Kredit foto: lipstiq.com
Peminat dunia hiburan dikejutkan dengan penularan maklumat ujian darah yang kononnya milik penyanyi Datuk Siti Nurhaliza.
Mengikut keputusan ujian makmal dan laporan pemeriksaan terhadap sampel atas nama “Siti Nurhaliza Taruddin” tersebut mendapati beliau kini telah hamil antara empat dan lima minggu.
Tidak diketahui adakah nama Siti Nurhaliza Taruddin itu merujuk kepada penyanyi Siti atau individu lain yang mempunyai nama yang sama.
Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza
Meskipun tiada pengesahan dibuat oleh pihak Siti buat masa ini, para peminat kelihatan begitu teruja sehingga akaun laman sosial Siti dibanjiri dengan ucapan tahniah.
Pada masa yang sama, suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dalam sebuah kenyataan terbaru bersama akhbar Kosmo berharap agak semua pihak berhenti membuat spekulasi berkaitan berita tersebut.
Kredit foto: lipstiq.com
Menurut Khalid, dirinya dan Siti sememangnya berharap untuk memiliki anak dalam perkahwinan yang sudahpun menjangkau usia 11 tahun itu. Justeru, beliau menyeru para peminat untuk sama-sama mendoakan agar hasrat mereka suami isteri termakbul.
Apapun sama-sama kita doakan agar Siti dimurahkan rezeki untuk dikurniakan anak dan dalam pada itu, kita nantikan sahaja pengesahan daripada Siti tentang berita kehamilannya ini.