Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza
Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin buat julung kalinya menayangkan video imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya.
Rakaman itu dimuat naik di laman Instagram berserta kapsyen yang mencuit hati.
"Alololo.. sopannya anak ibu .. macam siapa?? #alhamdullillah #anugerahterindah," tulis Siti dalam nada jenaka.
Apa yang menarik perhatian apabila terdengar suara wanita yang dipercayai adalah doktor yang sedang bertugas ketika itu.
Kata doktor itu, anak dalam kandungan Siti seorang yang pemalu kerana asyik menutup mukanya sepanjang proses imbasan.
Malah doktor berkenaan menyebut bayi itu sebagai 'princess' (puteri)!
"Perempuan zaman sekarang tak ada yang pemalu sangatlah," tegur doktor itu secara seloroh.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mula berspekulasi bayi itu adalah perempuan sebagaimana yang diperkatakan doktor dalam rakaman.
Namun sehingga kini tiada kenyataan rasmi dibuat penyanyi lagu Jerat Percintaan ini berkenaan jantina kandungannya.
Apapun kami doakan semoga proses kehamilan Siti akan berjalan dengan lancar sehingga ke hari kelahiran.