Oleh pada 31 Jul 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Afifah Nasir & Instagram Ameera Khan

Mungkin ramai yang beranggapan isu perkahwinan Aliff Aziz dan Bella Astillah semakin hari akan bertambah reda. Namun sejak kontroversi itu tercetus, kehadiran komen dan pendapat daripada pelbagai pihak di laman sosial nyata menghangatkan lagi keadaan.

Dan yang terkini, adik kepada pengacara Neelofa, Ameera Khan tampil dengan satu kenyataan pedas yang ditujukan kepada aktres Afifah Nasir. Sebagaimana yang diketahui ramai, kakak Afifah iaitu Anzalna Nasir pernah berhadapan dengan krisis bersama Neelofa. Namun dalam versi kisah kali ini, adik kedua-dua mereka pula seperti mempunyai masalah sesama sendiri.

Segalanya bermula apabila seorang pengguna Twitter membanding-bandingkan Ameera dan Afifah. Menurut twit itu, individu berkenaan menyatakan rasa minatnya yang lebih kepada Afifah kerana Ameera dilihatnya sebagai replika kepada kakak beliau, Neelofa.

Afifah berasa berang lalu membalas dengan menyatakan sekurang-kurangnya dia bukanlah seorang penipu dan "kaki kikis." 

kenyataan panas adik neelofa ameera khan gelar afifah nasir penipu kaki kikis dan pelacur 2

Kredit foto: Twitter Ameera Khan

Situasi bertambah hangat apabila Afifah masuk campur kerana terasa hati apabila dirinya diperli Ameera.

Menerusi twitnya, Afifah meminta Ameera memberi tumpuan kepada kerja sekolah kerana dia baru sahaja berusia 15 tahun tetapi sudah tahu hendak mencampuri hal orang dewasa.

Sekali lagi Ameera tampil dengan satu komen panas. Kali ini jawapan balas Ameera memang boleh membuatkan sesiapa yang membacanya tersentap habis. 

kenyataan panas adik neelofa ameera khan gelar afifah nasir penipu kaki kikis dan pelacur 3

Kredit foto: Twitter Ameera Khan

Saya harap saya tidak membesar untuk jadi pelacur/perempuan murahan seperti kamu dan kakak-kakak kamu. Doakan untuk itu.



Hakcipta iluminasi.com (2017)