Oleh pada 15 Aug 2021 kategori

Anda mungkin pernah melihat video viral di mana orang ramai membelasah peragut yang berjaya ditangkap. Walaupun perbuatan membelasah peragut itu sebenarnya salah di sisi undang-undang tetapi ia mengundang kemarahan sesiapa sahaja yang berada di tempat kejadian.

Cuba anda bayangkan jika ahli keluarga anda yang menjadi mangsa ragut itu atau mungkin mangsa jenayah yang lebih teruk lagi. Sebagai ahli keluarga, perasaan marah dan geram pasti akan mendorong anda untuk melakukan sesuatu walaupun anda tahu penjenayah itu tidak terlepas daripada undang-undang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Itulah yang dilakukan seorang lelaki bernama Shane Goldsby. Lelaki berusia 26 tahun itu telah dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun setelah terlibat dalam kejadian jenayah pada 2017.

Bunuh rakan sel

Baru-baru ini, Shane dikenakan hukuman tambahan 25 tahun penjara setelah menyebabkan kematian kepada rakan selnya. Anda mungkin pernah melihat di filem atau TV di mana banduan membunuh banduan lain di dalam penjara.

Kejadian seperti ini biasanya berlaku akibat perebutan kuasa, pergaduhan antara kumpulan atau diupah penjenayah dari luar penjara. Namun, kejadian kali ini agak unik.

shane penjara 2017 840

Shane Goldsby ketika dipenjarakan pada 2017

Mangsa berusia 70 tahun yang dikenali sebagai Robert Munger itu adalah seorang banduan yang menjalani hukuman penjara selama 43 tahun atas kesalahan seksual. Munger merupakan rakan sel kepada Shane Goldsby.

Munger yang juga seorang paedofilia itu sebenarnya pernah merogol adik kepada Shane Goldsby. Shane dilaporkan sangat tidak senang kerana terpaksa berkongsi sel yang sama dengan Munger.

Perbuatan Shane itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) Pusat Pembetulan Airway Heights di Washington iaitu penjara tempat mereka menjalani hukuman. Shane dilihat menyerang Munger daripada belakang.

Shane telah menumbuk Munger sebanyak kira-kira 14 kali dan terus menendang kepala lelaki itu sehinggalah pegawai penjara campur tangan. Akibat kecederaan yang dialaminya, Munger meninggal dunia tiga hari kemudian di hospital.

Tiada niat membunuh Munger

Ketika berada di mahkamah, Shane cuba untuk membaca kenyataannya tetapi terlalu beremosi untuk menghabiskannya. Dia meminta peguamnya untuk menyambung kenyataan itu.

shane goldsby

Shane ketika membacakan kenyataan di mahkamah

Shane turut meminta maaf kepada keluarga Munger dan mendakwa bahawa dia tidak dapat membayangkan bagaimana rasanya kehilangan ahli keluarga dengan cara sedemikian rupa.

Shane juga berharap agar isteri dan keluarga Munger dapat sembur daripada apa yang telah berlaku kelak. Shane sebenarnya tidak pernah berniat untuk membunuh Munger dan lebih rela melihat pesalah seksual itu meringkuk dalam penjara seumur hidupnya.

Walau bagaimanapun, Shane tetapi didapati bersalah kerana membunuh.

Terasa seperti dianiaya

Siasatan mendapati bahawa Jabatan Pembetulan Washington terlepas pandang dan tidak menyedari kaitan antara kedua-dua banduan itu. Kelemahan dalam sistem menyebabkan kedua-dua banduan itu diletakkan dalam sel yang sama.

robert munger 248

Robert Munger

Bahkan, Shane dilaporkan pernah membuat permintaan untuk berpindah ke sel yang lain tetapi ditolak oleh pihak penjara. Shane mendakwa bahawa duduk bersama Munger dalam satu sel membuatkannya hampir gila.

Dia menjadi sangat tidak stabil ketika itu. Shane tahu bahawa Munger sudah berusia 70 tahun dan besar kemungkinan akan menemui ajal di dalam penjara tetapi dia tidak lagi dapat menahan kemarahannya.

Shane mendakwa bahawa Munger kerap menceritakan perincian jenayah yang dilakukannya. Malah, Munger juga sengaja menceritakan detik dia merogol adik Shane.

Kemarahan Shane semakin memuncak apabila Munger memberitahu bahawa dia menyimpan foto dan video perbuatan terkutuk yang dilakukannya terhadap adik Shane.

robert munger di mahkamah

Robert Munger ketika dijatuhkan hukuman penjara

Shane menyalahkan pihak penjara kerana meletakkannya dalam satu sel yang sama dengan Munger. Dia merasakan seolah-olah dianiaya dan menjadi mangsa. Siasatan lanjut terhadap kes itu masih lagi diteruskan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)