Oleh pada 08 Aug 2017 kategori

Poligami merupakan isu yang sering dibicarakan oleh ramai kaum muslimah, apakah yang kita suka itu semestinya baik? Apakah yang kita benci itu semestinya buruk? Suami dan isteri kena faham maksud adil dalam perkahwinan baru nampak keindahan Islam. Penyatuan ummat Islam bermula daripada penyatuan sesama terdekat seumpamanya ahli dalam sebuah rumahtangga.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Setiap orang tanpa mengira lelaki dan perempuan pastinya mahukan kebahagiaan dengan pasangan masing-masing. Malah jika ikutkan kehendak nafsu sahaja tanpa ambil peduli fitrah kejadiannya pasti semua mahukan cinta mereka sentiasa sehangat di awal perkahwinan. Si isteri mahukan si suami kekal cintakannya sahaja, dalam otak si suami pula kalau boleh berkehendakkan si isteri sentiasa kekal bergetah selamanya.

Siapa mahu masalah? Lelaki tidak mahukan beban tanggungjawab bertambah. Perempuan yang beriman mungkin sekadar tidak mahu jadi mangsa penganiayaan (bagi yang egois tidak mahu berkongsi suami dan yang tamak mungkin harta suami dirasakan miliknya sahaja). Namun manusia dengan fitrah kejadiannya memerlukan hal-hal yang dapat menyimpangkannya dari tujuan asal iaitu lebih bahagia dengan seorang isteri.

Dalam perspektif Islam, hal tersebut bukanlah kerana dorongan nafsu semata. Akan tetapi justeru untuk mencapai kemaslahatan mereka sendiri, yang kerananya Allah membolehkan (menurut fuqaha) atau memberi hukum keringanan rukhsah (menurut ulama tafsir) bagi lelaki untuk beristeri lebih dari satu.

Adapun sebab-sebab yang membuat seseorang suami terpaksa membuat pilihan sebegitu adalah kerana berbagai faktor, di antaranya adalah :

Isteri yang Mandul

Sedangkan sesuatu perkawinan diharapkan untuk mendapatkan keturunan, maka poligami merupakan suatu jalan keluar yang paling baik berbanding pengambilan anak angkat. Sedang jika suami mandul seorang perempuan boleh saja menuntut cerai/fasakh.

Menopause

Menopause atau mati putik adalah punca terbanyak pada masa skrg, dalam keadaan si suami pula dalam kondisi yang sihat walaupun semakin berusia. Dalam keadaan ini apakah dibiarkan seorang suami itu berzina sedangkan ia adalah suatu dosa besar? Maka di sinilah dirasakan hikmah bolehnya poligami tersebut. Sedang jika berlaku sebaliknya yakni si suami mati pucuk maka boleh juga si isteri menuntut cerai/fasakh.

Keterdesakan

Keterdesakan untuk memelihara keseimbangan masyarakat sebagai contoh jumlah wanita lebih banyak dari lelaki. Seorang perempuan yang hidupnya tidak terurus tanpa bantuan seseorang lelaki. Sedang nak carikan pasangan lelaki untuknya adalah rumit (kes begini sering berlaku). Suasana ini lebih mudah untuk menimbulkan hal-hal negatif bagi kehidupan masyarakat apabila tidak dibuka pintu untuk perkahwinan melebihi satu, maka perkahwinan sebegini juga adalah sejenis kebajikan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)