aku hulurkan RM10 pada Mr. Rajan. "Whatever it is, life goes on kan?" kata dia. Aku mengangguk setuju.

Apa yang aku belajar daripada perbualan kami?

Kalau tak ada keperluan, tak perlulah berpoligami. Seandainya hanya sekadar kerana dah cinta dan suka, tak cukup kuat sebenarnya untuk dijadikan alasan. Poligami sepatutnya hanya berlaku bila ada keperluan meringankan beban kesemua pihak, bukan untuk sekadar bersuka-sukaan.

Lagi satu - jangan mengeluh dengan nasib sendiri.

Masih ramai di luar sana yang hidupnya terbeban dengan tanggungjawab yang tak boleh dielakkan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)