Pastinya ada yang masih keliru untuk menerangkan kepada rakan anda mengenai jenis jaket yang anda kehendaki . Mana tidaknya, dengan kepelbagaian variasi pakaian yang ada di pasaran , ia menimbulkan sedikit keraguan jika anda tidak tahu tentang klasifikasi item yang anda kehendaki. Artikel ini akan memberikan maklumat tentang beberapa contoh jaket mengikut spesifikasi :
BESARKAN TEKS A- A+
Tracktop
Tracktop datang dengan material 100% kapas . Biasanya dipadankan dengan seluar dan kadangkala dijual secara asing. Tracktop ini amat popular di kalangan atlit dimana di pakai sewaktu kejohanan olahraga. Kini tracktop dijadikan sebagai salah satu pakaian trendy.
Windbreaker
Spesies jaket yang diperbuat daripada material nylon dan polyster. Popular di kalangan kaki jogging kerana sesuai dipakai ketika beriadah, bagi mengeluarkan peluh untuk membakar kalori. Namun, ianya menjadi ikutan anak muda yang mahu kelihatan trendy.
Harrington
Dibuat menggunakan kain khaki, jaket ini amat sinonim kepada masyarakat di Britain. Kebiasaannya dipakai pada waktu santai, ataupun ketika menunggang skuter. Lazimnya, bahagian dalam jaket ini bercorak red tartan, iaitu corak kotak-kotak yang berwarna merah.
Bomber/Flight Jacket
Jaket yang tebal, diperbuat daripada material nylon. Pada asalnya jaket ini direka khas untuk juruterbang US Airforce. Namun pada ianya telah dijadikan fesyen remaja seantero dunia. Jaket ini amat popular dikalangan pengikut Skinhead.
Varsity Jacket
Pada kebiasaaanya, jaket ini datang dalam dua tone warna. Dilengkapi dengan butang tas untuk menggantikan zip, jaket ini amat sinonim dengan penuntut kolej di Amerika, khususnya. Sama seperti jaket-jaket yang lain, ianya digayakan oleh penuntut universiti di Malaysia sebagai jaket kelab dan persatuan .
Parka Fishtail
Jaket labuh yang diperbuat dari material khakis ini, amat popular digayakan oleh remaja seluruh dunia. Lazimnya datang dalam warna hijau lumut, namun ia juga boleh didapati dalam warna coklat,hitam dan juga biru tua. Fishtail merujuk kepada belahan di bahagian tengah, belakang punggung, yang menyerupai ekor ikan . Jaket ini begitu sinonim kepada pemuda yang mengamalkan sub budaya Mods di England. Digayakan ketika menunggang skuter, ternyata ia mencuri tumpuan orang yang melihat.
Monkey Jacket
Mempunyai potongan yang saling tak tumpah seperti bomber/flight jacket , namun ia mempunyai perbezaan ketara dari segi berat dan ketebalan. Monkey Jacket lebih ringan, atau erti kata lain, lightweight . Cekak di pergelangan tangan juga, biasanya lebih nipis dan berbelang. Dari segi material, diperbuat daripada Nylon ataupun Polyster. Sangat sesuai digayakan sewaktu bersantai .
Hakikatnya, masih terdapat beratus jenis lagi jaket di pasaran. Namun, apa yang telah dikongsikan adalah untuk pengetahuan umum. Lepas ini, tidak lah tercari-cari apa jenis jaket yang anda mahukan itu. Buat pilihan mengikut kesesuaian anda,yang penting murah dan bergaya.