Oleh pada 02 Jul 2018 kategori

Di zaman serba canggih ini, menjana pendapatan melalui Youtube sudah menjadi kebiasaan dan semakin ramai orang yang menyedari akan potensinya.

Siapa yang tak sukakan kemahsyuran apabila ia datang bersama-sama dengan wang yang banyak kan?

Walaubagaimanapun, orang masih mempunyai pelbagai keraguan terhadap pengewangan (monetization) Youtube dan yang paling kerap adalah potensi pendapatan Youtuber.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam banyak-banyak soalan, perkara yang membuatkan orang ramai keliru adalah "Berapa pendapatan yang dijana oleh Youtuber"? atau "Berapa yang dibayar oleh Youtube bagi setiap tontonan video?".

youtuber paling kaya di dunia pewdiepie

Di Malaysia mungkin tidak begitu ramai yang menjana pendapatan sebagai Youtuber namun di Amerika Syarikat, orang ramai berebut-rebut menjadikan Youtuber sebagai kerjaya tetap kerana pulangannya adalah sangat lumayan.

Sebagai contoh, pendapatan Youtuber PewDiePie pada tahun 2017 adalah sebanyak RM64.2 juta setahun, jauh meninggalkan gaji CEO di Malaysia.

NOTA:

  1. Cost Per Click (CPC): Caj Per Klik, iaitu jumlah pendapatan yang Youtuber perolehi setiap kali penonton klik pada iklan
  2. Click Through Ratio (CTR): Peratusan Klik, iaitu nisbah antara bilangan paparan iklan dan bilangan klik pada iklan
  3. Cost Per Impression (CPI): Caj Per Paparan, jumlah pendapatan yang Youtuber perolehi setiap kali iklan dipaparkan/ditonton

Berapa jumlah yang diperoleh Youtuber bagi setiap 1 juta tontonan?

despacito video youtube dengan tontonan tertinggi di dunia 7

Untuk lebih memahami tentang pendapatan Youtuber, adalah penting untuk kita memahami bagaimana Youtuber menjana pendapatan daripada video-video Youtube.

Bagaimana Youtuber menghasilkan wang? Terdapat beberapa cara untuk Youtuber memperoleh pendapatan. Antaranya adalah:

Cara pertama: YouTube AdSense

ini jumlah yang youtuber dapat bagi setiap 1 juta tontonan video 2

Program Rakan Kongsi Youtube atau Youtube Adsense adalah salah satu cara paling biasa dalam menjana pendapatan melalui video Youtube.

Walaupun terdapat pelbagai cara untuk anda menjana wang dengan Youtube, namun ini adalah satu-satunya cara untuk menjana pendapatan anda dari Google atau Youtube.

Dengan kaedah ini, Google akan memaparkan iklan dalam video Youtube anda untuk menjana pendapatan. Daripada jumlah pendapatan yang diperoleh melalui iklan ini, Youtube akan mengambil 45% dan baki 55% akan dibayar kepada anda sebagai komisen.

Adalah mustahil untuk mengetahui jumlah tepat yang diperoleh Youtuber melalui Adsense. Ini kerana pendapatan dari iklan bergantung kepada beberapa faktor dan jumlah yang diperoleh oleh Youtuber adalah sangat berbeza.

ini jumlah yang youtuber dapat bagi setiap 1 juta tontonan video 3

Sebagai contoh, sebuah syarikat menyewa ruangan iklan di Kuala Lumpur dan syarikat lain menyewa di Kedah. Akan terdapat perbezaan harga yang besar di kedua-dua negeri ini jadi margin keuntungan keseluruhan akan juga berbeza.

Begitu juga, harga menyewa ruangan iklan akan berubah mengikut saiz, sama ada ia adalah billboard atau sepanduk dan beberapa faktor lain.

Jadi sepertimana pendapatan yang diperoleh dengan menyewakan ruang iklan konvensional bergantung kepada beberapa faktor, pendapatan dari pengiklanan Youtube juga bergantung kepada banyak faktor.

Kami terangkan dengan lebih terperinci faktor yang mempengaruhi pendapatan Youtuber. Pendapatan Youtuber bergantung kepada faktor-faktor:

1. Lokasi trafik anda

ini jumlah yang youtuber dapat bagi setiap 1 juta tontonan video 4

Biasanya, trafik dari Amerika Syarikat dan United Kingdom memperoleh Caj Per Klik (CPC) lebih tinggi, berbanding dengan negara kelas kedua seperti India, Brazil, Afrika Selatan, dan lain-lain.

Untuk jumlah tontonan yang sama, dengan andaian Peratusan Klik (CTR) yang sama, Youtuber di Amerika Syarikat dan United Kingdom akan menjana pendapatan lebih tinggi.

Jadi, Youtube akan membayar lebih wang kepada Youtuber di dua negara ini.

2. Demografi trafik anda

ini jumlah yang youtuber dapat bagi setiap 1 juta tontonan video 5

Umur, jantina dan faktor demografi lain dalam trafik anda juga mempengaruhi pendapatan. Namun, tiada peraturan yang ditetapkan untuk demografi apa yang boleh mengahsilkan lebih banyak pendapatan.

Namun, trafik yang terdiri daripada golongan remaja dan golongan berpendapatan rendah biasanya akan memperoleh kurang berbanding trafik yang terdiri daripada golongan bekerja terutamanya golongan yang mewah.

3. Niche video anda

ini jumlah yang youtuber dapat bagi setiap 1 juta tontonan video 6

Biasanya, Youtube akan memaparkan iklan kepada penonton yang disambungkan ke video yang mereka sedang tonton. Oleh kerana itu, niche video adalah faktor yang agak kritikal lain yang menentukan CPC.

Video teknologi biasanya akan mendapat Caj Per Klik yang lebih tinggi daripada video-video politik atau berita.

4. Jenis iklan

ini jumlah yang youtuber dapat bagi setiap 1 juta tontonan video 7

Di Youtube, pelbagai jenis iklan dipaparkan. Iklan TrueView dan Bumper akan menjana wang bagi setiap tontonan, manakala iklan pre-roll menjana wang bagi setiap klik.

Iklan TrueView adalah iklan yang dicaj kepada pengiklan jika penonton memilih untuk menonton iklan tersebut, dan caj tidak dikenakan jika penonton melangkau (skip) iklan tersebut. Iklan Bumper adalah serupa, tetapi lebih pendek iaitu hanya 6 saat.

Sesetengah iklan boleh dilangkau oleh penonton dan ada yang tidak. Iklan yang boleh dilangkau, jika dilangkau, tidak akan dikenakan caj kepada pengiklan, oleh itu anda juga tidak mendapat apa-apa bayaran.

Sesetengah iklan boleh dilangkau oleh pengguna, dan yang lain tidak. Iklan yang boleh diabaikan, jika dilangkau tidak dikenakan kepada pengiklan, dan oleh itu anda tidak membuat apa-apa.

Begitu juga dengan iklan CPC, jika penonton tidak klik pada iklan, maka anda tidak memperoleh apa-apa.

5. Peratusan klik (Click Through Rate - CTR)

ini jumlah yang youtuber dapat bagi setiap 1 juta tontonan video 8

Pendapatan anda juga bergantung kepada CTR bagi iklan dalam video anda dalam kes iklan CPC.

Semakin tinggi CTR, semakin tinggi bayarannya.

6. Durasi tontonan penonton

ini jumlah yang youtuber dapat bagi setiap 1 juta tontonan video 9

Google dan Youtube sukakan video berkualiti. Jika pengguna menonton video anda sehingga penghujung, ia menunjukkan bahawa kandungan video tersebut adalah bagus, maka iklan yang lebih tinggi CPCakan dipaparkan dalam video pada masa yang akan datang.

Juga, lebih lama tempoh tontonan, lebih banyak iklan akan dipaparkan kepada penonton membawa kepada pendapatan yang lebih tinggi.

7. Jumlah pelanggan (subscribers)

ini jumlah yang youtuber dapat bagi setiap 1 juta tontonan video 10

Saluran Youtube dengan berjuta-juta subscribers akan mendapat iklan CPC dan CPI yang lebih baik berbanding saluran yang sedikit atau tiada subscribers.

Anggaran pendapatan Youtube Adsense

Anda tidak boleh merancang perniagaan anda tanpa mengetahui apa-apa mengenai kewangan yang terlibat. Adalah tidak bijak untuk melaburkan masa dan wang tanpa meramalkan keuntungan dan pelaburan.

Jadi persoalannya ialah berapa banyak wang sebenarnya yang diperoleh oleh YouTubers?

Tiada kalkulator Youtube untuk menentukannya, jadi jom kita buat perkiraan sendiri untuk mengetahui anggaran kasar berapa yang dibayar oleh Youtube bagi setiap 1 juta tontonan melalui program Youtube Adsense.

Menurut SocialBlade, syarikat yang menjejakisaluran Youtube popular bagi menyediakan data kepada pihak yang berminat, bagi setiap 1,000 paparan video akan memberikan pulangan di antara RM1 hingga RM16.

Jadi, bagi 1 juta tontonan, Youtuber akan memperoleh sekitar RM1,000 hingga RM16,000 bagi video yang memaparkankan iklan CPC. (RM1 / RM16 x 1,000)

Cara kedua: Pemasaran afiliasi

pemasaran afiliasi di youtube

Walaupun Youtube Adsense adalah bagus, namun jika anda mensasarkan geografi dan demografi yang salah, anda tak akan memperoleh pendapatan yang banyak melalui program ini.

Jadi, kebanyakan Youtuber terutamanya blogger teknologi menggunakan pemasaran afiliasi (affiliate marketing) sebagai sumber untuk menjana pendapatan di Youtube.

Youtuber yang menggunakan teknik ini biasanya menyiarkan video ulasan produk seperti telefon pintar dan sebagainya. Mereka juga menerbitkan video unboxing produk.

Blogger fesyen dan makanan biasanya kerap hanya mencadangkan produk kepada pengguna.

ini jumlah yang youtuber dapat bagi setiap 1 juta tontonan video 1

Blogger-blogger ini kemudiannya menambah pautan afiliasi mereka di bahagian penerangan video. Setiap kali seseorang membeli produk menggunakan pautan ini, mereka akan mendapat komisen.

Adalah sangat sukar untuk menentukan pendapatan melalui kaedah ini kerana ia bergantung kepada faktor:

  1. Peratusan Klik (CTR) untuk pautan afiliasi tersebut
  2. Nisba pertukaran (Orang yang klik pautan afiliasi anda dan membeli produk)
  3. Komisen yang diperoleh bagi setiap jualan produk

Walaubagaimanapun, jika kita tahun komisen bagi setiap produk, kita boleh menggangarkan secara kasar pendapatan daripada pemasaran afiliasi.

CTR bagi pautan afiliasi biasanya dalam lingkungan 0.5% hingga 3%. Katakan purata CTR adalah 2%, jadi bagi setiap 1 juta tontonan, jumlah mereka yang klik pada pautan afiliasi anda adalah 20,000 orang. (Perkiraan: 1,000,000 x 2% = 20,000)

Dan nisbah penukaran bagi kebanyakan produk afiliasi adalah dalam lingkungan 2% hingga 5%. Jika kita mengambil nisbah pertukaran sebanyak 3%, makan jumlah mereka yang membeli produk atau servis dari pautan afiliasi anda adalah 600. (Perkiraan= CTR 20,000 x 3% = 600)

Jadi, jika anda mendapat RM10 bagi setiap jualan, pendapatan anda melalui kaedah ini adalah RM6,000 bagi setiap 1 juta tontonan. (RM10 x 600 = RM6,000)

Cara ketiga: Video tajaan

ini jumlah yang youtuber dapat bagi setiap 1 juta tontonan video 11

Youtube adalah salah satu medium pemasaran yang sangat berpengaruh, membuatkan program Youtube Adsense sangat berjaya.

Walaubagaimanapun, tak ramai di antara kita yang suka untuk menonton iklan, dan hanya melangkau malah ada yang langsung tidak memberi perhatian sehinggalah iklan tamat.

Oleh itu, syarikat-syarikat jenama mengambil langkah yang lebih baik dengan membayar kepada saluran Youtube untuk membuat video tajaan.

ini jumlah yang youtuber dapat bagi setiap 1 juta tontonan video 13

Sumber: Youtube

Mereka biasanya menghubungi Youtuber untuk menghasilkan video yang memaparkan produk mereka.

Sesetengah jenama juga menaja saluran Youtube dan sebagai balasan, Youtuber akan mempromosikan produk mereka kepada penonton mereka, atau juga Youtuber itu adalah tokoh awam, beliau sendiri akan menggunakan produk tersebut.

Salah satu contoh terbaik video tajaan adalah seperti video dibawah.

Biasanya Youtuber akan mengenakan caj tetap yang dianggarkan berdasarkan jumlah penonton yang dijangkakan menonton video tersebut. Caj biasa adalah antara RM40 hingga RM200 bagi setiap 1,000 tontonan video.

Jadi, jika sesebuah video dijangkakan menjana 1 juta tontonan, maka harga bagi tajaan adalah di antara RM40,000 hingga RM200,000.

Angka ini mungkin lebih tinggi jika dibandingkan dengan Youtube Adsense atau pemasaran afiliasi. Namun, syarikat-syarikat jenama biasanya hanya bekerjasama dengan saluran Youtube yang berpengaruh atau mempunyai subscribers yang tinggi.

Jadi, jika video-video anda tidak mencapai ratusan ribu atau jutaan penonton, syarikat-syarikat jenama mungkin tak akan menggunakan khidmat anda.

Dan jika ada pun, mungkin hanya syarikat kecil yang mempunyai kewangan terhad dan anda akan dibayar dengan jumlah yang lebih kecil daripada yang dijelaskan di atas.

Rujukan:

Berapa banyak youtuber buat duit?

Penjelasan pendapatan youtuber

Income youtuber berdasarkan tontonan




Hakcipta iluminasi.com (2017)