Jika anda mengikuti Instagram milik pelakon jelita Anzalna Nasir, pasti anda akan perasan bahawa dia kerap memuatnaik foto saat romantik beliau bersama dengan suami tercintanya.
Bagaimanapun, Anzalna menafikan dakwaan bahawa beliau sengaja ingin bersikap menunjuk-nunjuk akan kebahagiaan yang dimilikinya bersama suami.
Saya muat naik foto bersama suami bukan kerana mahu membuatkan orang cemburu, jauh sekali ingin menunjuk-nunjuk. Saya melihat ia sesuatu yang positif kerana foto itu menjadi inspirasi pengikut.
Sebagai contoh, apabila saya berkongsi gambar bunga yang dihadiahkan suami, peminat akan beritahu mereka juga mendapat bunga pada keesokan hari. Saya pula yang gembira dengan komen seperti itu.
Sumber: BH Online
Rasanya tiada apa yang salah memandangkan mereka pasangan suami isteri yang sah dan gambar yang dikongsikan juga tidaklah keterlaluan.
Sumber berita & foto: Rotikaya