Karakter-karakter dalam filem atau drama, mahupun permainan video merupakan ciptaan kreatif para pereka yang sangat inovatif. Mereka ini mempunyai imaginasi yang luar biasa sehinggakan mampu menghasilkan sesuatu yang diluar jangkaan.

Kerap kalinya, watak-watak ini dihasilkan secara asli tanpa sebarang rujukan. Namun, terdapat beberapa karakter popular di dunia yang asal-usul mereka adalah berdasarkan manusia dalam kehidupan sebenar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sudah tentu, terdapat kisah-kisah menarik yang benar-benar berlaku yang membuatkan watak tersebut digunapakai dalam penghasilan filem atau permainan video.

iluminasi.com kongsikan 6 karakter popular yang ditiru berdasarkan manusia sebenar.

1. Harley Quinn (DC Universe) — Arleen Sorkin

karakter dari kisah manusia sebenar

Supervillain Harley Quinn adalah watak yang dihasilkan berdasarkan pelakon Arleen Sorkin. Arleen adalah pelakon yang sangat universal di mana dia terlibat dalam siri TV, menjadi penari kabaret dan merupakan penyampai rancangan TV.

Penulis skrip kartun Batman: The Animated Series iaitu Paul Dini telah mencipta Harley Quinn untuk memperbaiki kelemahan dalam cerita tersebut.

Menurut kisah itu, episod "Joker's Favor" perlu mempunyai seseorang melompat keluar dari kek di sebuah bilik penuh dengan anggota polis.

Ia akan kelihatan pelik jika Joker melakukan aksi tersebut, jadi mereka telah menghasilkan satu watak gadis badut. 

Paul Dini mendapat ilham dari kostum yang dipakai oleh sahabatnya, Arleen dalam salah satu episod rancantan TV "Days of our Lives".

Dia memutuskan bahawa Harley Quinn harus benar-benar berperwatakan seperti itu iaitu kurus, kelakar dan gila-gila.

Juga, Harley Quinn menggunakan alih suara Arleen Sorkin dalam kartun dan permainan video.

2. Joker (DC Universe) — Conrad Veidt

conrad veidt kisah dari watak sebenar karakter kartun komik 326

Salah satu daripada supervillain yang paling berkarisma dalam dunia pawagam iaitu Joker bukanlah tercipta dengan begitu sahaja.

Sebenarnya, pelakon Jerman iaitu Conrad Veidt merupakan protataip kepada watak Joker yang ada pada hari ini.

Pada tahun 1928, Conrad memainkan watak Gwynplaine dalam filem The Man Who Laughs yang mana di sebalik imej menakutkan lelaki yang cacat itu, dia memiliki hati yang baik.

Hari ini, Joker terbaik yang pernah dilakonkan adalah oleh Heath Ledger yang berjaya menunjukkan penonton bahawa orang jahat juga mempunyai jiwa.

3. Jabba the Hutt (Star Wars) — Sydney Greenstreet

inspirasi watak jabba the hutt star wars oleh sydney greenstreet

Sydney Greenstreet adalah pelakon filem dan teater British dari tahun 1940-an dan juga prototaip kepada Jabba the Hutt dari Star Wars.

Sydney sentiasa mengalami masalah berat badan, namun kerap melakonkan watak penipu yang sangat menarik.

Jadi, tidak ada yang mengejutkan jika bos dunia jenayah intergalaksi, Jabba the Hutt, menyerupai pelakon ini. Jelas sekali bahawa pencipta Star Wars mendapat inspirasi kepada watak ini berdasarkan watak Sydney Greenstreet. 

4. Sonic (Sonic the Hedgehog) — Michael Jackson dan Bill Clinton

inspirasi watak sonic the hedgehog oleh michael jackson

Pada awal tahun 90-an, syarikat Jepun iaitu Sega mengembangkan produk mereka ke pasaran dunia menggunakan permainan Sonic the Hedgehog.

Untuk menjadikan watak itu kelihatan sangat cool, para pereka memutuskan untuk menghasilkannya berdasarkan kepada perkara-perkara yang paling cool dari negara yang paling maju iaitu Amerika Syarikat.

Dan pada tahun 1991, Michael Jackson dan Bill Clinton adalah orang yang "paling cool" dari Amerika Syarikat.

Oleh itu, kasut yang dipakai landak ini adalah berdasarkan video "Bad" oleh Michael Jackson dan senyumannya adalah berdasarkan ahli politik muda Bill Clinton.

Pada mulanya, pencipta permainan ini mahu Sonic mempunyai pasangan gadis yang menyerupai Madonna, namun tidak meneruskan idea tersebut.

5. Rocky Balboa (Rocky) — Chuck Wepner

inspirasi watak rocky balboa

Skrip filem Rocky ditulis oleh Sylvester Stallone sendiri dan beliau memainkan watak utama.

Filem ini memaparkan seorang petinju yang sangat hambar iaitu Rocky Balboa yang berjaya menewaskan legenda sukan tersebut. Rocky berjaya melakukan semua itu hasil kerja keras dan cintanya terhadap seorang gadis yang sangat cantik.

Chuck Wepner adalah seorang petinju profesional Amerika yang menjadi terkenal kerana bertarung melawan Muhammad Ali.

Chuck mengharungi 15 pusingan dan malah berjaya menumbangkan Muhammad Ali. Namun, Chuck tetap kalah dalam pertarungan tersebut.

Menurut beberapa pandangan, Stallone mendapat ilham daripada kisah dan kesungguhan Chuck Wepner.

6. Kratos (God of War) — Edward Norton sebagai Derek Vinyard (American History X)

inspirasi watak kratos god of war

Kratos adalah watak utama dalam siri permainan video God of War. Dia adalah watak yang sangat kontroversi di mana watak ini merupakan watak yang kejam tetapi disukai oleh para pemain.

Malah, Kratos berada dalam senarai Guinness Book of Records sebagai watak permainan video paling hebat sepanjang masa.

Pereka permainan video ini mendapat ilham dari watak Edward Norton dalam drama jenayah tahun 1988 iaitu American History X.

Dalam babak filem ini di mana watak Edward Norton ditangkap oleh anggota polis, dia mempunyai gabungan perasaan agresif dan penghinaan di wajahnya.

Emosi ini digunakan oleh pencipta untuk menjadikan imej Kratos lebih menakutkan.

Rujukan:

1. Playstation Life

2. NY Times

3. News Week




Hakcipta iluminasi.com (2017)