Oleh pada 18 Aug 2017 kategori

Kredit foto: dikbee.com

Tindakan isteri penyanyi Hafiz Hamidun, Joy Revfa mendedahkan aib suami dan kisah rumah tangganya di laman sosial dilihat ramai sebagai keterlaluan.

Mempertahankan tindakannya, Joy menerusi sebuah kiriman Facebook terbaru mendedahkan punca dia bertindak demikian.

Joy mendakwa Hafiz pernah memalukannya dengan menyebarkan cerita tentang dia tidak pernah "menyentuh" Joy dari malam pertama perkahwinan. 

joy revfa dedah punca sebenar berang rupanya pernah dimalukan hafiz hamidun 2

Kredit foto: Facebook Siti Arifah Amin

Siapa suka hal “dlm kelambu” dijajakan..? Dah lama saya diam dan bersabar. Saya cuba berfikiran positif tetapi bila dah semakin melampau, selepas mendapat nasihat keluarga, ustaz-ustaz yang lain dan peguam, saya kena bertindak. Saya tak akan bertindak kalau dia tak mulakan dari awal menjaja cerita. Mulut kalah mulut perempuan. Perlu ke nak kasi tahu satu alam isu tentang “tidak disentuh” itu..? Nak kasi tahu satu dunia yang diri tu ‘teruna’ lagi ke..? Apa konspirasi sebenar..?? Nak lakukan album baru “Aku Masih Teruna..” kah..? Kalau awak fikir awak hebat boleh putar belit cerita, ingatlah.. Allah SWT lebih hebat lagi. #allahmahamengetahui

Hafiz masih berdiam diri dan tidak memberi reaksi balas terhadap status Joy.

Sementara itu, ramai netizen tertanya tentang kenyataan "belum disentuh" yang disebutkan Joy kerana daripada pengetahuan ramai, Hafiz tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa.

Apapun sama-sama kita doakan semoga konflik perhubungan mereka dapat diselesaikan secara baik. Sidang media rasmi yang dijanjikan Hafiz nanti bakal menjawab segalanya. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)