Oleh pada 26 Dec 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Yatie Sendayu Tinggi & Instagram Aliff Syukri

Kakak kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman iaitu Noor Hayati menasihatkan netizen supaya berhenti memberi publisti kepada individu yang mempermainkan agama.

Noor Hayati mengaku strategi pemasaran adiknya, Aliff Syukri yang jauh berbeza dengan dirinya adalah sesuatu yang salah.

"Berat rasa nak menaip. Nanti ada yang cakap acah-acah baik... tapi, kita sebagai netizen kena berhenti berkongsi dan mempopularkan mereka yang terang-terangan memainkan agama dan tukar jantina ini.

"Kita menggalakkan lagi mereka untuk bersaing, cerita siapa yang lebih tular. Itu yang mereka nak dan remaja-remaja yang sedang mencari identiti diri, akan terikut," katanya. 

Kenyataan itu dibuat menerusi akaun laman Instagram beliau.

Rata-rata netizen kagum dengan pendirian yang dipegang Noor Hayati.

Bagaimanapun, ada di kalangan pengikutnya yang membangkitkan isu Aliff Syukri mempromosikan perniagaan menerusi lagu duet bersama Nur Sajat.

Mengulas hal itu, Noor Hayati berkata, dia sendiri tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil adiknya itu. 

"Yang salah tetap salah. Keluar dari perut yang sama (merujuk kepada dirinya dan Aliff sebagai adik-beradik), belum tentu sikap pun sama.

"Mudah-mudahan kita semua dipandu ke arah yang betul dan baik," tulisnya yang juga merupakan Pengarah Eksekutif Sendayu Tinggi.

Sumber berita: Astro Gempak 




Hakcipta iluminasi.com (2017)