Pencakar langit adalah ikon kejuruteraan seni bina. Juga dikenali sebagai "supertall building" atau "bandar-bandar menegak", pencakar langit mewakili contoh hebat keberanian manusia dalam mencabar batasan alam.
Apabila penduduk dunia bertambah, manusia telah mengembangkan keperluan untuk mula hidup di kalangan awan. Dan dengan idea ini, terdapat masalah besar yang harus diselesaikan untuk membina bangunan yang lebih tinggi.
BESARKAN TEKS A- A+
Namun, terdapat banyak butiran mengenai pencakar langit yang tidak diketahui kebanyakan orang. Ia berlaku apabila kita mula membina struktur di tengah-tengah langit, bukan sahaja kehidupan kita terjejas, tetapi juga seluruh dunia di sekeliling kita.
iluminasi.com kongsikan 6 fakta menakutkan mengenai bangunan pencakar langit yang ramai tak tahu.
1. Pencakar langit boleh sebabkan gempa Bumi
Ia adalah fakta yang terbukti bahawa gegaran tidak hanya disebabkan oleh kejadian geologi, seperti perubahan tektonik. Ia juga boleh disebabkan oleh tindakan manusia secara besar-besaran, seperti perlombongan atau letupan nuklear.
Tetapi apa yang tidak biasa adalah gempa bumi yang disebabkan oleh pencakar langit, apatah lagi jika berlaku sebanyak dua kali.
Taipei 101 adalah pencakar langit yang berketinggian 508 meter terletak di Taiwan. Sebelum Taipei 101 siap dibina pada tahun 2003, kawasan di mana pencakar langit ini dibina secara geologi bebas dari gempa bumi yang ketara.
Tetapi semasa pembinaannya, jumlah gegaran kecil (dipanggil mikro-gempa) meningkat tiga kali ganda. Kemudian, pada tahun 2004, gempa bumi magnitud 3.8 berlaku tepat di bawah Taipei 101.
Beberapa bulan kemudian, gempa bumi magnitud 3.2 yang lain berlaku pada titik yang sama di bawah bangunan. Apa yang sebenarnya terjadi adalah untuk menjadikan Taipei 101 kalis gempa bumi, bahan yang lebih berat digunakan.
Oleh itu, jisim 700,000 tan bangunan ini menjana tekanan besar pada kerak Bumi. Sebaik sahaja pencakar langit itu siap, tekanan ini merebak di kawasan itu dan mencetuskan gempa bumi.
Selepas peristiwa ini, pakar percaya ini harus menjadi aspek yang serius untuk dipertimbangkan ketika merekabentuk bangunan yang lebih tinggi.
2. Betapa had tinggi maksimum pencakar langit boleh dibina?
(X-Seed 4000)
Setakat ini, bangunan tertinggi di dunia ialah Burj Khalifa di Dubai yang berketinggian 830 meter.
Walau bagaimanapun, satu lagi bangunan lebih daripada 1 kilometer yang dikenali sebagai Menara Jeddah sedang dibina di Arab Saudi.
Pada masa yang sama, terdapat rancangan untuk membina gedung pencakar langit di Tokyo berukuran 1,700 meter. Oleh itu, pasti anda tertanya-tanya, wujudkah batas ketinggian bangunan pencakar langit yang boleh dibina oleh manusia?
Jawapan mudah adalah, sampai tahu tahap, menara pencakar langit tak mampu untuk dibina lebih tinggi daripada yang sedia ada.
Sebuah bangunan boleh dibina dengan setinggi yang dimahukan jika tapaknya adalah cukup luas untuk menyokong strukturnya. Tetapi disebabkan kelengkungan Bumi, kedua-dua tapak dan ketinggian bangunan akan mempunyai had.
Walau bagaimanapun, kita masih jauh dari mencapai had tersebut. Menurut seorang jurutera Burj Khalifa, kita boleh membina bangunan lebih tinggi daripada gunung tertinggi di dunia.
Ini bermakna bahawa kejuruteraan seni bina tidak mempunyai batasan dalam mencipta bangunan tinggi. Sekiranya masalah seperti jenis bahan yang digunakan, bentuk struktur, dan faktor iklim diselesaikan, pasti kita boleh membina apa yang diinginkan.
Kita boleh mentakrifkan apa yang dipanggil "X-Seed 4000" (konsep yang digambarkan di atas) sebagai pencakar langit tertinggi kita boleh bina dengan teknologi semasa yang ada.
X-Seed 4000 adalah pencakar langit konsep dengan ketinggian 4 kilometer dan dengan diameter 6 kilometer. Struktur berbentuk gunungnya mempunyai keupayaan untuk menempatkan sehingga satu juta orang di dalamnya.
Perincian bagi bangunan ini lengkap, walaupun agak mustahil untuk membina X-Seed 4000 dalam masa terdekat.
Masalah dengan pencakar langit ini bukanlah teknologi tetapi kos pembinaannya yang mencecah RM6.5 trilion yang mana tak ada mana-mana negara yang sangup membelanjakannya.
3. Pencakar langit mempunyai musuh tersendiri
(Earthscrapper)
Bangunan bersaiz besar tidak semestinya perlu dibina di atas permukaan Bumi. Ia juga boleh dibina di bawah tanah dan oleh itu dipanggil "Earthscrapper".
Jenis bangunan ini adalah bertentangan dengan pencakar langit konvensional, kerana ia adalah struktur yang meluas ke kedalaman Bumi dan saiznya yang besar boleh menempatkan seluruh komuniti kawasan.
Sejak Mexico City membataskan ketinggian bangunan-bangunan baru di pusat bersejarahnya hingga maksimum lapan tingkat, firma BNKR Arquitectura merancang rancangan untuk membina Earthscraper secara langsung di bawah dataran pusat bandar.
Bangunan bawah tanah itu akan dibina 65 tingkat ke dalam Bumi dan strukturnya akan menyerupai piramid terbalik. Pusat bangunan akan berongga untuk membenarkan pengudaraan lantai dan taman di bawah permukaan.
Bahagian paling tinggi akan ditutupi oleh lapisan kaca, di mana ia sepatutnya menjadi lantai kepada bangunan biasa. Dengan cara ini, Earthscraper boleh berinteraksi dengan seluruh bahagian bandar di permukaan Bumi.
Sementara itu, pakar dari Washington University di St. Louis mempunyai idea untuk membina sebuah Earthscraper di Lavender Pit Mine yang ditinggalkan di Arizona.
Pencakar langit bawah tanah ini akan melalui kedalaman lombong sedia ada sedalam 274 meter dan akan mempunyai segalanya dari kawasan perumahan ke zon kerja.
Bahagian atas Bumi akan dimeteraikan oleh kubah kaca, yang membolehkan ia berinteraksi dengan seluruh alam sekitar.
4. Sesetengah pencakar langit boleh membakar manusia
(Walkie-Talkie di Central London)
Bolehkah pencakar langit menjadi senjata yang menghancurkan?
Malang sekali jawapannya adalah ya, reka bentuk bangunan secara tidak sengaja boleh mengubahnya menjadi ketuhar gelombang mikro yang mampu menimbulkan kerosakan serius kepada manusia.
Pencakar langit "Walkie-Talkie" di Central London mempunyai permukaan melengkung dan cekung di satu sisi. Ini bermakna apabila cahaya matahari memantulkan pada sisi itu, tingkapnya menumpukan cahaya ke alang yang sempit.
Untuk memudahkan pemahaman, ia seperti menumpukan cahaya matahari dengan kanta pembesar untuk membakar semut.
Dan hasilnya juga sama dengan kanta pembesar, kerana apa-apa berada dalam haluan alang pencakar langit ini akan dipanaskan hingga suhu setinggi 117 darjah Celsius.
Pada tahun 2013, sebuah kereta mengalami kerosakan teruk dengan beberapa bahagiannya telah cair ketika diletakkan di sebelah bangunan Walkie-Talkie ini.
Malah seorang wartawan dapat menggoreng telur di bawah "sinaran panas" bangunan itu. Seseorang yang berdiri lokasi tersebut untuk tempoh yang singkat boleh berakhir dengan rambut hangus.
Pencakar langit itu mula dirujuk sebagai "Walkie Scorchie" atau "Fryscraper." Untungnya, pada tahun 2014, bangunan itu dilengkapi dengan struktur untuk menghilangkan cahaya yang dipantulkan.
Kini pejalan kaki boleh berasa lebih tenang ketika berjalan di bawah Walkie- Talkie. Namun, ini bukanlah satu kes yang unik.
Hotel Vdara di Las Vegas, yang dibina oleh arkitek yang sama dengan Walkie-Talkie, mempunyai kelemahan reka bentuk yang sama, dengan tingkap yang memusatkan cahaya matahari.
Dalam kes ini, "sinar kematian" ditujukan terus ke kawasan kolam, membuatkan begitu banyak pelancong di hotel tersebut mengalami luka terbakar pada kulit yang serius semasa berada di dalam air.
Akhirnya, syarikat hotel menyelesaikan masalah dengan meletakkan payung gergasi di atas kolam.
5. Bangunan yang sangat tinggi boleh mengubah cuaca
Adalah diketahui bahawa populasi bandar mengubah keseimbangan semula jadi, menghapuskan flora dan fauna yang pernah mendiami tempat itu bagi memberikan laluan kepada pembinaan moden.
Sebagai manusia, kita biasanya tidak menyesuaikan diri dengan persekitaran di mana kita hidup, tetapi kita menyesuaikan alam sekitar kepada situasi kita.
Walau bagaimanapun, bukan sahaja hidupan di kawasan berdekatan sahaja yang terjejas oleh kemunculan bandar-bandar besar, tetapi kita juga tahu bahawa bangunan-bangunan besar meninggalkan tanda besar pada iklim.
Pencakar langit mengubah corak arus angin di kawasan sekitar. Kesannya bergantung kepada ketinggian di mana arus angin berada sama ada di dasar bangunan, di sekelilingnya, atau di atasnya.
Pencakar langit yang berhampiran antara satu sama lain mewujudkan "terowong angin" yang meniup kencang pada aras tanah.
Sementara itu, ketika bangunan ini bertindak sebagai tembok, satu lagi bahagian angin yang penuh dengan bahan pencemar kimia naikke atmosfera.
Bahan pencemar ini kemudian pergi ke kawasan lain atau kekal di kawasan sekitar bangunan. Dalam kes yang lain, pengumpulan bahan pencemar akibat pencakar langit boleh menjadi sangat berbahaya kepada penduduk bandar.
Tetapi kesan yang paling menarik adalah apa yang dipanggil "kesan haba". Bahan-bahan seperti konkrit atau bata, yang digunakan dalam bangunan adalah sangat efisyen dalam menyerap radiasi matahari.
Jadi pada siang hari, pencakar langit yang besar menyerap panas matahari. Kemudian, pada waktu malam, haba pencakar langit dibebaskan melayang ke udara di sekitarnya, menyebabkan suhu bandar untuk kekal tinggi seperti hari siang.
Kemudian Matahari keluar sekali lagi, dan kesannya berulang-ulang, menjadikan bandar itu lebih panas daripada kawasan sekitarnya.
6. Pencakar langit paling pantas dibina
(Mini Sky City di China dibina dalam masa 19 hari)
Untuk membina Burj Khalifa, tempoh 5 tahun diperlukan.Pembinaan Empire State Building mengambil masa 20 bulan. Bagi struktur menegak seperti ini, bangunan-bangunan ini dianggap telah dibina dalam masa yang singkat.
Namun, ia bukanlah terpantas yang boleh dilakukan manusia. Di China, pencakar langit 57 tingkat dibina dalam masa kurang dari tiga minggu.
Syarikat China Broad Sustainable Building membina bangunan pencakar langit yang dinamakan Mini Sky City dalam hanya 19 hari. Bangunan itu, yang berketinggian kira-kira 200 meter menggunakan teknik revolusioner yang dikenali sebagai pembinaan modular.
Disebabkan 90% daripada pencakar langit itu telah dibuat secara pasang siap di sebuah kilang sebelum meneruskan pembinaan, para pekerja dapat memasang bangunan itu pada kadar tiga tingkat setiap hari.
Tetapi ini bukan kali pertama syarikat itu telah berjaya membuat rekod dalam pembinaan. Pada tahun 2011, ia membina bangunan 30 tingkat dalam masa 15 hari, menggunakan teknik yang sama.
Jika anda tertanya-tanya tentang kualiti bangunan ini, memandangkan keringkasan pembinaannya, struktur itu direka untuk menahan gempa Bumi dengan magnitud 9.0.
Pengasas syarikat China ini juga merancang untuk membina bangunan pencakar langit yang dinamakan Sky City, dengan ketinggian 220 tingkat, yang akan mengalahkan ketinggian Burj Khalifa.
Tempoh pembinaannya dikatakan hanya tujuh bulan. Untuk membina pencakar langit, teknik pembinaan modular secara beransur-ansur diterima di seluruh dunia, yang bermakna dalam beberapa tahun, kita dapat melihat bangunan-bangunan seperti LEGO di mana-mana saja.