Apabila anda pergi ke gym, kerap kali anda akan berasakan usaha keras yang dilakukan tidak membuahkan hasil. Namun selepas beberapa bulan atau tahun, tak dapat dinafikan anda akan melihat perubahan yang ketara.

Otot anda membesar, baju anda semakin ketat dan anda mula mendapat perhatian dari orang sekeliling. Jika anda bersenam 1 jam sehari untuk 5 hari dalam seminggu, otot-otot tertentu hanyalah digunakan untuk tempoh yang singkat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tetapi, anda masih dapat melihat perubahan pada otot selepas beberapa bulan.

Dan apabila bercakap tentang otot, kebanyakan daripada kita dengan serta-merta terfikirkan tentang biceps, quadriceps (peha), pektoral (dada) dan bahagian yang biasanya disasarkan untuk senaman di gym.

otot muka

Namun, muka kita juga dipenuhi dengan otot, yang bertanggungjawab ke atas semua yang berlaku bermula dari mengelipkan mata dan mengubah ekspresi muka sehinggalah ke mengunyah makanan dan bersiul.

Memandangkan kita menggunakan otot muka sepanjang hari setiap hari, kenapa otot-otot ini tidak membesar dan berketul sama seperti yang lain?

Bukankah wajah kita akan kelihatan lebih "tajam" kerana mengunyah makanan 3 kali sehari seumur hidup?

Sebelum menjelaskan jawapan spesifik, kita harus memahami terlebih dahulu asas pertumbuhan otot.

Pertumbuhan otot

bina otot

Apabila anda pergi ke gym dan mula bersenam, anda pada asasnya meletakkan tekanan pada otot anda untuk meningkatkan saiz dan kekuatannya.

Apabila anda memberikan tekanan kepada salah satu daripada lebih daripada 600 otot rangka, yang diperbuat daripada myofibril dan sarcomere, sejumlah serat otot tersebut rosak dan harus diperbaiki.

Apabila serat-serat otot ini pulih dan terikat bersama-sama, ia akan membuatkan saiz otot meningkat. Proses ini dinamakan hipertrofi, lebih dikenali sebagai pertumbuhan otot.

Namun, salah satu faktor yang harus diambil kira adalah pertambahan jisim otot ini datang daripada lebih banyak protein otot yang diproses, berbanding yang dipecahkan.

Sekiranya badan anda dapat mengaktifkan sel-sel satelit (seperti sel stem untuk otot) dan menggalakkan myofibril protein otot untuk terbentuk, maka otot-otot anda akan membesar disebabkan oleh pendedahan kepada tekanan.

Ini biasanya dalam bentuk peningkatan berat badan.

bina otot 2

Oleh itu, walaupun anda sering bersenam dan mudah untuk menambahkan jisim otot selepas beberapa minggu di gym, namun ia mempunyai had.

Tidak ada otot dalam tubuh manusia yang boleh berkembang selama-lamanya. Sebab utama untuk ini adalah myostatin, sebatian penghalang yang berfungsi sebagai tolok kawalan untuk pertumbuhan otot di dalam badan.

Ia secara negatif mengawal otot rangka dan otot jantung berdasarkan jisim otot kita.

Dalam kalangan ahli bina badan, dipercayai bahawa peningkatan dalam pengambilan asid amino boleh mengurangkan kesan myostatin yang membolehkan pertumbuhan otot lebih besar namun ia masih belum dibuktikan. 

Secara ringkasnya, aktiviti fizikal dan latihan senaman kita menentukan pertumbuhan otot, bersama-sama dengan pengaruh hormon, seperti testosteron dan IGF-1 (faktor Pertumbuhan Insulin) dan faktor-faktor genetik tertentu seperti tahap pengaktifan sel satelit badan.

"Sado" kan otot muka

otot muka 2

Memandangkan anda sudah faham tentang otot-otot muka, satu perkara yang sangat jelas iaitu walaupun kita menggunakannya setiap hari namun kita tak semestinya memberikan tekanan kepada otot-otot ini.

Apabila anda bersenam dengan beban di gym, tekanan tersebut disebabkan oleh pertambahan berat besi. Hanya terdapat beberapa cara yang praktikal untuk meningkatkan "berat" pada otot muka ketika anda tersenyum, mengunyah, mengedutkan muka atau mengelipkan mata.

Tanpa penambahan berat ini, tiada kerosakan yang berlaku kepada otot-otot muka. Dengan ini, tiada pertumbuhan otot baru atau pelepasan sel satelit ke lokasi otot.

Selain itu, walaupun ada beberapa alat yang boleh menambah berat ke fungsi normal otot muka kita, namun perkembangan otot baru adalah proses beransur-ansur bergantung kepada kekerapan dan pengulangan.

Ia bukan sahaja tidak praktikal, tetapi juga agak tidak masuk akal untuk membayangkan secara senamkan muka anda secara konsisten seperti ini dalam tempoh yang panjang.

Terdapat beberapa kes yang penting di mana otot muka boleh tumbuh, menghasilkan wajah yang kelihatan lebih "besar" dan "penuh".

Dalam pertandingan makan kompetitif, anda akan melihat para peserta menggunakan rahang mereka lebih kerap daripada orang biasa.

bina otot muka

Hasilnya, otot yang mengelilingi rahang menjadi lebih besar dan lebih tegap, tetapi mereka ini hanyalah sebahagian kecil daripada populasi di dunia.

Secara keseluruhannya, otot muka kita boleh ditonakan atau kelihatan lebih tajam, tetapi ini disebabkan oleh kekurangan lemak, bukan kehadiran otot.

Apabila berat badan kita meningkan, wajah kita juga akan meningkat dari segi saiz atau kebulatannnya.

Oleh itu, apabila kita menurunkan berat badan, lemak yang berlebihan akan hilang dari wajah kita dan ini sekaligus mendedahkan lebih banyak struktur tulang serta otot muka.

Walaupun terdapat sedikit sahaja bukti untuk menunjukkan bahawa anda boleh meningkatkan otot wajah anda, otot-otot tersebut mempunyai persamaan lain dengan otot-otot tubuh yang lebih besar.

kunyah gula gula getah 50

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, urutan muka dan "gimnasium muka" telah muncul dalam kalangan kumpulan kesihatan tertentu di seluruh dunia.

Melalui manipulasi otot muka, adalah mungkin untuk kita memberikan rasa relaks terhadap otot muka yang sering bekerja.

Walaupun nilai terapeutik rawatan ini masih dibahaskan di kalangan profesional perubatan, pengamalnya mendakwa bahawa otot mereka berasa lebih santai dan lebih gembira dengan penampilan mereka.




Hakcipta iluminasi.com (2017)