Oleh pada 03 Sep 2017 kategori

Artikel ini ditulis oleh saudara Azizul Azli Ahmad di laman Facebook miliknya dan pihak iluminasi.com telah mendapat kebenaran bagi mengulangsiar di blog kami untuk manfaat semua.

Zaman kini kita dapat lihat rumah-rumah dengan rekabentuk yang moden dan futuristik yang tidak dinafikan memukau mata pembeli membuatkan mereka tak fikir panjang untuk membeli.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Disebabkan tidak mempunyai pengetahuan mengenai reka bentuk rumah dan serta-merta membuat keputusan untuk membeli berdasarkan saiz, rekabentuk yang cantik dan harga, kita sering menjadi mangsa keadaaan.

bumbung pendek 7

Antaranya termasuklah rekabentuk bumbung yang rendah yang memberikan rupa moden pada sesebuah rumah.

Namun, tahukah anda bahawa rekabentuk sesuatu rumah memainkan peranan penting kepada keselesaan dan ketahanan rumah itu sendiri?

Kami kongsikan maklumat yang diberikan oleh saudara Azizul Azli Ahmad, seorang doktor Falsafah dalam bidang seni bina dari Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur. UiTM Perak mengenai permasalaahan yang dicetuskan oleh rekabentuk yang "moden" oleh kebanyakan pemaju-pemaju masa kini.

bumbung pendek

Haba akan disimpan oleh dinding rumah yang berbumbung rendah

Pemaju banyak buat rumah rekabentuk baru hari ini yang menjadi kegilaan pembeli, iaitu bumbung rumah yang rendah. Kesan daripada bumbung dibuat rendah begini sebenarnya tidak menjadi pelindung cuaca yang baik buat rumah kita. Fungsi bumbung selain memberikan bentuk yang cantik, ia sebagai pelindung matahari yang terik, hujan yang lebat, silau dan kesan tempias angin yang kuat.

Apabila bumbung rumah dibina rendah, cahaya matahari terus kedinding rumah. Dinding akan menjadi seperti 'span' cuci yang menyerap semua haba panas dan disimpan rapi. Dan haba-haba ini akan dilepaskan oleh dinding pada malam hari. Ia menyebabkan rumah kita terasa sangat panas dan bahang.

bumbung pendek 2

bumbung pendek 3

Bumbung sepatutnya dibina lebih tinggi

Akibatnya, kita akan sentiasa memasang pendingin hawa sepanjang malam, membuatkan bil elektrik melambung setiap bulan. Jika hujan pun, haba panas akan tetap ada.

Selain itu, binaan bumbung rendah ini akan menyebabkan air hujan lebat masuk ke dalam bumbung atau siling. Lebih teruk, air akan masuk terus ke dalam rumah, menyebabkan rumah boleh banjir.

bumbung pendek 5

bumbung pendek 6

Mengapa pemaju membina rekabentuk seperti ini? Ini kerana pemaju akan menjana keuntungan yang lebih akibat daripada penjimatan kos bahaan binaan dimana sedikit sahaja kepingan genting digunakan dalam binaan.

Dan bagaimana kita boleh mengetahui bahawa rekabentuk yang moden dan hebat ini telah gagal? Ianya boleh diketahui apabila kita dapat melihat penduduk di kawasan perumahan itu memasang bumbung tambahan bagi mengurangkan rasa panas, serta pendingin hawa dipasangkan sepanjang hari.

Jika boleh, rumah atau kediaman berekabentuk moden dan canggih ini patut dielakkan menjadi pilihan. Selain ia kecil, rekabentuk ini merugikan pembeli tanpa disedari. Perlu diingati, rekabentuk cantik tak semestinya dapat berfungsi dengan baik dan memberikan keselesaan kepada kita dan keluarga.




Hakcipta iluminasi.com (2017)