Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan & encikshino.com
Sedang berjauhan dengan suami tercinta, aktres, Rozita Che Wan meninggalkan teguran sinis kepada Zain Saidin.
Rozita atau mesra disapa Che Ta, berkata, dia berharap Zain tidak berlaku curang sepanjang ketiadaannya di rumah.
Ketika ini, aktres berkenaan berada di Kelantan atas tuntutan kerja.
Pelakon yang juga seorang usahawan itu mengembara ke negeri pantai timur terbabit atas urusan bisnes, serta terlibat dengan sebuah penggambaran.
"Hello sayang. Saya di Kelantan lagi ni. Jangan nakal-nakal ya. Jangan pergi karaoke, jangan 'extend' masjid. Ok selamat tinggal @therealzainsaidin," pesan Che Ta menerusi kiriman di laman Instagram.
Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan
Teguran itu lantas mendapat respon daripada para pengikutnya.
Kredit foto: Instagram Zain Saidin
@cik_merah90: Terbaik Che Ta. Saya suka.
@ch4_qiesy4: Jangan 'extend' masjid. Kelakar juga Che Ta ni.
@zeehassan: Wow. Kenyataan awak mendalam. Ngeh.
@kolinzainal: Kapsyen 'win' Che Ta!
@logangs: Telefon masuk 'ayak 'lagi ke?
@therealyunamin: Hahahaha padu 'baq hang'.
@emilniezachry84: Tak boleh 'hadam' lah tang 'extend' masjid.
Namun kenyataan Che Ta itu hanyalah gurauan semata-mata untuk mengusik suaminya.
Sumber berita: beritamemey.blogspot.my