Tak dapat disangkal bahawa generasi masa kini mungkin lebih mengenali rangkaian media sosial seperti Facebook, Instagram dan juga TikTok.

Namun, sebelum wujudnya laman-laman ini, Myspace merupakan antara salah satu laman web yang menjadi penanda aras bagi rangkaian sosial pada tahun 2000-an.

Ketika di kemuncak kegemilangannya, Myspace mempunyai lebih 200 juta pengguna dan bernilai sekitar RM65 bilion.

BESARKAN TEKS     A-  A+

laman myspace

Walaupun Myspace tidak lagi berlegar-legar di minda ramai orang, namun sesiapa sahaja yang pernah menggunakan laman web ini pastinya mengingati nama Tom.

Tom adalah rakan kepada semua pengguna Myspace dan gambarnya tersenyum berpakaian t-shirt putih menjadi antara salah satu imej yang paling dikenali di Internet.

Namun siapa sebenarnya Tom dan apa yang dilakukannya ketika ini setelah Myspace tidak lagi digunakan seperti dahulu?

Sejarah penciptaan Myspace tahun 2003

apa yang tom anderson myspace buat pada hari ini

Nama penuh Tom Myspace adalah Tom Anderson, dan dia merupakan pengasas bersama laman sosial ini pada tahun 2003. Ketika itu, Tom berusia 33 tahun.

Tom memaparkan potensinya dalam bidang komputer dan kejuruteraan pada usia yang muda. 

Ketika berusia 13 tahun, dia menggodam sistem komputer milik Bank Chase Manhattan di New York.

Akibatnya, FBI menyerbu rumah Tom dan merampas segala peralatannya, namun dia tidak ditangkap kerana bawah umur.

bank chase manhattan digodam oleh tom anderson myspace

Setelah menamatkan sekolah menengah, Tom mempelajari bahasa Inggeris dan Retorik di Universiti California, Berkeley dan juga Pengajian Filem di Universiti California, Los Angeles.

Tom mula berkecimpung dalam industri teknologi pada tahun 2000 apabila dia menjadi penguji produk di syarikat penyimpanan digital bernama XDrive.

Di situ, Tom bertemu dengan Chris DeWolfe, yang mana mereka bersama-sama mencipta Myspace.

XDrive tidak lagi wujud menjelang awal tahun 2000-an, dan Tom bersama Chris kemudiannya melancarkan Myspace pada tahun 2003.

tom anderson dan chris dewolfe mengasaskan myspace

(Tom Anderson dan Chris DeWolfe)

Myspace sebenarnya diinspirasikan oleh Friendster, namun mereka berdua berfikiran lebih jauh dengan membenarkan pengguna Myspace untuk menggunakan nama samaran, yang tidak dibenarkan di Friendster.

Dalam tempoh hanya tiga tahun, Myspace menjadi rangkaian sosial paling popular yang pernah wujud, dan wajah Tom menjadi sangat terkenal di seluruh dunia kerana dia merupakan rakan pertama bagi setiap pengguna Myspace baharu.

Tom Anderson jual Myspace pada tahun 2005

laman media sosial myspace

Pada tahun 2005, Myspace telah dibeli oleh News Corporation milik billionaire Amerika Syarikat iaitu Rupert Murdoch, dengan harga USD580 juta (RM3.13 bilion hari ini) dan Tom masih kekal dalam syarikat tersebut sebagai presiden.

Walaupun begitu, pada tahun 2008, populariti Myspace merudum dengan begitu teruk, dan Facebook perlahan-lahan memintas Myspace untuk menjadi rangkaian media sosial nombor satu.

Akhirnya, Myspace kehilangan sebahagian besar penggunanya.

rupert murdoch beli myspace

Tom juga kelihatan seperti tidak gembira bekerja di bawah News Corporation, dan pernah berkata "Kami tidak lagi memiliki laman web tersebut. Sebelum ini, saya boleh lakukan apa sahaja yang saya mahu, tetapi sekarang ia memerlukan masa yang panjang untuk mendapat persetujuan ramai orang. Semua belanjawan dan proses tinjauan, sangat memeningkan,".

Akhirnya, Tom meninggalkan News Corporation pada tahun 2008.

Apa yang Tom lakukan sejak itu?

tom anderson pengasas bersama laman web myspace 345

cbbxud8xeaahhxh

Selepas menjual Myspace kepada News Corporation, Tom menjadi sangat kaya dan kekayaannya pada ketika itu dianggarkan sekitar USD60 juta (RM324.6 juta hari ini).

Disebabkan dia boleh bersara dengan mudah dan pada usia yang agak muda, Tom tidak teragak-agak untuk melakukannya.

Pada tahun 2001, Tom mula tertarik dengan fotografi setelah menghadiri festival Burning Man dan memutuskan untuk menjadi jurugambar pelancongan. 

Dia memberitahu Architecural Digest: "Saya mengambil gambar di majlis itu dan tidak percaya gambar-gambar itu datang dari kamera saya sendiri. Saya terpikat dengan serta-merta".

gambar yang diambil oleh tom anderson myspace gambar yang diambil oleh tom anderson myspace 2

(Antara gambar yang diambil oleh Tom Anderson)

Tom melawat banyak tempat berbeza di seluruh dunia dan mendokumentasikan pengembaraannya in laman Instagram miliknya (@myspacetom), dengan lebih fokus kepada gambar-gambar pemandangan.

Kita dapat lihat bahawa Tom menjalani kehidupan yang sangat dicemburui oleh orang lain dan pada tahun 2019, dia membeli sebuah rumah di West Hollywood dengan harga USD3.8 juta (RM15.35 juta), yang sebelum itu dimiliki oleh Andrew Taggart, anggota band The Chainsmokers.

Rujukan:

1. Hello Magazine

2. Cheatsheet

3. Screen Rant




Hakcipta iluminasi.com (2017)