Kebanyakan kita pasti pernah melihat filem mengenai kisah penemuan harta karun yang akhirnya mengubah nasib seseorang. Tidak kurang juga buku-buku yang memuatkan kisah-kisah pencarian harta karun seperti buku Treasure Island dan Arabian Nights.
Adakah harta karun benar-benar wujud atau hanyalah cerita rekaan semata-mata? Harun karun sebenarnya memang wujud kerana orang kaya pada zaman dahulu gemar menyimpan wang dan harta mereka pada tempat tersorok. Pada zaman dahulu bank masih belum wujud jadi untuk keselamatan diri dan harta mereka, mereka akan menyorokkan harta mereka di bawah pokok, dalam gua dan tempat-tempat yang tidak mudah diketahui oleh orang luar.
BESARKAN TEKS A- A+
Walau bagaimanapun, ada beberapa kisah dimana harta karun yang disembunyikan ini telah dijumpai, kebanyakannya secara tidak sengaja. Berikut merupakan beberapa kisah yang popular:
1. Penemuan emas dan perak zaman Anglo-Saxon di sebuah ladang
Pada July 2009, seorang lelaki bernama Terry Herbert sedang mencari sesuatu di sebuah ladang yang terletak di Staffordshire menggunakan alat pengesan besi (metal detector). Ia menemukan beliau dengan sebuah penemuan yang tidak disangka-sangka, artifak emas milik zaman Anglo-Saxon. Dalam masa 5 hari, beliau menjumpai 244 barang emas dan mengambil keputusan untuk memberi tahu pihak berkuasa tempatan.
Setelah mendapat kebenaran daripada pemilik ladang, usaha penggalian secara besar-besaran telah dilakukan. Pada tahun 2009, kira-kira 1300 objek telah ditemui. Pada 25 November, pihak yang bertanggungjawab menilai nilai harga karun tersebut mengatakan keseluruhan harta tersebut bernilai 3.285 juta Pound. Pihak The Birmingham Museum & Art Gallery dan the Potteries Museum & Art Gallery bersetuju secara bersama untuk membeli harta karun tersebut dimana nilai keseluruhannya telah dibayar kepada Terry dan pemilik ladang tersebut!
2. Penemuan wang emas di bawah pokok
Pada Februari 2013, sepasang suami isteri sedang membawa anjing peliharaan mereka bersiar-siar di belakang rumah. Tiba-tiba, mereka perasan seperti sesuatu yang mencurigakan dalam semak samun yang terletak di bawah sebuah pokok. Apabila diteliti, ianya adalah sebuah tin kosong yang sebahagiannya tertanam. Mereka mengambil keputusan untuk menggali dan mengeluarkan tin tersebut.
Alangkah terkejutnya mereka tin tersebut berisi 1427 wang emas yang dianggarkan mempunyai nilai berjumlah $30 000. Menurut pakar sejarah, kebanyakan duit syiling emas yang dijumpai itu sangat istimewa kerana kebanyakannya tidak pernah diedarkan dan masih dalam keadaan baik. Sesetengah daripadanya dianggarkan sejuta setiap keping. Jumlah keseluruhan wang syiling tersebut dianggarkan bernilai $11 juta.
3. Sampul Berisi $40000 disorokkan di sofa
3 orang rakan sebilik telah membeli sebuah sofa terpakai pada harfa $20. Mereka terkejut apabila menjumpai sekeping sampul surat yang berisi wang berjumlah $40000 yang disorokkan pada sofa tersebut. Mereka telah membeli sofa tersebut di sebuah aktiviti lelongan di New York. Pada mulanya, salah seorang pelajar tersebut Reese Werkhoven telah menjumpai sekeping sampul surat tersebut secara tidak sengaja.
Mereka kemudiannya melakukan pencarian dan menemui beberapa lagi keping sampul surat. Jumlah keseluruhan wang yang terkandung dalam kesemua sampul surat tersebut bernillan $40000. Mereka juga menjumpai sekeping slip deposit wang pada sofa tersebut yang tertera nama seorang wanita tua, pemilik asal sofa tersebut. Mereka berjaya menelefon wanita tersebut untuk memulangkan semula wang yang dijumpai.
4. Penemuan wang emas dalam sebuah piano
Ini merupakan penemuan secara tidak sengaja oleh seorang juruteknik yang sedang membaiki sebuah piano. Pada 1996, sepasang suami isteri telah membeli sebuah piano yang dihasilkan syarikat Broadwood & Sons. Pada tahun 2016, pasangan tersebut telah mendermakan piano tersebut kepada sebuah kolej sebelum berpindah kerumah baru.
Pada mulanya, juruteknik tersebut menjumpai sesuatu yang mencurigakan tersorok pada bahagian dalam piano tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut, beliau membawa keluar barang tersebut dan mengoyaknya. Alangkah terkejutnya apabila mendapati ianya mengandungi kira-kira 900 keping syiling emas. Beliau kemudiannya melaporkan kepada pengetua dan kini usaha untuk mengesan pemilik asal piano tersebut.
5. 5 ketulan emas dijumpai dalam sebuah kereta kebal terpakai
Pada tahun 2017, seorang lelaki bernama Nick Mead yang berusia 5 tahun telah membeli sebuah kereta kebal terpakai daripada eBay. Kereta kebal itu dibeli pada harga $30000. Beliau dan seorang rakannya yang merupakan seorang mekanik bekerjasama untuk membaik pulih kereta kebal tersebut.
Ketika ingin masuk ke dalam kereta kebal tersebut, mereka mengambil keputusan untuk merakam video yang boleh dijadikan bukti sekiranya mereka menjumpai sebarang senjata dalam kereta kebal tersebut. Tiada senjata dijumpai sebaliknya mereka menjumpa 5 ketulan emas. Nilai keseluruhan emas tersebut dianggarkan bernilai $2 juta.
Kredit: