Kanak-kanak millenial pastinya pernah menonton kartun animasi SpongeBob SquarePants yang cukup popular. Malah, tidak keterlaluan juga terdapat juga peminat kartun animasi ini dalam kalangan orang dewasa. Selain SpongeBob, watak lain yang dimuatkan dalam rancangan ini adalah Squidward, Gary, Patrick, Sandy, Mr. Krabs, Plankton dan banyak lagi. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sejak tahun 1999, siri Nickelodeon ini telah mendominasi rancangan kanak-kanak di peringkatt global, menjual berjuta-juta barang cenderahati dan menghasilkan dua filem yang mendapat perhatian ramai. Pernahkah anda tertanya-tanya, apakah inspirasi disebalik watak SpongeBob ini?

Dicipta oleh seorang graduan bioteknologi marin

stephen hillenburg 986

Berlatarbelakangkan kehidupan di dalam laut, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa watak Spongebob ini juga dicipta oleh seorang ahli bioteknologi marin bernama Stephen Hillenburg. Beliau merupakan lepasan dari Humboldt State University pada tahun 1984 dengan ijazah dalam biologi marin.

Stephen Hillenburg mengajar di Orange County Marine Institute California ketika mula berjinak-jinak menghasilkan karya "Intertidal Zone", sebuah buku komik kampus mengenai kehidupan laut. Antara karakter terawal yang dihasilkannya adalah sebuah watak span yang lucu. 

Beliau akhirnya berhenti mengajar untuk mengejar cita-citanya menghasilkan karya animasi sepenuh masa. Beliau berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai pengarah kreatif siri Nickelodeon Rocko's Modern Life pada tahun 1996 sebelum tayangannya dibatalkan. 

Salah seorang animator karya tersebut meyakinkan beliau untuk mengembangkan Intertidal Zone menjadi karya animasinya sendiri. Dari sinilah beliau muncul dengan idea kota bawah laut yang dihuni oleh makhluk laut yang unik.

"SpongeBob" bukan nama asal SpongeBob

asal spongebob

Ketika Stephen Hillenburg mempersembahkan idea ini kepada pihak Nickelodeon pada tahun 1997, beliau meletakkan tangki ikan di atas meja dan menggambarkan semua makhluk yang berbeza di dalamnya sesuai dengan kostum yang dipasang.

Kemudian, beliau menjatuhkan gambar kartun SpongeBob ke dalam tangki dan berkata, "Ini adalah bintang pertunjukan baru anda". Ideanya diterima dan SpongeBob SquarePants memulakan debutnya dua tahun kemudian.

Ketika Stephen Hillenburg muncul dengan idea dan lakaran pertamanya, watak utamanya diberi nama "SpongeBoy" dan rancangan itu dikenali sebagai "SpongeBoy Ahoy!" sebelum beliau mengetahui nama tersebut sebenarnya telah dilindungi hak cipta oleh sebuah jenama mop.

Lalu, beliau telah menukar "Boy" menjadi "Bob" dan membuat sedikit perubahan lain pada wataknya, iaitu membuang topi hijau padanya. Beliau mahu mengekalkan perkataan "Sponge" pada watak ini untuk mengelakkan para peminat terkeliru dengan bentuknya yang seakan-akan bentuk keju.

Sejak daripada awal lagi, beliau mahukan watak SpongeBob kelihatan muda dan bersifat kelakian gaya pelawak Pee-wee Herman atau Laurel & Hardy. Penampilan SpongeBob secara beransur-ansur berubah. SpongeBob juga memakai seluar coklat seperti dilihat kini. SpongeBob awalnya dirancang untuk menjadi watak seperti kanak-kanak yang kelihatan bodoh dan optimis dengan gaya yang serupa dipopularkan oleh Jerry Lewis.

Berapakah umur SpongeBob?

umur spongebob

Walaupun animasi ini difokuskan kepada kanak-kanak, tahukah anda berapakah anggaran umur SpongeBob?

Melihatkan pada kehidupannya dalam animasi ini, agak sukar untuk meneka sama ada SpongeBob adalah kanak-kanak, remaja ataupun dewasa. Sepanjang masa SpongeBob berada di Driver's Ed dan perangainya kelihatan seperti individu yang belum matang tetapi dia juga hidup sendiri dan mempunyai pekerjaan sepenuh masa.

Akan tetapi, dalam satu episod, penonton dperlihatkan sekilas pandang mengenai lesen memandu SpongeBob dan menjelaskan semuanya tentang latarbelakang SpongeBob. Dikatakan ulang tahun kelahiran SpongeBob adalah 14 Julai 1986 yang bermaksud dia berusia 13 tahun ketika animasi ini dimulakan.

Oleh itu, jika dihitung, pada tahun ini umurnya menginjak 35 tahun. Dalam lesen memandu tersebut juga, dipaparkan satu lagi informasi menarik lagi mengenai SpongeBob dimana SpongeBob dikatakan memiliki rambut berwarna kuning. 

Ini adalah rancangan paling lama Nickelodeon

evolusi spongebob

Walaupun animasi "Rugrats" dan "The Fairly OddParents" kedua-duanya ditayangkan lebih daripada satu dekad, tidak ada siri Nickelodeon yang bertahan seperti SpongeBob. Rangkaian ini menyiarkan 201 episod antara 1999 dan 2011 dan bahkan tayangan ulangannya masih berada di kedudukan teratas dalam beberapa stesyen televisyen. 

Stephen Hillenburg pada mulanya merancang untuk menamatkan perjalanan animasi ini lebih dari satu dekad yang lalu dengan tayangan The SpongeBob SquarePants Movie pada tahun 2004. Tetapi filem ini sangat berjaya sehingga Nickelodeon meminta beliau untuk terus menghasilkan lebih banyak episod.

Walau bagaimanapun, tahukah anda pada peringkat awal dahulu, para eksekutif Nickelodeon menegaskan siri SpongeBob ini mungkin tidak akan popular melainkan watak utamanya adalah watak kanak-kanak yang bersekolah.

Stephen Hillenburg menceritakan dalam satu temuramah pada tahun 2012 bahawa Nickelodeon memberitahunya "Formula kejayaan kami adalah animasi mengenai kanak-kanak di sekolah. Kami ingin anda memasukkan SpongeBob di sekolah."

Akibat tidak bersetuju dengan permintaan tersebut, Stephen Hillenburg hampir menarik diri daripada Nickelodeon dan meninggalkan siri animasi ini kerana beliau mahu SpongeBob menjadi watak dewasa. Beliau akhirnya setuju berkompromi dengan menambahkan watak baru sebagai watak utama, Mrs Puff yang merupakan guru memandu kapal SpongeBob.

Stephen Hillenburg gembira dengan tindakannya berkompromi ini dan berkata, "Perkara positif bagi saya hasil tindakan ini adalah bagaimana ia menghasilkan satu lagi karakter baru, Mrs Puff yang mempunyai ciri-ciri yang saya gemari secara peribadi".

Terdapat kulat sebenar bernama SpongeBob

kulat spongebob 685

Kampung halaman SpongeBob di Bikini Bottom dikatakan terletak di bawah Bikini Atoll, lokasi ujian bom atom Amerika Syarikat pada tahun 40-an dan 50-an. Ia juga tidak jauh dari pulau tropika Borneo di mana pada tahun 2011 penyelidik dari San Francisco State University menemui spesis kulat baru baru.

Oleh kerana ia berbentuk seperti span laut dan merupakan anggota genus Spongiforma, para penyelidik  bersependapat untuk menamakannya SpongeBob sebagai penghormatan kepada SpongeBob. Nama saintifik rasminya adalah Spongiforma squarepantsii. Apabila diletakkan di bawah mikroskop elektron, ianya kelihatan seperti dasar laut atau Bikini Bottom.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. The Atlantic
  3. The Guardian



Hakcipta iluminasi.com (2017)