Nama rasmi bagi bangunan ini adalah Sathorn Unique Tower (Menara Unik Sathorn), namun ia lebih dikenali oleh kebanyakan orang dengan nama yang berbeza, iaitu Menara Hantu.

Apa yang sepatutnya menjadi simbol kelas dan kebudayaan di pusat bandar Bangkok, Thailand sebaliknya menjadi bangunan terbengkalai dan yang dicemari dengan grafiti, serpihan peninggalan dan kisah-kisah berhantu. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pembinaan bangunan berhantu ini bermula pada tahun 1990 apabila Rangsan Torsuwan, seorang arkitek dan pemaju Thailand yang terkenal, merangka struktur yang begitu besar.

Dia membayangkan membina sebuah kompleks kondominium mewah yang menjulang di bandar Bangkok. Namun, impiannya tidak kesampaian.  

rangsan torsuwan

(Rangsan Torsuwan)

Pada tahun 1993, Rangsan telah ditangkap atas dakwaan merancang untuk membunuh Presiden Mahkamah Agung. Walaupun pembunuhan itu tidak berlaku, namun Torsuwan terbukti bersalah pada 2008.

Dia kemudiannya dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun 2010. Kes ini telah mengganggu keupayaan Rangsan untuk mendapatkan sokongan kewangan untuk projek-projeknya, dan pembinaan Sathorn Unique mengalami kelewatan kerana kekurangan dana.

Apabila krisis kewangan Asia melanda pada tahun 1997, pasaran hartanah Bangkok runtuh dan syarikat-syarikat kewangan yang membiayai projek muflis dan kemudiannya dibubarkan.

Projek pembinaan di seluruh bandar terhenti dan Bangkok mempunyai lebih daripada 300 projek bertingkat tinggi yang belum selesai.

Kebanyakan bangunan-bangunan telah selesai kerana ekonomi pulih, tetapi Sathorn Unik kekal di kalangan "menara hantu" di Bangkok, walaupun usaha rundingan dan pembiayaan semula dilakukan oleh anak Rangsan iaitu Pansit Torsuwan yang telah menyertai firma Rangsan pada tahun 2004.

menara unik sathorn

Hal ini sebahagian besarnya disebabkan oleh desakan Rangsan bahawa projek itu hanya akan dijual pada harga yang akan membolehkan pembeli asal bangunan itu dibayar balik dengan sepenuhnya, bukannya mengisytiharkan muflis dan membubarkan syarikat itu. 

Drama politik Rangsan  Torsuwan dan tekanan ekonomi negara yang teruk memberikan kesan yang teruk kepada pencakar langit mewahnya.

Pembinaan tergendalam dan Menara Unik Sathorn yang telah siap hampir 80% dengan 49 tingkat keseluruhannya, dibiarkan merosot dan tidak memberikan sebarang manfaat. 

Budaya Thailand dan kisah berhantu Menara Sathorn

menara unik sathorn di bangkok

Budaya Thai penuh dengan cerita-cerita hantu dan tahayul. Maka tidak hairanlah bangunan terbengkalai seperti Sathorn ini menjadi sebahagian daripada tradisi tempatan.

Ramai yang percaya bangunan ini berhantu dan khabar angin berterusan bahawa ia dibina di atas bekas tapak kubur. Namun, tidak semua kisah gelap yang menghantui Menara Hantu ini adalah benar. 

Pada Disember 2014, mayat seorang lelaki warga Sweden ditemui di tingkat 43 dalam keadaan tergantung.

di dalam menara sathorn yang berhantu

bahagian dalam menara sathorn

bahagian dalam menra

Walaupun pihak berkuasa menyifatkan kematiannya sebagai bunuh diri, ia adalah satu perkara yang sangat mengejutkan bagi jurugambar Thailand yang masuk ke dalam bangunan dan naik ke tingkat atas untuk mengambil gambar matahari terbit.

Laporan tambahan mengenai penampakan hantu kedengaran sepanjang tahun dan keadaan menakutkan bangunan ini  sememangnya mencetuskan kepada perkembangan kisah-kisah ini.

Kekosongannya sangat menyeramkan dan grafiti di dinding mengandung imej yang mengganggu.

Lubang-lubang berbahaya memenuhi bahagian lantai dan anjing-anjing liar berkeliaran di ruangan-ruangan kosong menambahkan lagi bahaya yang sedia ada.

grafiti pada dinding

jurugambar mengambil gambar

pengunjung menikmati pemandangan dari menara sathorn

Walaupun bangunan itu satu ketika dahulu mudah diakses oleh para penjelajah dan pelancong yang sukakan pengalaman menakutkan, namun difahamkan bahawa ia tidak lagi dibenarkan untuk menerima pengunjung.

Jika masih ingin memasuki bangunan ini, seseorang mesti melakukannya secara haram.

Menurut sumber, mereka membayar kepada salah seorang daripada gelandangan yang ramai, yang tinggal di berhampiran dengan tapak Menara Sathorn. 

Namun, pengembara melakukannya dengan risiko yang ditanggung mereka sendiri.

salah satu lokasi dalam bangunan

pandangan dari balkoni yang dipenuhi air

bahagian atas menara sathorn

Pada bulan September 2015, Pansit Torsuwan dan pemilik semasa firma Rangsan telah memfailkan dakwaan pencerobohan jenayah terhadap lima pelancong yang telah memanjat menara ini dan memuatnaik secara dalam talian.

Motif Pansit adalah untuk menjadikannya sebagai contoh dan menghalang mereka yang cuba untuk menceroboh masuk ke dalam bangunan ini pada masa hadapan. 

Rujukan:

1. Telegraph

2. Expert Vagabond

3. Coconuts




Hakcipta iluminasi.com (2017)