Kredit foto: malaysia.watsupasia.com & Instagram Rozita Che Wan
Tidak hanya berhadapan dengan cemuhan netizen di media sosial, aktres Afifah Nasir turut menghadapi sindiran rakan artis gara-gara isu yang ditimbulkannya bersama penyanyi Aliff Aziz.
Kebelakangan ini, para selebriti yang berstatus isteri sepakat memuat naik amaran kepada "wanita perampas suami orang" agar tidak mengganggu rumah tangga mereka.
Sepanjang sindiran itu berlangsung, Afifah dilihat hanya berdiam diri dan tidak memberikan sebarang kenyataan balas.
Kredit foto: Instagram Afifah Nasir
Dalam wawancara terbarunya, Afifah mendedahkan pendirian yang dipegang dalam menghadapi perkara itu.
Saya tahu ada rakan selebriti dan isteri mereka memuat naik gambar berunsurkan peringatan seperti jangan kacau suami orang serta berkaitan dengan karaoke. Saya mengambil pendirian untuk tidak melayan perkara tersebut. Saya sendiri tak kisah dengan perkara tersebut. Mereka tidak tahu, jadi biarkan sahaja. Mulut orang kita tak boleh tutup. Saya nak marah pun tak guna. Bagi saya, sebelum menilai sesuatu cerita, dengar dulu penjelasan semua pihak, barulah boleh menilai.
Sumber: Astro Gempak
Tambah Afifah, dia tidak serik untuk bergandingan dengan mana-mana pelakon lelaki berstatus suami orang selagi profesionalisme dalam kerjaya mereka dipelihara.
Kredit foto: Instagram Afifah Nasir
Sejujurnya, saya tak ada masalah langsung jika diminta untuk bergandingan dengan suami orang. Sebelum ini, saya pernah berlakon di samping aktor yang bergelar suami orang. Tiada masalah yang berlaku dan semuanya berlangsung secara baik. Saya ingin menegaskan yang saya tidak berminat dengan suami orang. Jika saya memang berkelakuan sebegitu, sudah semestinya saya akan terlibat dengan cinta suami orang semenjak pembabitan awal saya dalam dunia lakonan.
Sumber: Astro Gempak