Sekiranya anda pengguna sosial media seperti Instagram, Facebook, Tikktok, Snapchat atau seumpanya, ada pasti tahu antara fungsi popular kesemua aplikasi sosial media ini adalah "filter".
Dengan menggunakan filter, anda boleh menambah cermin mata hitam, membesarkan bibir, menambah rantai pada leher dan pelbagai lagi perkara. Antara perkara yang menarik mengenai fungsi ini adalah penambahan atau suntingan yang dilakukan adalah secara masa nyata.
BESARKAN TEKS A- A+
Selain itu, "filter" yang digunakan seolah-olah tahu dimana suntingan tersebut akan dilakukan. Sebagai contoh, filter "sunglasses" akan menambah cermin mata hitam pada bahagian mata dan bukan bahagian muka yang lain. Walaupun ianya bukanlah satu fungsi yang baru, namun anda mungkin perasan bahawa fungsi ini semakin bertambah baik dan realistik.
Bagaimanah filter berfungsi? Apakah teknologi di sebalik fungsi ini?
Asal-usul fungsi "filter"
Teknologi pengecaman wajah dan pengubahsuaian muka bukanlah satu teknologi baru. Malah, Facebook juga telah lama mempunyai fungsi mencari dan menandai muka dalam imej sejak lama dahulu. Pengguna pula boleh bersetuju atau tidak dengan cadangan "tag" pada gambar yang diberikan oleh Facebook.
Walau bagaimanapun, skala dan kelajuan pemprosesan serta keupayaan untuk melakukan semua ini dalam masa nyata (seperti fungsi "filter" pada aplikasi-aplikasi media soaial) adalah satu perkara baharu.
Kegilaan pengguna "filter" di media sosial bermula pada tahun 2015 apabila Snapchat mengambil alih Looksery, sebuah syarikat startup dari Ukraine. Pada masa itu, mereka adalah satu-satunya pemain dalam pasaran yang mempunyai keupayaan untuk menyunting video dan imej secara langsung langsung.
Kini, boleh dikatakan hampir semua sosial media mempunyai keupayaan ini dalam mereka. Filter kini boleh mengubah suai ciri muka anda dengan ketepatan yang hampir realistik, malah boleh mengesan dunia di sekeliling anda dan segala macam perkara lagi dengan hanya satu ketikan.
Teknologi yang dipanggil Augmented Reality (AR) bertanggungjawab untuk semua ciri baharu ini. Snapchat, Instagram dan Facebook mempunyai versi mereka sendiri bagi setiap fungsi filter mereka, tetapi semuanya mempunyai cara kerja yang hampir sama.
Sesetengah individu menyifatkan semuanya sebagai 'AR Sosial', tetapi lebih tepat lagi, ia adalah gabungan penglihatan komputer, AR dan Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence atau AI).
Augmented Reality
Augmented Reality ialah teknologi yang membolehkan imej dunia sebenar dipertingkatkan dan diubah suai. Anda boleh menggabungkan dunia maya dengan dunia sebenar serta menindih keduanya antara satu sama lain. Antara aplikasi popular yang mempopularkan AR adalah permainan Pokemon Go.
AR ialah teknologi canggih yang mempunyai keupayaan asas seperti meletakkan imej tambahan secara masa nyata pada video atau imej. Dalam bentuk asasnya, AR menindih imej pada video langsung yang ditangkap oleh kamera. Untuk keperluan media sosial anda, kamera telefon pintar anda biasanya berfungsi untuk tujuan ini.
Setelah memahami apa itu teknologi AR, maka barulah kita lebih mudah memahami bagaimana "filter" berfungsi di media sosial.
Bagaimanakah "filter" berfungsi?
Pertama, aplikasi atau sistem itu perlu mengetahui di mana wajah anda. Kemudian ia memetakan ciri wajah khusus wajah anda, menyimpan dan menggunakan kesan pada penampilan anda.
Pengesanan: Mengajar sesuatu sistem untuk mengesan dan mengecam wajah dan ciri yang ada pada muka bukanlah sesuatu yang mudah. Komputer menukar imej kepada skala kelabu untuk menjadikannya lebih mudah untuk difahami. Ia kemudian menganalisis nilai warna piksel dalam gambar dan mengenali corak kontras. Sesuatu yang dipanggil rangka kerja pengesanan objek Viola-Jones digunakan untuk ini.
Pemetaan: Active Shape Models (ASM) digunakan untuk mencari orang tertentu dan menandai ciri muka. Model pembelajaran mesin dilatih menggunakan data yang ciri tersebut telah dipetakan. Setiap wajah mempunyai set ciri yang ditandakan untuk mentakrifkan cirinya, membentuk Point Distribution Model (PDM).
Sebagai contoh, anda memberi sistem atau komputer seratus imej dan memberitahu mereka di mana mata berada dalam setiap gambar. Komputer kemudiannya akan belajar dan menjadi berkemampuan untuk menentukan mata dalam imej yang baru.
Pengubahsuaian: Jaringan 3D muka anda boleh bergerak bersama anda. Itulah sebabnya filter "gincu" yang anda gunakan tidak lari dari lokasinya di bibir apabila anda mengalihkan muka anda ke satu sisi. Jaringan 3D ini boleh digerakkan untuk mencipta perubahan yang diingini.
Imej ditindih untuk mencipta kesan tertentu, seperti imej yang disunting. Imej gincu mempunyai ciri tertentu yang bertujuan untuk memadankannya dengan ciri lain yang yang menunjukkan kedudukan bibir anda, seterusnyan menghasilkan kedudukan imej yang sangat tepat walaupun anda menggerakkan muka.
Apabila teknologi menjadi lebih baik pada masa hadapan, filter yang menggunakan teknologi AR akan menjadi sangat baik dalam meniru imej realiti sehingga mustahil untuk membezakan imej sebenar dan yang tidak.
Kredit: