Setiap tahun, syarikat pengeluar kamus akan mengeluarkan kemaskini terbaru yang turut menyenaraikan perkataan, frasa atau definisi baru bagi sesuatu perkataan. Kemaskini adalah perlu memandangkan bahasa sentiasa berevolusi dan bercambah. 

Sebagai contoh, pandemik COVID-19 sahaja telah menyaksikan beberapa perkataan baru yang ditambah ke dalam kamus antaranya akronim COVID-19 itu sendiri. Malah, pandemik COVID-19 menyaksikan pihak Oxford English Dictionary terpaksa membuat kemaskini beberapa kali dalam beberapa bulan memandangkan terdapat penambahan dan perubahan perkataan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Perkara ini sudah kami tulis dalam artikel terdahulu, Kesan Pandemik COVID-19 Terhadap Bahasa Inggeris. Seperkara yang penting yang perlu diketahui adalah keputusan menambah atau menyunting sesuatu perkataan dalam kamus bukanlah kuasa veto kumpulan penyunting pengeluar kamus ini, sebaliknya perlu merujuk kepada makna penggunaannya yang sebenar dalam masyarakat.

Kemasukan perkataan "McJob" dalam kamus

mcdonalds saman kamus

Pada tahun 2001, Oxford English Dictionary (OED) mula memasukkan istilah slanga "McJob" yang bermaksud "an unstimulating, low-paid job with few prospects, esp. one created by the expansion of the service sector".

Apabila diterjemahkan ke Bahasa Melayu, ia bermaksud "pekerjaan yang tidak memberangsangkan, bergaji rendah dengan sedikit prospek, biasanya dicipta untuk pengembangan sektor perkhidmatan".

Sudah tentulah perkataan ini adalah perkataan umum yang boleh digunakan untuk merujuk mana-mana pekerjaan yang memenuhi definisi tersebut antaranya pekerjaan yang dikhususkan  untuk pelajjar lepasan SPM yang mahu mencari duit sampingan sementara menunggu keputusan SPM.

Namun, penggunaan awalan "Mc" pada perkataan tersebut tidak disenangi oleh sebuah syarikat yang menganggap perkataan tersebut seolah-oleh dibuat untuk mereka. Siapa lagi kalau bukan syarikat rangkaian makanan segera popular dunia McDonald's. 

Sejarah penggunaan perkataan "McJob"

mcjob

Pihak Oxford English Dictionary memetik penggunaan istilah itu seawal tahun 1986. Ia mendapat populariti khususnya kerana penggunaannya dalam novel "Generation X" yang diterbitkan pada tahun 1991.

Istilah ini juga dimasukkan dalam Edisi ke-11 Merriam-Webster’s Collegiate Dictionary  pada tahun 2003. Kedua-dua definisi kamus ini tidak secara khusus menyebutkan McDonald's dalam definisi "McJob".

Bagi yang tidak tahu, kedua-dua penerbit ini - Oxford English Dictionary dan Merriam-Webster’s Collegiate Dictionary - merupakan penerbit terbesar kamus bagi dunia Bahasa Inggeris. Bagi Bahasa Melayu pula, kita mempunyai Dewan Bahasa dan Pustaka yang mengambil tanggungjawab ini. 

Bantahan McDonald's

maksud mcjob

McDonald's yang begitu sinobim dengan awalan "Mc" sudah tentulah tidak gembira  dengan penyenaraian perkataan ini dalam kamus. Malah, pada akhir tahun 2003, CEO McDonald's ketika itu, Jim Cantalupo, menulis surat terbuka kepada Merriam-Webster yang diterbitkan di Nation's Restaurant News.

Surat itu dengan jelas menyenaraikan alasan mereka mengapa pihak Merriam-Webster salah dalam mendefinisikan "McJob" seperti ini dan dengan lembut menyarankan agar perkataan tersebut dihapuskan daripada kamus.

Jim Cantalupo menyebut definisi terkini "McJob" merupakan gambaran yang tidak tepat mengenai pekerjaan sebagai pelayan di restoran dan tamparan kepada 12 juta lelaki dan wanita yang bekerja keras setiap hari di 900,000 restoran di Amerika.

Walaupun surat ini mendorong perdebatan terutamanya berkaitan stereotaip dan merendahkan pekerja perkhidmatan makanan, namun tidak ada yang berubah dalam dunia kamus. Perdebatan ini berlanjutan, khususnya di United Kingdom. McDonald's bahkan mengancam tindakan undang-undang dan eksekutif UK McDonald's menerajui petisyen agar definisi "McJob" tersebut tidak dikeluarkan, tetapi diubah.

kisah mc donalds hampir saman kamus

Wakil Presiden Kanan McDonald's David Fairhurst berpendapat bahawa definisi baru itu harus "mencerminkan pekerjaan yang merangsang, bermanfaat dan menawarkan kemahiran yang berguna untuk seumur hidup.

Dalam erti kata lain, pihak McDonald's mahukan gambaran bahawa kelebihan bekerja bersama mereka seharusnya menggantikan definisi kamus yang sedia ada. Ianya seolah-olah McDonald's mahu menggunakan kamus menjadi agen propaganda mempromosikan mereka.

McDonald's memprotes secara kreatif

iklan kerja mcdonalds

Mungkin kerana sedar bahawa bantahan yang dilakukan tidak memberikan sebarang perubahan, maka McDonald's mula mengambil langkah bijak menggunakan kempen pemasaran mereka untuk memanipulasi pemahaman orang awam mengenai maksud McJob.

Di seluruh United Kingdom, McDonald's mula memaparkan beberapa perkataan positif pada iklan mereka dengan awal "Mc" misalnya "McWords", "McFlexible", "McDiscounts" dan “McProspects". Tujuannya adalah untuk mengubah persepsi orang ramai yang mungkin terkesan dengan pengenalan perkataan "McJob" dalam kamus.

Malah, iklan dan bunting yang dipaparkan juga diakhiri dengan ayat yang bermaksud "lebih separuh daripada pasukan Eksekutif kami juga bermula dari restoran kami. Maka, tidak ada kekurangannya bekerja sebagai McJob"

Kredit:

  1. NBC News
  2. TIME Magazine
  3. Readers' Digest



Hakcipta iluminasi.com (2017)