SAMBUNGAN DARI : Lelaki ini kongsi pengalaman kerja petik buah di Australia

Selepas prestasi aku memuaskan, aku dipindahkan ke ladang yang lain. Disitulah aku bekerja sepenuhnya. Dari musim petik, pruning dan juga thining. Tuan ladang aku yang baru agak garang, tapi jika kerja dengan baik, tak ada masalah. Biasalah, darah Itali. Haha

Kerja di Australia, ada rehat sebentar ketika bekerja pada waktu pagi. Ia dikenali sebagai 'smoko', bermaksud rehat sekejap, biasanya untuk minum pagi. Biasanya diberikan 15 minit, ikutlah nak makan atau nak rehat baring kejap. Dengan cara ni, bila mula kerja balik, kita lebih produktif, sebab kalau menghadap buah dari pagi smpai tengahari, memang stress.

BESARKAN TEKS     A-  A+

rehat

Lunch pula tak tentu, lebih kurang pukul 12.30. Semua orang bawa bekal, dah masak siap-siap hari sebelumnya. Makan biasanya bawah pokok, bersama-sama rakan sekerja. Kalau terlupa bawa makanan, boleh saja petik buah dan makan. Tapi awal-awal saja buat macam tu, lama-lama dah muak tengok buah. Haha. Lepas habis lunch 30 minit, sambung kerja balik. Sampai 4.30 petang, atau lebih, atau bergantung kepada berapa baris pokok yang peladang nak habiskan. Ada juga habis awal, dan ada habis lewat. Buah yang dah masak, memang perlu dipetik, tak kiralah kalau habis pukul 6.30 pon, terpaksa petik, sebab kalau tunggu esok, buah akan terlebih masak.

Bagus juga kerja lama, gaji pon tinggi.

Solat

solat

Tentang solat pula, juga bergantung pada musim. Biasanya hanya zuhur yang solat ketika kerja. Zuhur masa tu masuk dalam pukul 1.20pm macam tu. Masa lunch dah habis, tapi belum zuhur. Depends kat tuan ladang, kalau tetapkan rehat pukul 12.30, pukul 1pm dah masuk kerja balik, tak sempat solat, jadi boleh beritahu pada dia supaya bagi lunch pukul 1pm, so that habis lunch pukul 1.30pm, sempat la nak solat. Air wudhu bawak botol asing dari air minum, dan biasanya solat berlantaikan rumput saja, dan sweater dijadikan sejadah. Kiblat guna handphone. Tak susah pon, asalkan kita nak solat, boleh saja. Tapi jangan risau, biasanya kalau kerja mula pukul 6.30 pagi, akan balik kerja pukul 3.30 petang, asar masuk pukul 5pm macam tu. So bab solat tak ada masalah.

Jumlah jam bekerja

Kerja pula biasanya 8 hingga 9 jam sehari. Jadi dengan kerja 8 hingga 9 jam sehari, kita akan dapat kerja penuh dari bulan September hingga Februari. Kalau kita tamak nak kerja lebih masa, kemungkinan bulan Januari dah tak ada kerja. Jadi bukan kita yang tentukan, boss yang tentukan.

buah pic

Kerja pulak hari-hari tak ada cuti, melainkan hujan. Sebab kalau musim petik, memang kerja sibuk, buah terlalu banyak nak dipetik. Kami memang suka la tak cuti, sebab gaji banyak. Lagipun kerja senang. Yang mana cerita kata kerja macam bangla, kena kerah tenaga semua tu cerita bohong saja. Semua kerja seronok saja. Cuma apabila masuk musim panas bulan Disember, agak perit. Awal musim panas masih okay sebab belum panas. Januari dah mula panas, boleh mencecah 44 darjah celcius. Berbelang-belang muka dan tangan. Tak apa, anak lelaki kan, hitam nanti boleh repair.

Kekangan bahasa

Jangan risau jika tak boleh berbahasa Inggeris. Ramai yang pergi kerja tak boleh bertutur dalam English. Ada yang boleh faham tapi tak boleh nak balas, ada yang tak faham langsung. Tapi elok saja kerja sana 2-3 tahun. Dah kita duduk sesama kita, memang lah susah nak boleh cakap English. Ini antara salah satu kebaikannya, boleh practice English, tu pun kalau anda practice lah kan. Nanti biar balik Malaysia, anda speaking macam air. Tapi kena tahu, Australian punya accent ni lain sikit ye, orang Amerika pun pening dengar orang Australia cakap. Haha. Alhamdulillah English aku okay.

Balik Kerja

Lepas balik saja kerja, terus mandi. Masa ni memang kena beratur nak mandi sebab semua baru balik kerja. Selain musim panas, air panas memang sangat diperlukan. Tambah-tambah waktu sejuk. Suhu kat sana berubah hari-hari, hari ni mungkin sejuk dan esok mungkin panas. Tak menentu. Biasanya pagi kami tak mandi, memang biasa dah kat sana. Satunya disebabkan sejuk terlampau.

balik kerja 134

Habis mandi, solat, memang tak ada buat apa. Masuk bilik, tengokmovieatauonline, or maingame. Disebabkan di Malaysia aku bersenam, kat sini pon aku ada beli barang gym. Jadi tak la bosan sangat hari-hari.

rehat 2

Kadang-kadang penat sebab panas, memang balik tu lepas mandi terus tidur. Memang nyenyak tak dapat digambarkan. Petang bangun, solat asar, lepak-lepak borak kat luar dengan yang lain. Kalau rasa lapar, makan roti, atau masak nasi, atau maggi. Kalau ada baju nak basuh, basuh. Kalau tak ada apa nak buat, lepas makan, sambung tengok movie dan sebagainya. Rutin yang sama setiap hari.

Keluar ke bandar

Dan hari jumaat biasanya separuh hari. Sampai 12.30pm saja kerja. Sebab bagi peluang pekerja nak pegi bandar beli makanan. Biasanya semua akan keluar hari jumaat. Kalau nak keluar, pekerja yang ada kereta akan jadi teksi, charge dalam $8 seorang, pegi balik.

shopping 986

Kadang-kadang aku keluar, tapi kalau malas, kirim saja kat kawan yang keluar. Solat jumaat pulak boleh solat kat bandar sebab ada masjid, atau solat jemaah kat rumah. Kalau tempat tu tak cukup jemaah nak solat jumaat, solat zuhur.

Boss bayar gaji

gaji

Gaji pula dibayar seminggu sekali, cash. Biasanya kontraktor akan datang rumah bagi sampul surat, dalam berisi gaji kita. Jumlah jam kerja bergantung pada musim, dan masa musim petik tu seminggu kerja lebih kurang 56 jam. So gaji masa tu

56jam x $13 =$728(RM2184tahun 2013,RM2329Mei 2017)

Nak mudahkan tukaran duit, aku gunakan tukaran tahun 2017 lah, sebab sekarang ni tahun 2017. So kiraan gaji untuk sebulan adalah macam kat bawah :

7 hari kerja = $728; purata gaji sehari = $104 (RM333)

30 hari kerja = $104 x 30 = $3120 (RM9,984)

Jadi, dengan pengalaman aku sendiri, memang betul lah kerja petik buah ni boleh dapat gaji yang banyak. Tak dapat RM15 ribu pun, RM10 ribu sebulan dah sangat banyak. Syukur.

Gaji bersih

Sewa rumah seminggu : $70; Transport seminggu(jika ada) = $21

$728 - ($70 + $21) = $637 (RM2038)

Biasanya boleh simpan $600 seminggu, dan aku akan gunakan berapa sahaja yang lebih dari itu untuk makan. So kalau gaji macam ni, aku makan $37 saja seminggu. Jadi, kalau seminggu aku simpan $600, berapa total simpanan sebulan?

$600 / 7 x 30 hari = $2571 (RM8228 Mei 2017)

Sebulan, kalau disiplin, boleh simpan RM8000 macam ni. Ingat, RM8000++ ini bukan gaji, tapi simpanan, gaji dah tentu lebih tinggi. Bukan aku reka cerita, memang aku sendiri yang alami. Dan makanan pula, macam tadi aku cakap, aku gunakan duit lebih dari simpanan untuk makan,in this case, lebih kurang $37-$40 seminggu untuk makan.

sarapan 1 139

Itu pon dah kira mewah. Sebab barang kat Australia memang sangat murah kalau nak dibandingkan dengan gaji mereka. Contoh barang makan yang biasa aku beli untuk seminggu:

  • Jus buahan 2 liter : $2
  • Susu 3 liter : $3
  • Roti 2 buku : $2
  • Ayam peha 2kg : $8
  • Bijirin sarapan pagi 2 kotak : $4
  • Nutella : $4
  • JUMLAH : $23

resit aldi

sarapan 2

Ada lagi barang lain aku tak ingat harga macam maggi, beras, kicap, minyak dan sebagainya. Tapi kat sini dah boleh tengok betapa barang kat sana murah. Dengan gaji yang tinggi dan barang yang sangat murah, memang boleh jimat dan simpan duit untuk apa sahaja plan yang anda nak buat. Gaji seminggu $730, makan tak sampai $30. Bandingkan la dengan sendiri. Masa hidup di sana, tak rasa langsung tekanan ekonomi, kerana gaji yang kita dapat, terlalu tinggi nak dibandingkan dengan harga barang. Itu belum kerja professional sebagai jurutera, akauntan dan doktor.

commonwealth bank

Lepas dapat gaji, terserah pada anda nak simpan cash bawah bantal atau nak masukkan dalam bank. Aku simpan dalam bank, lebih selamat, guna akaun Commonwealth Bank. Bahaya simpan duit banyak-banyak dalam rumah sebab dah ada banyak kes kecurian.

Musim petik buah tamat

Petik buah di Swan Hill biasanya dari bulan September hingga awal bulan Februari. Bulan Februari dah nak masuk musim luruh, jadi buah dah habis, dan kebanyakkan orang akan berhijrah ke kawasan lain untuk cari kerja lain. Kerja yang terdekat yang ada mula dari bulan Februari adalah anggur dan lain-lain lagi, dan biasanya orang akan berpindah ke Robinvale atau Mildura kerana tak jauh dari Swan Hill.

petik buah 744

Tapi tak semua berpindah, sebab lepas buah dah habis dipetik, kerja di Swan Hill masih ada, cuma tak banyak kerja macam musim petik. Sesiapa yang kerja bagus akan dikekalkan, mengikut pilihan tuan punya ladang. Jadi yang dipilih untuk kekal ini ada kerja lain yang akan diberikan. Contoh seperti cabut rumput, cabut pokok, sapu daun, goncang paip dan macam-macam lagilah. Jumlah jam kerja mungkin tak sebanyak musim petik, tapi masih lumayan. Cuma yang bestnya adalah tak susah-susah nak pindah tempat, masuk rumah baru dan kerja dengan orang yang tak kenal, sebab dah selesa. Kerja ini hanya sementara nak menunggu kerja akan datang iaitu "pruning".

Musim pruning bermula

Seawal bulan April, pokok-pokok stone fruit ini dah mula luruh daun-daunnya. Semakin ke arah musim sejuk, boleh kata semua pokok dah luruh daunnya, hanya tinggal ranting kosong. Masa ini dah mula kerja pruning. Kerja pruning tak lah susah, tapi perlukan latihan dan practice. Kerja adalah memotong ranting pokok, tapi bukan potong sembarangan. Kita kena tahu ranting yang mana perlu dipotong supaya ranting yang kekal di dahan pokok itu akan membuatkan pokok itu berbuah dengan banyak dan baik, serta menentukan masa depan sesebuah pokok. Salah potong, habis, cacatlah pokok itu.

pruning 2 844

Tuan ladang akan datang terangkan bagaimana, dan dia akan pantau kita. Dan bila dah dia rasa kita boleh buat kerja, dia akan suruh kita buat dengan laju. Masa ni la yang menguji kecekapan seseorang. Dan satu benda yang perlu dititikberatkan, penggunaan gunting tersebut, sebab bukan gunting biasa. Gunting yang digunakan menggunakan tenaga angin. Sekali tekan punat gunting tu, theres no coming back. Kalau setakat dahan pokok pon boleh putus, inikan pula jari. Silap potong, hilang jari. Dan dah pernah ada kes terpotong jari.

pruning 27

Waktu kerja lebih kurang sama macam musim petik. Pukul 10.30 pagi boss akan datang bawa minuman pagi untuk kita, kopi atau teh. Habis minum 10-15 minit, dia akan pergi sambung kerja dia. Sampai la petang, dia dah tak datang. Kadang-kadang saja dia datang check kelajuan dan pokok, sama ada okay atau tak. Kalau salah dia tegur, dan kalau dah dia rasa memang betul-betul okay, dia tak kacau sangat. Cuma jangan slow sangat.

BERSAMBUNG BAHAGIAN AKHIR : Lelaki ini kongsi pengalaman kerja petik buah di Australia - Bahagian 3




Hakcipta iluminasi.com (2017)