Tidak kira sesuka manapun kita dengan sesuatu makanan itu, kita tidaklah akan menikmatinya setiap hari kerana lambat laun kita mungkin akan muak dengannya. Selain itu, kita juga perlu mempelbagaikan pemakanan bagi memastikan segala keperluan nutrisi yang digariskan dalam piramid makanan dapat diambil.
Namun, berlainan pula dengan seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Austin Davis di Amerika. Sejak daripada kecil, dia dipercayai hanya memakan "Mac and Cheese" setiap hari. Ini bermakna dia akan turut menikmatinya ketika sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.
BESARKAN TEKS A- A+
Ya, semuanya hanya hidangan Mac and Cheese sahaja.
Avoidant/Restrictive Food Intake Disorder (ARFID)
Remaja hernama Austin Davis tinggal bersama datuk dan neneknya, Richard dan Fay, di sebuah bandar kecil di timur laut Gainesville yang dipanggil Keystone Heights. Dalam sebuah wawancara pendedahan mengenai tabiat pelik ini, dia mengatakan bahawa semasa kecil, dia didera secara fizikal oleh bapanya sehingga dia telah diambil oleh Jabatan Kanak-kanak dan Keluarga.
Akibat daripada pengalaman buruk ini, dia mengatakan bahawa dia mengalami Post Traumatic Stress Disorder dari keadaan itu dan dia merasai ketenangan dengan hanya memakan pasta lembut berbentuk sipu yang dilapisi dengan keju. Dia pernah mencuba makanan lain namun tidak dapat menerimanya.
Austin Davis sudah terbiasa makan hanya hihidangan mac and cheese sehinggakan memikirkan untuk mencuba makanan baru atau membuat sedikit kelainan pada hidangan mac and cheese yang dinikmatinya sudah cukup akan membuatkan perutnya merasa tidak selesa.
Austin Davis yang kini berusia 20 tahun sudah mengamalkan diet sebegini selama 17 tahun sehingga kini. Pada mulanya dia merasakan segalnya normal sehinggalah selepas menamatkan sekolah tinggi selepas dia melihat sebuah video di Youtube yang menerangkan bahawa tabiat pemakannnya dikenali sebagai Avoidant/Restrictive Food Intake Disorder (ARFID).
Seorang pengkaji penyakit ini mengatakan perkara ini sebenarnya adalah normal bagi seseorang kanak-kanak yang hanya akan mengambil makanan yang mereka suka sahaja. Cerewet terhadap makanan yang diambil adalah perkara biasa bagi kanan-kanak seperti tidak makan sayur.
Namun, kebiasaannya tabiat ini secara perlahan-lahan akan hilang apabila seseorang individu tersebut menjadi dewasa setelah mereka lebih matang membuat keputusan mengenai pemakanan dan menjumpai lebih banyak pilihan makanan apabila sudah dewasa.
Risiko masalah kesihatan
Akibat tabiat pemakananya ini yang hanya boleh makan mac and cheese, dia mengalami beberapa masalah lain yang bersangkut paut dengannya. Sebagai contoh, dia sukar hendak keluar dalam masa lama dengan rakannya kerana khuatir tidak dapat makan mac and cheese.
Kerana dietnya ini tinggi dengan karbohidrat, Austin Davis juga perlu memastikan dirinya sentiasa kekal aktif bagi memastikan kesihatannya terjaga. Oleh itu, dia telah melibatkan diri dngan sukan tinju bagi memastikan segala karbohidrat yang diambilnya setiap hari dapat digunakan dengan optimum.
Buat masa ini, dia mempunyai berat badan normal kerana secara konsisten bersukan 4 kali seminggu. Selain itu, dia telah mula berjumpa dengan ahli terapi dengan harapan untuk mendapatkan panduan gaya hidup yang lebih sihat dan kehidupan sosial yang lebih baik.
Austin Davis bukanlah tidak pernah mencuba untuk mengambil makanan lain. Namun kebiasaannya apa yang terjadi adalah sebaik sahaja makan tersebut masuk ke mulutnya, secara automatik tekaknya akan berasa loya dan hendak muntah. Maka, dia tidak mempunyai pilihan lain.
Hanya makan dari jenama tertentu
Austin Davis tidak sekadar makan segala jenis mac and cheese, sebaliknya dia hanya akan makan mac and cheese segera dalam kotak keluaran jenama Velveeta. Namun, apabila terdesak misalnya kehabisan stok, dia akan mengambil apa sahaja jenama seperti Deluxe Four Cheese keluaran Kraft.
Mengapa mac and cheese keluarga Velveeta sahaja? Menurutnya, ia lebih sedap daripada jenama-jenama lain di pasaran dan lebih penting rasanya konsisten sejak 17 tahun lalu kerana hampir tiada perubahan resipi yang dibuat pada mac and cheese keluaran produk tersebut.
Oleh itu, apabila ke pasar raya, dia hanya akan membeli mac and cheese sahaja. Coklat, kerepek atau apa sahaja makanan ringan yang lain tidak akan dibeli kerana tidak boleh diterima oleh badannya. Malah, sayur-sayuran dan buah-buahan juga tidak boleh dimakannya.
Bagi penyediaan makanan pula, biasanya dia akan memasaknya sendiri menggunakan satu jenis periuk sahaja. Dia tidak akan menggunakan periuk lain milik neneknya. Malah, sekiranya neneknya menyediakan hidangan tersebut menggunakan periuk lain, menurutnya dia dapat mengesan akan terdapat sedikit perbezaan rasa padanya. Begitulah sensitifnya deria rasa lidahnya.
Kerana diet peliknya ini yang hanya bergantung pada satu jenis hidangan makanan sahaja, biasanya dia akan memastikan sentiasa menyimpan stok untuk hidangan selama 1 minggu sahaja.
Kredit: