Seorang pemain badminton memberi inspirasi kepada seorang anak muda menghayun raketnya sama seperti seorang pemain bola sepak yang memotivasi seorang remaja untuk berlatih di padang setiap hari.
Kita semua mempunyai wira sukan kita. Tetapi memberi inspirasi kepada seseorang sehingga cukup untuk membuatkannya masuk ke dalam gelanggang dan menerima tumbukan serta pukulan, adalah sesuatu yang di tahap berbeza.
BESARKAN TEKS A- A+
Dan Conor McGregor adalah contoh atlet sedemikian. Lonjakan dalam kariernya dikatakan sangat bersejarah, seolah-olah seperti Muhammad Ali.
Conor sangat berani dengan perkataan dan juga lebih berani dengan hayunan penumbuknya. Sombong, mendominasi dan mempunyai keupayaan untuk mencuri perhatian pada bila-bila masa.
Anda tak perlu meminatinya tapi anda juga tak boleh mengendahkannya. Ini yang membuatkan Conor seorang lelaki yang hebat.
Namun pendakiannya untuk mendapatkan takhta adalah tidak mudah sama sekali. Ia dipenuhi dengan kesukaran, kerja keras dan obsesi yang tidak menentu untuk menjadi yang terbaik.
Dan sebelum dia menjadi superstar, Conor McGregor adalah seperti mana-mana lelaki lain yang hanya memiliki satu impian, iaitu untuk menjadi yang terbaik.
Pertemuan Dee Devlin dan tukang paip
Satu-satunya orang yang melihatkan kehebatan dalam diri Conor adalah teman wanitanya, Dee Devlin. Dee bertemu dengan Conor pada tahun 2008 di mana ketika itu Conor bekerja sebagai seorang tukang paip.
Ketika Conor tewas pertarungan UFC pertamanya menentang Nate Diaz, beliau sangat patah hati. Dan ketika dunia sedang bercakap mengenai kemenangan Nate, Dee bergegas mendapatkan kekasihnya lalu mencium Conor.
Beberapa bulan kemudian, Conor menghapuskan kenangan tersebut dengan dengan mengalahkan Diaz.
Namun, masih terdapat mereka yang ragu-ragu dengannya. Terdapat ramai pengkritik, dan di belakang Conor, berdirinya Dee Devlin.
Ketika mereka mula-mula jatuh cinta, Conor dan Dee tinggal di sebuah pangsapuri kecil berhampiran Dublin. Conor terlalu sibuk untuk bekerja dan kebanyakan masanya dihabiskan di gym.
Mereka hidup dengan bantuan kerajaan. Memenuhi keperluan asas hidup ketika itu sangat sukar bagi pasangan ini namun Dee tetap berada di sisi Conor.
Conor sering bercakap mengenai bagaimana dia akan menjadi juara satu hari nanti. Namun satu hari nanti itu masih jauh dan sangat memenatkan.
Kadang-kala, hidup yang mereka lalui menjadi terlalu sukar. Ketika itu, Conor hanya seorang pahlawan yang tercedera dan satu-satunya penyembuh lukanya adalah kata-kata daripada Dee iaitu "Conor, tak mengapa, awak boleh lakukannya!,".
Kerana sangat mengasihi Conor, Dee melakukan apa yang termampu. Dee memasak, memandu Conor ke mana sahaja malah mengembas beg gym Conor.
Kesemua ini dilakukannya hanya supaya Conor dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap perjuangannya. Dan usaha ini telah terbayar.
Dan Conor telah buktikannya. Dia adalah satu-satunya pahlawan UFC yang pernah memegang gelaran bagi dua kategori berbeza secara serentak.
Satu daripadanya itu Featherweight Championship, dimenanginya selepas menewaskan Jose Aldo dalam hanya 13 saat, pertarungan paling pantas dalam sejarah perebutan gelaran UFC.
Dan apabila bercakap mengenai menarik orang ramai memenuhi arena dan tiket, tiada siapa yang lebih hebat daripada Conor.
(Conor McGregor vs Jose Aldo)
Jadi, adalah tidak salah untuk Conor mengisytiharkan dirinya sebagai raja UFC. MMA adalah hidup dan semangatnya. Namun satu perkara yang mana Conor sangat memberikan dedikasinya adalah permaisurinya, Dee Devlin.
Di dalam Octagon, tiada siapa yang dapat mengalihkan pandangan mereka daripada melihat aksi Conor. Namun jika anda pandang dengan lebih teliti, Dee sentiasa hadir bersama.
Dia adalah galakan yang mendorong Conor untuk menerima setiap pukulan dan memberikannya kembali. Pasti sangat sukar bagi Dee untuk duduk dan menonton kekasihnya dipukul bertubi-tubi, namun dia tetap mengharunginya.
Dan hanya kerana Dee tidak berada di dalam gelanggan, ia tak bermakna dia tidak bertarung.
Conor sangat kejam dan ganas dalam pertarungan. Setiap kali dia berjalan keluar dengan bendera Ireland yang melilitnya, dia tahu dia memasuki halaman miliknya.
Namun setiap langkah yang dilakukan ke dalam kandang besi itu, segala kemenangan dan kejuaraan yang dirangkul, Conor tahu bahawa dia berhutang semua ini dengan Dee Devlin.
Dee berada di sisinya sejak Conor merupakan seorang tukang paip sehinggalah bertukar menjadi seorang pahlawan unggul.
Dan Dee masih berada di sisi ketika mana Conor menjadi pahlawan MMA paling terkenal dalam sejarah. Wanita di belakang pahlawan, ratu di belakang raja.